Tuesday, May 12, 2009

ELOKLAH UTHAYAKUMAR DAN WAYTHAMOORTHY TINGGAL DI LONDON.

Oleh: Pemikir - MM

Tindakan kerajaan membebaskan 13 tahanan ISA termasuklah tiga dari pihak pelampau India mulai 10 Mei 2009 iaitu Hari Ibu, adalah langkah berani dan ikhlas kerajaan. Rata-rata rakyat Malaysia terutamanya warga India, gembira dengan tindakan YAB PM dan YB Menteri Dalam Negeri.

Majoriti yang dibebaskan itu adalah mereka yang terlibat dalam aktiviti pelanunan dan penculikan di perairan Sabah berhampiran Filipina Selatan. Beberapa di kalangan mereka ini telah ditahan sejak 2003 lagi. Kini mereka telah pun dihantar balik ke Sabah dan perlu akur pada syarat-syarat pembebasan.

Tiga India daripada pelampau India pula telah diterima oleh sanak saudara mereka. Satu daripada mereka ialah Mahoharan, ADUN Kota Alam Shah, Selangor dan beliau sudah bersedia untuk berkhidmat untuk pengundi-pengundinya. Seorang lagi India, Uthayakumar, memberi akhbar bahawa beliau tidak akan memohon maaf kepada kerajaan. Beliau dengan penuh ego berjanji untuk terus berjuang untuk meningkatkan kehidupan orang India.

Uthayakumar akan cuba memohon pasport antarabangsa untuk melawat abangnya Waythamoorthy di London. Abang beliau ini masih berlindung di London dan dari sana membuat fitnah-fitnah terhadap Malaysia. Sampai bilakah dua beradik ini hendak teruskan aktiviti yang tidak berkepentingan kepada 1Malaysia dan ketenteraman negara? Mereka berdua ini tidak mempunyai perasaan berterima kasih dan malu kepada rakyat Malaysia terutamanya warga India. Mereka berdua ini bolehlah dianggap sebagai tidak patriotik. Eloklah mereka berdua ini terus duduk di London dan memperjuangkan nasib orang-orang India di sana pula dan kalau boleh cari jalan bertemu dengan Ratu Elizabeth.

Pemerhati berpendapat bahawa tindakan YAB PM dalam hal ini sangat mengkagumkan. Beliau sanggup membuat sesuatu walaupun ada risiko-risikonya. Tapi YAB PM yakin bahawa seluruh rakyat Malaysia bersama-sama beliau dalam hal ini. Pada warga India, pujuklah kedua-dua pemimpin India ini yang songsang dan tidak berpendirian supaya kembali ke pangkal jalan.

ISA ITU POSITIF...MAS SELAMAT DIBERKAS DAN DITAHAN.

Oleh: Pemikir - MM

Perdana Menteri Singapura telah mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia di atas penangkapan Mas Selamat Kastari di Skudai, Johor April lepas. Mas Selamat telah berjaya melepaskan dirinya dari penjara Singapura tahun lepas dan berenang masuk ke Johor dan tinggal di Kampung Tawakal yang agak tersorok.

Penangkapan Mas Selamat ini oleh Special Branch (SB) PDRM adalah dengan bantuan polis Singapura dan Indonesia. YAB PM melaporkan kepada akhbar bahawa Mas Selamat lebih merbahayakan Singapura. Beliau tidak ada perancangan untuk membawa kecelakaan di Tanah Malaysia.

Pemerhati mengucapkan tahniah kepada PDRM terutamanya SB yang berjaya menjejaki dan memberkas pengganas ini yang ada hubungan dengan Al-Qaeda. Mas Selamat juga pakar dalam bidang-bidang letupan dan ini merupakan satu kemahiran yang dipelajari dari Al-Qaeda. Kini beliau ditahan bawah ISA satu-satunya akta yang pasti memberi kesan positif kepada negara demi ketenteraman awam dan keselamatannya. Tanpa ISA, maka agak sukar bagi Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan tepat. Undang-undang biasa seperti POPO, pasti tidak dapat digunakan terutamanya ke atas Mas Selamat.

