Thursday, April 2, 2009

MESYUARAT TERAKHIR PAK LAH


Semalam adalah mesyuarat Kabinet yang terakhir dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak esok.

Sebelum mempengerusikan mesyuarat di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya itu, Abdullah turut menandatangani dokumen minit mesyuarat Kabinet minggu lalu.

Upacara itu yang merupakan simbolik tanda bertukarnya pengerusi untuk mesyuarat Kabinet selepas ini, turut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib dan menteri-menteri Kabinet. Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Sumber: Utusan Malaysia (2 April 2009)
*************************************
WIRA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA YAB DATO' SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI DI ATAS SEGALA SUMBANGAN DAN KHIDMAT BAKTI BELIAU KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA SELAMA INI.
HANYA ALLAH S.W.T SAHAJA YANG MAMPU MEMBALAS SEGALA JASA DAN BUDI BELIAU.

No comments:

Post a Comment