Tuesday, March 31, 2009

Keindahan Dan Keistimewaan Bukit Gantang.


Bukit Gantang yang kini muncul tempat yang paling popular sejak akhir-akhir ini berikutan akan Pilihanraya Kecil P059. Selain dengan gahnya dengan pilihanraya kecil yang akan datang ini Bukit Gantang sebenarnya adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi. Antara yang paling popular ini adalah mee udang Kuala Sepetang yang sedap sehingga membuatkan krew Majalah Tiga datang untuk membuat liputan mengenai Mee Udang Kuala Sepetang.

Jika anda sebagai pengunjung Kuala Sepetang terletak 12km dari Bandar Taiping yang juga dikenali sebagai Bandar Warisan. Kuala sepetang yang juga dikenali sebagai Port Weld pada satu masa ketika dahulu mempunyai tempat yang menarik selain dari mee udang yang dikenali ramai. Muaranya yang menjadi tempat golongan nelayan keluar untuk mencari rezeki juga tidak kurang menariknya berbanding dengan tempat lain. Kuala Sepetang juga mempunyai hutan lipur yang mempunyai air terjun semulajadi yang menjadi tempat kunjungi oleh orang ramai yang ingin melepaskan tekanan dari tempat kerja.

Tempat tersebut terkenal kerana kerajaan yang sedia ada telah menyediakan segala kemudahan seperti jalan raya serta kemudahan-kemudahan yang lain untuk kegunaan orang ramai untuk memudahkan orang ramai datang ke sini serta memberi peluang perniagaan kepada penduduk setempat. Itulah Kuala Sepetang yang akan hidup selagi adanya Mee Udang Kuala sepetang.

Siapa Yang Merosakkan Imej Islam??


PAS asyik bermegah dengan perjuangan untuk Islam kononnya. Tapi sekarang PAS dah tak fikirkan dah sentimen pasal agama Islam. Yang penting bagi mereka...menang PRK di Bukit Gantang. Lantak la kaum apa atau agama apa yang menyokong mereka....atas alasan atau tag...PAS for All...

Nak dijadikan cerita...penulis baru je lepas pergi ke satu majlis ceramah PAS...ala kempen untuk si Penderhaka tu la....dalam majlis kempen ceramah tu...ada la sekumpulan orang India yang jelas beragama hindu...dah ada calit kat dahi...kompom la dia beragama hindu...

Apabila si Nizar ni naik je ke tempat berceramah....kebetulan saya berdiri di sebelah mamat india ni....tiba-tiba...mamat India yang jelas beragama hindu ni menjerit...Allahuakbar!..dalam nada sambil gelak... banyak kali juga....Terkejut saya dibuatnya...jelas sekarang...kalimah suci yang kita selalu baca dalam solat tu....dah jadi mainan dah di mulut orang yang bukan beragama Islam.

Inilah padahnya...apabila PAS melaungkan slogan Islam....kaum lain yang beragama kafir pun dok pakat main-main dengan kalimah suci umat Islam ini.

Dalam soal ini....adakah PAS tidak mahu bertanggungjawab?? Disebabkan mereka....agama lain boleh mempermainkan kalimah suci agama Islam??..Inikah dikatakan meperjuangkan Islam???

Wahai umat Islam PAS...apakah perasaan kamu semua??? Islamkah kamu???mengapa hanya diam....tepuk dada..tanya iman..wahai orang-orang PAS.

UNDI DENGAN BETUL JANGAN IKUT HATI - PENGUNDI MELAYU BUKIT GANTANG


Wira:
Artikel di atas telah dihasilkan oleh pembaca Utusan Malaysia dan disiarkan pada 31 Mac 2009. Artikel Norhisyam CUKUP dan MAMPU membuka MATA ORANG MELAYU di BUKIT GANTANG. Untuk tatapan semua PENGUNDI BUKIT GANTANG! INGATLAH
Buat Pilihan Betul pada 7 April
Sesat DULU Pendapatan
Sesal Kemudian Tiada Gunanya

Pas tutup mulut calonnya

Dipetik dari Utusan

TAIPING 30 Mac - Pas menggunakan strategi 'menutup mulut' calonnya, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin daripada memberikan sebarang sidang akhbar atau bercakap kepada pemberita sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Sebaliknya, sidang akhbar harian sepanjang kempen pilihan raya kecil P59 akan dikendalikan sepenuhnya oleh Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali.

''Kami tidak halang anda mengikuti aktiviti kempen Mohammad Nizar, sampai pukul 12 tengah malam pun boleh kalau anda sanggup.

''Tetapi calon tidak akan bercakap kepada media atau memberikan apa-apa ulasan. Malah beliau juga tidak akan hadir pada sidang media harian yang diadakan oleh jentera Pas," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Pilihan Raya Pas di Air Kuning di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Asmuni Awi yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang.