Mereka-mereka yang anti ISA, perlu berfikir semula dan jangan mudah terpengaruh dengan idea-idea barat yang kononnya memperjuangkan liberalisasi total, tetapi tidak dapat mengambil tindakan terhadap pengganas yang berkeliaran di dalam negara masing-masing. Konsep Guantanamo yang dimegahi oleh Amerika Syarikat pada zaman Bush adalah satu opsyen yang negatif kerana ini bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia. Washington dan London pernah mengutuk Malaysia berkaitan dengan ISA. Tetapi kedua-dua negara ini sudah mula faham tentang aspek positif ISA. Washington dan London telah mengadakan akta anti terrorismnya masing-masing dan didapati berkesan.

Friday, May 8, 2009

NIZAR SONGSANG...INI MEMALUKAN PEMBANGKANG SENDIRI

Oleh: Pemikir - MM

DS Nizar merupakan penghulu besar pembangkang cuba mencetuskan keadaan kelam kabut dalam dewan. Beliau merupakan sumber masalah yang memalukan pembangkang kerana tidak faham dan sabar dalam apa jua yang beliau buat. Ini jelas terbukti apabila keadaan dalam dewan menjadi reda apabila DS Nizar mendapat sepatah dua kata tegas dari YAM Raja Dr. Nazrin Shah yang sepatutnya merasmikan dewan pada pagi Khamis, 7 Mei 2009.
Selepas mendengar titah YAM, DS Nizar mengarah pengikut-pengikutnya mengambil tempat masing-masing untuk mendengar Titah Diraja. DS Nizar sebagai orang Melayu, Islam dan berpendidikan tinggi sepatutnya dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Tetapi oleh sebab akalnya yang dengkil serta dipengaruhi oleh puak DAP, beliau tak dapat berfikir dengan bijak dan tepat. DS banyak mengikut perasaan daripada berpedomankan kebijaksanaan.
Pemerhati berpendapat bahawa gara-gara DS Nizar bersikap aneh ini adalah satu wasted talent. Tapi apakan daya beliau lebih menumpu untuk memegang tampuk pemerintahan Perak yang hanya adalah satu impian. Beliau diberi peluang untuk mentadbir Perak tetapi membuang peluang itu dengan melakukan pendekatan sia-sia yang membawa kemarahan warga Perak.

SPEAKER SIVAKUMAR DITIPU OLEH DS NIZAR, KETUA PEMBANGKANG PERAK

Oleh: Pemikir - MM

Sivakumar, Speaker DUN Perak yang telah menerima usul pemecatan dari BN, berdegil serta memaut kerusi Speaker selama lima jam. Beliau menjerit-jerit dari kerusinya bahawa pemecatannya adalah haram. Keadaan menjadi kelam kabut apabila ahli-ahli pembangkang lain mengepung beliau supaya tidak ditarik keluar oleh Bentara. Senario yang penuh jenaka ini memberi pelbagai interpretasi.
Tetapi interpretasi yang paling mudah sekali, Sivakumar diumpamakan seorang badut atau clown yang menjadi bahan tertawa ahli dewan, rakyat Perak, orang awam dan juga media.Kalau Sivakumar ini seorang gentleman dan percaya kepada diri sendiri, beliau sepatutnya bangun dan meninggalkan kerusi untuk ambil tempat dalam dewan sebagai ADUN biasa. Langkah ini akan menjadi beliau dihormati dan mungkin mendapat sokongan moral. Tetapi oleh sebab mabuk dengan kuasa, poket, pangkat dan perut beliau mengambil opsyen untuk memalukan diri sendiri. Pemerhati percaya bahawa apa yang dilakukan oleh Sivakumar tidak dapat diterima oleh majoriti kaum India di Malaysia.
Sivakumar hanya memalukan orang India terutamanya mereka yang sudah lama tinggal di Malaysia sebagai rakyat yang setia kepada kerajaan Barisan Nasional/UMNO. Kini Sivakumar akan diingati sebagai seorang pemimpin India yang tidak bertamadun di Perak. Kepada DS Nizar, apa yang berlaku kepada Sivakumar akan menjadi sejarah hitam dalam kehidupan kedua-dua individu ini yang tidak hormat Dewan Undangan, etika kerja dan Sultan.

AWAS JERANGKAP SAMAR DSAI/PKR DI PENANTI. BN TIDAK PERLU BERTANDING!

