Friday, May 8, 2009

SPEAKER SIVAKUMAR DITIPU OLEH DS NIZAR, KETUA PEMBANGKANG PERAK

Oleh: Pemikir - MM

Sivakumar, Speaker DUN Perak yang telah menerima usul pemecatan dari BN, berdegil serta memaut kerusi Speaker selama lima jam. Beliau menjerit-jerit dari kerusinya bahawa pemecatannya adalah haram. Keadaan menjadi kelam kabut apabila ahli-ahli pembangkang lain mengepung beliau supaya tidak ditarik keluar oleh Bentara. Senario yang penuh jenaka ini memberi pelbagai interpretasi.
Tetapi interpretasi yang paling mudah sekali, Sivakumar diumpamakan seorang badut atau clown yang menjadi bahan tertawa ahli dewan, rakyat Perak, orang awam dan juga media.Kalau Sivakumar ini seorang gentleman dan percaya kepada diri sendiri, beliau sepatutnya bangun dan meninggalkan kerusi untuk ambil tempat dalam dewan sebagai ADUN biasa. Langkah ini akan menjadi beliau dihormati dan mungkin mendapat sokongan moral. Tetapi oleh sebab mabuk dengan kuasa, poket, pangkat dan perut beliau mengambil opsyen untuk memalukan diri sendiri. Pemerhati percaya bahawa apa yang dilakukan oleh Sivakumar tidak dapat diterima oleh majoriti kaum India di Malaysia.
Sivakumar hanya memalukan orang India terutamanya mereka yang sudah lama tinggal di Malaysia sebagai rakyat yang setia kepada kerajaan Barisan Nasional/UMNO. Kini Sivakumar akan diingati sebagai seorang pemimpin India yang tidak bertamadun di Perak. Kepada DS Nizar, apa yang berlaku kepada Sivakumar akan menjadi sejarah hitam dalam kehidupan kedua-dua individu ini yang tidak hormat Dewan Undangan, etika kerja dan Sultan.

9 comments:

  1. bodoh mu ni.sivakumar da ckp selagi zamry dan exco nye x keluar dr dewan, persidangan x akan bermula.bn merampas kuasa secara haram dan tdk adil.melalui paksaan dan kekerasan tanpa majoriti ahli dewan

    ReplyDelete
  2. dah memang pun cara BN lantik speaker baru tu tak ikut procedure... jadi speaker haram le... or speaker haram jadah kut... kena la dengan MB haram.. or MB Haram Jadah... Tak percaya..??? Tanya Tun M...

    ReplyDelete
  3. Apa ni... kata Wira Bukit Gantang..??? tapi mai election... bungkus jugak.....

    ReplyDelete
  4. ye... sivakumar patut meletakan jawatan, kan dah kene heret keluar dgn cara hina....

    satu mesej buat PAKATAN tak perlulah bersusah-susah lagi terima sajalah kenyataan...

    agak sukar sebenarnya nak menewaskan gabungan beruk(UBN) dan monyet(PDRM dan jentera krjn) ni

    kpd haji nizar ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG YANG SABAR....

    ReplyDelete
  5. KENYATAAN ATAU ARTIKEL BABI LAH INI.ORANG BODOH JA CKP GINI

    ReplyDelete
  6. SIAPA YANG HINA.....BN/UMNO YANG HINA DEWAN.MCM BINATANG JA....

    ReplyDelete
  7. TIMBALAN SPEAKER DAH LAH CACAT TEMBERANG LG.....MUKA MCM BABI

    ReplyDelete
  8. Ganjil lah..YB Hamidah pernah mengejek kaum speaker india bahawa mereka lebih berbisa dari Ular..tapi dia pula suggest laki MIC itu (apanama dia ah?) pulak jadi Speaker. ...haram tak itu?

    ReplyDelete
  9. semua komen penyokong pakatan rakyat ni saya lihat memang teruk . bahasa yang digunakan pun bahasa rimba , undang pun undang rimba , pokok pangkalnya pemimpin diorang pun semuanya pemimpin korup . membazir duit rakyat asyik nak buat pilihanraya kecil . asyik2 letak jawatan ....... yang dah pegang jawatan tapi tersungkur pun x boleh terima . nak kecoh satu dunia . mcm nilah 'ayam keluar telur sebijik riuh seantero dunia ' siap ade plak lagi ....

    ReplyDelete