Wednesday, April 1, 2009

PKR tidak pandang ringan kemampuan BN: Saifuddin

SUNGAI PETANI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui berdepan saingan sengit Barisan Nasional (BN) untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan tidak memandang ringan kemampuan parti itu berdasarkan prestasi mereka yang baik sejak kebelakangan ini. Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution Ismail, berkata berdasarkan kajian lapangan dan tinjauan penduduk mendapati perebutan kerusi di Bukit Selambau masih lagi berkisar antara BN dan PKR berikutan tiada kesan yang besar di kalangan calon Bebas yang bertanding kali ini. Katanya, berdasarkan kajian lapangan itu juga menunjukkan pengundi tidak bersedia untuk mengundi calon Bebas kerana tidak begitu yakin mengenai arah dan ideologi perjuangan mereka.

"Meskipun dapat menarik sedikit pengaruh pengundi tetapi ia bukanlah dalam angka yang sangat besar sehingga dapat menjejaskan sokongan terhadap kedua-dua parti utama yang bertanding ketika ini. "Dijangka perebutan kerusi Bukit Selambau kali ini masih lagi antara dua parti yang paling dominan itu," katanya pada sidang media di bilik gerakan PKR di sini, hari ini. Beliau berkata, kelebihan PKR kali ini adalah pengalaman kebanyakan ahlinya yang pernah menyertai kerajaan BN diguna pakai dan pertingkatkan untuk mendapatkan kaedah kempen yang lebih tersusun dan berkesan.

"Melalui tinjauan dan kajian lapangan kami mendapati banyak maklumat penting yang boleh dijadikan formula untuk meraih perhatian pengundi sekali gus meningkatkan keyakinan kita untuk mempertahankan kerusi Bukit Selambau.
"Bagaimanapun kita serahkan kepada rakyat untuk menentukannya pada 7 April nanti," katanya. Saifuddin selain itu berkata, walaupun percaya sokongan rakyat masih memihak kepada Pakatan Rakyat namun cabaran BN dalam setiap pilihanraya tidak harus dipandang remeh kerana parti itu tetap ada sentuhan dan kekuatan tersendiri. "Kita tidak mahu jentera kempen kita leka kerana mereka perlu sentiasa waspada," katanya.
Sumber: Berita Harian (1 April 2009)
**********************************
JENTERA PARTI BN JUGA TIDAK HARUS MEMANDANG RINGAN AKAN KEMAMPUAN PKR DAN PARTI PAKATAN CAMPURAN MEREKA.
JANGAN SESEKALI TERLEKA DAN SENTIASALAH BERWASPADA. INGATLAH, PEPATAH INI. SEKALI TERLUKA SELAMANYA TERASA.
KEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT TERHADAP BN. PARTI BN PERLU SENTIASA BERSEMADI DIHATI DAN SANUBARI RAKYAT MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment