Thursday, April 2, 2009

ISMAIL SAFFIAN ANAK TEMPATAN YANG ORIGINAL - UNDI LAH DIA

Oleh : Pemikir
Calon Ismail Saffian adalah satu-satunya personaliti yang sangat luar biasa. Sebagai bekas pegawai tertinggi kerajaan, beliau mempunyai potensi untuk menjadi MP yang berwibawa dan kreatif sekiranya, dipilih oleh warga Bukit Gantang.
Ismail ini adalah anak tempatan yang sangat-sangat diidamkan oleh pengundi-pengundi Bukit Gantang. Pengundi sudah menunggu cukup lama untuk mendapat calon anak jati tempatan. Ini memaparkan seolah-olah Bukit Gantang tidak mengeluarkan intelektualnya sendiri. Ini adalah tanggapan yang tidak dinamis kerana anak-anak tempatan memang sudah lama berada dengan kelulusan-kelulusan serta memegang jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan dan sektor swasta.
Nizar, calon PAS merupakan orang luar dan bukan anak tempatan dan dengan sekali gus beliau tidak mewakili anak-anak Bukit Gantang. Beliau adalah dari Pasir Panjang yang tidak ada kena mengena dengan kawasan Parlimen P. 059 Bukit Gantang.
Memadailah Nizar menjadi ADUN kerana menjadi calon Parlimen hanya menunjukkan bahawa PAS sudah ketandusan calon. Niat ini juga menunjukkan bahawa beliau tidak bijak kerana bersikap tamak dan mementingkan diri.
Pemerhati berpendapat pengundi-pengundi jauhkanlah diri dari mengundi Nizar yang bukan anak tempatan. Adalah diseru sama ada ANDA PAS, PKR, undilah Ismail Saffian kerana beliau anak tempatan yang original.

No comments:

Post a Comment