Oleh: Pemikir - MM

DUN Penanti akan menjadi tumpuan pemerhati politik negara dan luar negara kerana akan berlakunya pilihan raya kecil pada 31 Mei 2009. Kerusi ini dikosongkan oleh YB Fairus (PKR) yang kononnya terlibat dalam kes rasuah tetapi telah dianggap bersih oleh SPRM selepas selesai siasatan. Beliau diberi peluang untuk tidak berhenti sebagai ADUN kerana rekod yang bersih tetapi oleh kerana desakan oleh pemimpin-pemimpin utama PKR, beliau terpaksa mengosongkan kerusi.
Kini proses sedang dijalankan oleh tiap parti untuk meletakkan calon masing-masing di DUN ini. PKR telah menguar-uarkan Dr. Mansor bekas Setiausaha Politik DSAI (semasa DSAI TPM) untuk mewakili parti. Satu lagi calon ialah seorang wanita mantan PKR dan sangat kecewa dengan PKR. Beliau ini bersedia untuk bertanding sebagai ahli Bebas. BN pula belum membuat keputusan. BN mempunyai dua opsyen iaitu sama ada meletakkan calonnya atau tidak.
Dua tiga minggu dahulu YAB Perdana Menteri memaklumkan bahawa BN kemungkinan tidak meletakkan calon dan ini mendapat sokongan dari ahli komponen BN. YAB PM berhujah bahawa kekosongan yang dibuat oleh Fairus adalah sesuatu disengajakan dan diatur demikian rupa supaya satu lagi pilihan raya kecil dapat diadakan.
Niat jahat pembangkang dalam hal ini menjadi suspek yang tidak boleh dibiarkan berterusan. Ia bertujuan jahat iaitu untuk memerangkap lawan dan di samping itu untuk membuat BN membazir. Rata-rata komponen BN bersetuju dengan pandangan YAB PM dan perkara ini akan dibawa berbincang pada 18 Mei 2009 di Kuala Lumpur.
Pemerhati politik berpendapat bahawa YAB PM mempunyai cukup asas untuk tidak meletakkan calon BN di DUN Penanti. Kenapa perlu kita membuang masa melayan kerenah dan tipu daya DSAI dan anak buahnya? Kenapa perlu kita berbelanja berkempen sedangkan wang itu boleh dibelanjakan untuk pembangunan warga Penanti yang sentiasa mendapat perhatian BN/UMNO? Sehubungan dengan ini, untuk mengelakkan BN terjebak dengan penipuan DSAI dan PKR yang mempunyai agenda jahat terhadap kerajaan, maka ada rasionalnya BN tidak perlu bertanding di Penanti.

Monday, May 4, 2009

BANK IDEA RAKYAT DIGEMARI AKAR UMBI.

Oleh: Pemikir - MM

Bank Idea Rakyat yang dicetuskan oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh pada 2 Mei 2009 merupakan satu lagi pendekatan untuk melibatkan rakyat dalam pembangunan tempatan dan negara bersesuaian dengan Satu Malaysia. Ini adalah satu konsep yang dinamis dan juga berunsur magis kerana ia pasti mendapat respon positif dari akar umbi tidak kira agama, bangsa dan budaya.
Konsep ini juga serasi dengan cara pemikiran akar umbi di mana mereka berpeluang memberi idea-idea dan yang bagus diberi penilaian serta pengiktirafan untuk dicuba. Dengan cara ini penglibatan rakyat dalam usaha merancakkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang boleh membawa kepada kebaikan mereka, akan menjadi lebih sistematis dan berpanjangan.
Presiden Obama sebelum menjadi dicalonkan menggunakan konsep ini tetapi yang berbentuk lazim iaitu konsep counter services atau khidmat kaunter yang sangat digemari oleh pengundi-pengundi Amerika. Kenapa? Mereka dapat meluahkan perasaan dan hati mereka tentang apa-apa jua kepada bakal Presiden idea-idea untuk memperkukuhkan Amerika. Obama telah berjaya meraih sokongan yang sangat luar biasa dengan menggunakan counter services yang diselenggarakan oleh NGO-NGO dan orang-orang persendirian.
Pemerhati berpendapat bahawa Bank Idea Rakyat ini mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk sama-sama membantu YAB Perdana Menteri merealisasikan Satu Malaysia dalam masa yang cepat dan berkesan.

