Tuesday, March 31, 2009

Keindahan Dan Keistimewaan Bukit Gantang.


Bukit Gantang yang kini muncul tempat yang paling popular sejak akhir-akhir ini berikutan akan Pilihanraya Kecil P059. Selain dengan gahnya dengan pilihanraya kecil yang akan datang ini Bukit Gantang sebenarnya adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi. Antara yang paling popular ini adalah mee udang Kuala Sepetang yang sedap sehingga membuatkan krew Majalah Tiga datang untuk membuat liputan mengenai Mee Udang Kuala Sepetang.

Jika anda sebagai pengunjung Kuala Sepetang terletak 12km dari Bandar Taiping yang juga dikenali sebagai Bandar Warisan. Kuala sepetang yang juga dikenali sebagai Port Weld pada satu masa ketika dahulu mempunyai tempat yang menarik selain dari mee udang yang dikenali ramai. Muaranya yang menjadi tempat golongan nelayan keluar untuk mencari rezeki juga tidak kurang menariknya berbanding dengan tempat lain. Kuala Sepetang juga mempunyai hutan lipur yang mempunyai air terjun semulajadi yang menjadi tempat kunjungi oleh orang ramai yang ingin melepaskan tekanan dari tempat kerja.

Tempat tersebut terkenal kerana kerajaan yang sedia ada telah menyediakan segala kemudahan seperti jalan raya serta kemudahan-kemudahan yang lain untuk kegunaan orang ramai untuk memudahkan orang ramai datang ke sini serta memberi peluang perniagaan kepada penduduk setempat. Itulah Kuala Sepetang yang akan hidup selagi adanya Mee Udang Kuala sepetang.

No comments:

Post a Comment