Wednesday, April 1, 2009

Najib angkat sumpah PM Jumaat ini: KSN

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada 10 pagi, Jumaat ini di Istana Negara, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Sidek berkata Tuanku Mizan juga berkenan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama Najib bersama-sama menghadap Seri Paduka jam 10 pagi esok untuk Abdullah menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru. Mohd Sidek berkata Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan itu semasa majlis menghadap oleh Abdullah sebelum mesyuarat jemaah Menteri pagi ini.

"Yang di-Pertuan Agong juga telah memberi perkenan supaya Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada jam 10 pagi, Jumaat, 3 April di Istana Negara," menurut kenyataan itu. - Bernama
Sumber: Berita Harian Online (1 April 2009)
************************************
WIRA:
SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK. SELAMAT MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE-6.

No comments:

Post a Comment