Thursday, April 2, 2009

Kenapa anak muda tidak percaya Anwar meliwat?

Bekas Setiausaha Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Lokman Noor Adam mendedahkan rahsia mengapa beliau dan anak muda lain tidak percaya bahawa Datuk Seri Awar Ibrahim seorang peliwat pada tahun 1998.Pada waktu itu katanya ribuan anak muda termasuk beliau sanggup turun ke jalan raya mengadakan demonstrasi bagi mempertahankan Anwar yang dituduh terlibat dengan skandal liwat.
Ketika mendedahkan perkara itu, beliau mendakwa antara puncanya ialah penglibatan ulamak Pas, Datuk Taib Azamuddin yang ketika itu Imam Masjid Negara menyembunyikan perkara yang sebenarnya."Saya amat kecewa kerana Taib merahsiakan pengakuan yang dibuat dihadapannya sebelum Anwar dipecat iaitu pengakuan oleh Ahmad Hairani (Bekas Penulis Ucapan Anwar) dan Amir Hamzah bahawa mereka telah diliwat oleh Anwar."Jika beliau memberitahu perkara itu kepada umum sejak awal lagi, sudah pasti orang seperti saya tidak akan terpedaya dengan manusia yang bernama Anwar Ibrahim," katanya ketika berceramah 'Kenapa Perlu Tolak Pas' di Taman Menteri.
Tegas beliau lagi, penyembunyian perkara yang sebenar menyebabkan ramai anak-anak muda tertipu dan sanggup melakukan perkara diluar dugaan pada tahun 1998 setelah Anwar dpecat daripada jawatannya.Sementara itu, beliau turut menyeru pengundi Bukit Gantang menolak calon Pas, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, 7 April ini kerana parti terbabit telah menyimpang daripada matlamat asal."Sebagai bukti, apa yang ingin dilaksanakan oleh parti tersebut memerlukan persetujuan sekutu mereka DAP dan PKR. Kita nak tanya mereka apa pendirian dalam soal penubuhan Negara Islam yang sekali timbul dan sekali tenggelam", soalnya.
Sumber: www.pemuda.com.my

No comments:

Post a Comment