Wednesday, April 1, 2009

UNDI PAS MASUK SYURGA???


Adora:
PAS masih menggunapakai bahan kempennya yang sememangnya dah lapuk dan basi. Kononnya jika pengundi memangkah parti bulan mereka, pengundi berkenaan akan masuk syurga di akhirat kelak. Inilah jaminan PAS kepada penyokong-penyokongnya.
Jelas kelihatan PAS begitu terdesak untuk memancing undi warga Bukit Gantang. Balik-balik modal kempen yang sama digembar-gemburkan. Orang ramai pun sebenarnya dah muak dengan manifesto karut mereka ini.
Fatwa dan hukum Islam manakah yang dibawa oleh PAS? Jika undi PAS masuk syurga, bermakna ramailah orang Islam di dunia ini yang tidak boleh masuk syurga kerana mengundi parti-parti lain seperti Parti Demokrat dan Parti Republikan di Amerika atau parti-parti lain di negara Islam Arab Saudi.
Fikir dan fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment