Friday, April 3, 2009

Pakatan Campuran Mempersendakan Ayat Al-Quran Untuk Mendapat Undi

TULIP:

DAP sudah melampau apabila menggunakan dan mempersendakan ayat Al-Quran sebagai pendekatannya berceramah bagi menarik perhatian dan sokongan penduduk Bukit Gantang. Dikatakan Nga dengan bangganya membaca Surah Aura (tidak terdapat dalam Al-Quran), yang sebenarnya adalah Surah An Nahl (ayat 90) untuk mempengaruhi minda rakyat bahawa DAP sudah mula dapat menerima PAS dalam Pakatan Campuran.


Yang hairannya, pemimpin PAS dan penyokongnya merestui apa yang dilakukan oleh DAP sehingga ke tahap mempersendakan kalimah Allah. Sungguh memalukan dan PAS semakin sesat dan merapu. Kalau nak berkempen pun, janganlah sampai agama digunakan untuk tujuan survival politik. Kelihatan PAS ketandusan isu apabila menjelang pilihan raya atau pilihan raya kecil, isu hudud, undi PAS masuk syurga dan PAS membangun bersama Islam akan dimainkan dan dijaja ke seluruh ceruk tempat. Rakyat semakin bosan dengan muslihat PAS apabila janji-janjinya tidak dilaksanakan apabila muncul pilihan raya yang lain. Mana dia hudud, mana dia negara Islam? Ternyata omongan itu sebagai gula-gula pilihan raya.
UNDI PAS MASUK SYURGA?
SYURGA BUKAN MILIK PAS. BAHKAN PEMIMPIN PAS PUN MUNGKIN AKAN DICAMPAK KE NERAKA KERANA SERING BERDUSTA DAN MUNGKIR JANJI.
PAS PERJUANGKAN ISLAM?
PAS TAK PERJUANGKAN ISLAM TETAPI PERGUNAKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MEREKA SAHAJA.
PAS MEMBANGUN BERSAMA ISLAM?
PAS TIDAK MAMPU MEMBANGUNKAN ISLAM. HAMPIR KESELURUHAN MASJID DI MALAYSIA DIBINA OLEH KERAJAAN BN/UMNO. PAS TAK MAMPU BANGUNKAN EKONOMI RAKYAT KERANA ITU PAS RETORIKKAN KAPADA RAKYAT KELANTAN: KITA TAK KEJAR DUNIA TETAPI KITA CARI AKHIRAT. TETAPI JIKA KITA TAK DAPAT DUNIA KITA JUGA MUNGKIN CICIR AKHIRAT.
Justeru itu, Tulip menyeru kepada pengundi Bukit Gantang, tinggal 4 hari lagi untuk pengundi berfikir untuk memilih pemimpin yang dapat membawa perubahan kepada Bukit Gantang. Pilihlah Barisan Nasional yang telah terbukti berjaya membangunkan negara dan anak bangsa Malaysia.

No comments:

Post a Comment