NIZAR MASIH BERSIKAP KEANAK-ANAKKAN...RAKYAT PERAK BOSAN

Oleh: Pemikir - MM

Dato' Seri Nizar masih tidak puas-puas hati lagi menegakkan benang yang basah. Beliau kini bawa kes ke mahkamah untuk buat keputusan mengenai status Menteri Besar Perak.
Rata-rata rakyat Perak mahukan pembangunan dan kebajikan mereka dipertingkatkan. Apa yang berlaku sekarang, pembangkang-pembangkang banyak membuang masa melakukan perkara-perkara yang tidak memberi faedah kepada rakyat. Rakyat Perak sudah bosan dan telah pun dapat membuat penilaian terhadap kepimpinan pembangkang yang lebih membesarkan tembolok mereka dari kepentingan rakyat.
Senario ini adalah tidak sesuai dalam zaman moden ini tambah lagi dengan sikap keanak-anakkan Nizar yang tidak jemu-jemu mempersendakan rakyat.
Pemerhati berpendapat bahawa Nizar berhentikan kerja-kerja membazir dan memberi tumpuan kepada tugas-tugasnya sebagai Ahli DUN dan juga MP Kawasan Bukit Gantang.

TIPU DAYA DSAI MENANTI DI PENANTI...AWAS!

Oleh: Pemikir - MM

Rakyat Pulau Pinang kini dalam keadaan bersedia untuk pilihan raya kecil DUN Penanti dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh. PKR telah mengumumkan calonnya Dr. Mansor bekas Setiausaha Politik DSAI dan juga bekas Pensyarah USM untuk bertanding.
Sementara itu PAS juga hendak menurunkan seorang calonnya. DAP di bawah Lim Guan Eng diam menyepi memberi peluang untuk DSAI membuat caturan. BN Pulau Pinang masih berharap BN akan bertanding di dalam pilihan raya kecil ini kerana penyokong-penyokong BN di Penanti masih wujud.
BN/UMNO Pusat berpendapat bahawa pertandingan ini adalah cacat kerana kekosongan kerusi DUN itu oleh Mohd Fairus Khairuddin adalah urutan dari tipu daya dan muslihat negatif PKR yang suka sangat mengada-adakan pilihan raya kecil sebagai taktik yang tidak waras. Rata-rata warga Pulau Pinang terutamanya dari Penanti merasakan BN perlu meletakkan calonnya di DUN Penanti yang akan membuang undi pada 31 Mei 2009. Mereka berpendapat bahawa BN tidak kurang calon yang berwibawa untuk bertanding sama ada menang atau kalah.

Thursday, April 30, 2009

SULTAN SELANGOR JALANI PEMBEDAHAN JANTUNG DI AMERIKA SYARIKAT

Wira Bukit Gantang berdoa agar DYMM Sultan Selangor selamat menjalani pembedahan injap jantung di Standford University Medical Centre, California pada Ahad ini.
Semoga Paduka Sultan Selangor cepat sembuh dan segera kembali ke tanah air tercinta ini.

PENYAKIT SELESEMA BABI...KEMENTERIAN KESIHATAN AMBIL SERIUS.

Oleh: Pemikir - MM

Penyakit selesema babi ini bermula dari negara Mexico yang sangat hampir dengan California, USA. Kini Amerika Syarikat terutamanya penduduk-penduduk yang bersempadan dengan Mexico seperti Texas, California mulai gusar dengan merebaknya kuman ini yang boleh dibawa oleh manusia. Ini satu fenomena yang ganjil dan perlu semua rakyat dalam dunia ini ambil berat.
Seorang doktor Indonesia dalam akhbar Strait Times 29 April 2009 mengatakan bahawa kuman penyakit ini mungkin satu-satunya yang dibuat oleh manusia dan kemudian dalam proses pengujian. Doktor ini hairan kenapa mesti manusia yang membawa kuman ini, mungkin kerana ini adalah yang dimakan. Tetapi beliau masih berharap bahawa saintis-saintis Barat dapat mencari antidot/vaksin yang sesuai. Beliau juga mengatakan bahawa kuman ini agak sukar hendak survive di negara-negara bersuhu tinggi atau Tropika.
Di Malaysia, Kerajaan mengambil berat perkara ini. Menteri berkenaan meminta semua termasuklah Jabatan-jabatan Kesihatan berwaspada terutamanya di sempadan-sempadan dan juga lapangan terbang dan pelabuhan. Langkah-langkah juga diambil untuk memeriksa babi-babi yang diternak di ladang-ladang seluruh Malaysia. Pemerhati percaya bahawa Kerajaan pandang serius perkara ini dan diharapkan bahawa apa yang disebut oleh doktor dari Indonesia itu bahawa kuman ini tidak mudah survive di negara Tropika.
Kita sama-sama berdoa agar kecelakaan ini berlalu segera supaya rakyat dunia tenang kembali.