Persoalan tentang kesukaran untuk mendapatkan ulasan daripada Mohammad Nizar dibangkit oleh para wartawan termasuk di kalangan media alternatif.

Keadaan itu menyebabkan Mohammad Nizar dilihat tidak mesra media berbanding calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian.

Ismail sedia ditemu bual atau memberikan ulasan pada setiap majlis kempen atau lawatan bertemu pengundi yang dihadirinya.

Menurut Mustafa, jentera Pas mengambil langkah tersebut kerana Mohammad Nizar mempunyai agenda kempen yang padat selain sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

''Semuanya bergantung kepada jentera, jadual kempen beliau terlalu padat, biasanya kalau bercakap kepada media, ia akan mengambil masa.

''Ini dibimbangi menyebabkan kelewatan untuk bergegas ke kawasan lain, jadi kita cuba meminimumkan masalah yang boleh menjejaskan peluang kita masuk berjumpa dengan akar umbi," jelas beliau.

Dalam pada itu, Mustafa berkata, Pas bersikap terbuka kepada semua media dan tidak akan melakukan sebarang halangan terhadap akhbar, Utusan Malaysia.

''Kita tidak halang dan saranan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar media arus perdana diboikot, itu sekadar pandangan peribadinya," katanya.
Sementara itu, Mustafa yang juga Pengerusi Harakah berkata, pihaknya akan membuat rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar menarik balik tindakan menggantung permit penerbitan Harakah selama tiga bulan.

''Saya sudah arahkan pengurusan Harakah agar menghantar surat rayuan kepada KDN," katanya.

Katanya, bagi menggantikan Harakah, Pas akan menerbitkan akhbar Hujah dan Buletin Bukit sebagai saluran penyampaian maklumat kepada masyarakat pada pilihan raya kecil itu.

''Kami tidak terjejas dengan kekurangan berita yang dipapar dalam media arus perdana, kita tahu ia lebih banyak memberikan liputan kepada BN," ujurnya.

Nizar calon DAP?

Dipetik dari Utusan
TAIPING 30 Mac – Benarkah Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah ‘calon DAP’ dan bukannya mewakili suara dalam Pas?

Persoalan tersebut berlegar di kalangan para pengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang akan berlangsung pada 7 April ini.
Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri menyatakan bahawa beliau tidak setuju dengan cadangan memilih bekas Menteri Besar Perak itu sebagai calon Pas dalam pilihan raya kecil itu.

Bagaimanapun, Nik Aziz yang menganggap dirinya nakhoda parti akhirnya akur dengan keputusan memilih Mohammad Nizar dan memberikan restu.

Hari ini, Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali mengakui bahawa DAP sememangnya mencadangkan nama Mohammad Nizar agar dipilih sebagai calon bagi menggalas misi Pas mempertahankan kerusi P59 itu. ‘‘Memang dia (DAP) ada buat cadangan tetapi keputusannya adalah di tangan kami.‘‘Kami pilih yang terbaik dan yang terbaik adalah Mohammad Nizar, bukan kerana dipengaruhi DAP,” katanya kepada pemberita di bilik gerakan pilihan raya Pas Air Kuning di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, pada asalnya, Pas menyediakan senarai lima orang calon dan kemudian membuat tinjauan awam bagi menentukan siapakah yang menjadi pilihan majoriti pengundi.

‘‘Kami menggunakan khidmat badan kajian bebas, Merdeka Centre dan hasil kajian menunjukkan Mohammad Nizar merupakan pilihan majoriti pengundi Bukit Gantang,” katanya.

Jelasnya, kajian perbandingan yang dibuat berdasarkan tahap menentukan kemenangan, Mohammad Nizar mempunyai kelebihan di kalangan pengundi Melayu, Cina dan India.

Bagaimanapun, Mustafa mempunyai pandangan berbeza dengan Mohammad Nizar dan beberapa pemimpin parti pembangkang yang sebelum ini yakin Pas akan menang dengan majoriti yang lebih besar.

‘‘Meskipun kami yakin boleh menang, tetapi setakat ini saya tidak mahu memberikan komitmen bahawa kami boleh meningkatkan majoriti.

‘‘Bagi yang terlibat dengan jentera, mereka tahu pelbagai perkara boleh berlaku kerana kita masih ada tujuh hari lagi untuk berkempen,” katanya.
***************************************************************************************
Tak payah la beriya nak buat peneranagan. Dah terang lagi bersuluh...Nizar memang calon DAP tetapi bertopengkan PAS .....

Monday, March 30, 2009

NIZAR PURAK-PURAK..

Nizar Jamaluddin purak-purak plak buat tak tau....Semalam dia letak nama jawatan semasa isi borang penamaan calon...dia tulis Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang....
ha.....dia sendiri dah ngaku...dia tak tulis dah jawatan dia sebagai MB perak...tapi penyokong-penyokong fanatik si Nizar ni masih lagi asyik dibuai oleh mimpi lama depa.....Nizar pun takmau dia menipu diri dia sendiri.....biaq la dia pi bohong dengan penyokong dia....yang bodo penyokong dia....dia...bodo jugak la....

NIZAR ADALAH ADUN, BUKAN MB

Pada hari pencalonan 29 Mac 2009, Nizar telah mengatakan kepada SPR beliau adalah ADUN. Ini adalah jawatan yang dimasukkan ke dalam borang.
Dalam keadaan biasa, beliau mengatakan dia masih lagi MB. Di sini sudah jelas ada kontradiksi maklumat yang jika dikupas Nizar ini selama ini bukanlah MB tetapi ADUN biasa. Sepatutnya, beliau ini perlu dibatalkan sahaja pencalonan kerana memberi maklumat yang tidak jelas. Dari kaca televisyen tempatan, kelihatan ada yang protes tentang perbezaan ini. Ini menunjukkan bahawa Nizar tidak konsisten.
Analis-analis politik berpendapat bahawa Nizar ini mempunyai minda yang sangat kusut sehingga tidak dapat memberi pendirian yang tepat. Adakah pengundi inginkan pemimpin seperti ini dalam Parlimen? Sudah pasti ANDA perlu pikir 2 kali sebelum mengundi kerana beliau ini suka bertopeng-topeng.

AWAS, PAS WUJUDKAN SKUAD MENGINTAI DI BUKIT GANTANG

Oleh : Pemikir
Jentera PAS telah mewujudkan satu skuad pengintai di Bukit Gantang. Tujuannya adalah untuk mengintai orang-orang PAS yang cuba cabut lari masuk Barisan Nasional. Skuad ini membuat rondaan serupa seperti skuad yang mengintai perangai wanita-wanita Iran di Tehran pada zaman Khomenei selepas menumbangkan Shah Pahlevi.
Skuad ini juga bergerak dengan motosikal mengintip dan mencari salah orang. Kerja seperti ini patut dibuat oleh badan tertentu bukannya skuad yang tidak bertauliah.
Pemerhati berpendapat mansuhkan sahaja skuad karut ini kerana ini hanya memaparkan bahawa PAS tidak percaya pada diri sendiri. Apa yang di buat oleh skuad ini akan memakan diri sendiri.

UST IDRIS SEPATUTNYA CALON MUTLAK DI BUKIT GANTANG, BUKANNYA NIZAR

Oleh: Pemikir
Orang-orang PAS di Bukit Gantang tidak berpuas hati dengan pemilihan Dato' seri Nizar sebagai calon PAS di Bukit Gantang. Mereka berhujah bahawa Nizar bukan anak tempatan kerana ada yang lebih layak lagi untuk menjadi calon. Beliau ialah Ust Idris ahli PAS tempatan yang sudahpun diuar-uarkan untuk menjadi calon.
Kini hati Ust Idris seperti gelas jatuh ke lantai terus berkecai. Penyokong-penyokong beliau perlu bersikap sepi dan tidak mahu membuat sesuatu pun untuk Nizar.
Pemerhati berpendapat bahawa Nizar tidak prihatin dan sentiasa mementingkan diri sendiri. Beliau sudah berlebih-lebihan dalam mempolitikkan dirinya sendiri. Kononnya beliau adalah ukuran sehingga mengatakan bahawa pilihan raya kecil adalah seperti referendum bahawa beliaulah yang paling layak di Perak.
Pengundi-pengundi perlu ingat bahawa Nizar ini sudah mengambil tempat orang lain dan juga merupakan teman dalam PAS. Tak cukup mengatakan bahawa beliau ini masih MB, kini ambil kawasan orang pula.

MENGAPA SAYA TETAP BERSAMA UMNO

1. Sejak kebelakangan ini, ramai ahli UMNO yang tidak puas hati dengan keputusan pemilihan dalam jawatan Timbalan Presiden, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri dengan mengambil tindakan keluar dari UMNO. Biarkanlah mereka kerana setiap orang mempunyai pertimbangan sendiri dan keputusan itu adalah hak individu. Untuk saya memperkatakan hal orang lain, tidaklah manis dan layak rasanya.Apakah pendirian saya?
2. Walaupun ada nama yang tidak selari dengan pendirian saya tetapi tetap terpilih sebagai pemimpin dalam barisan kepimpinan UMNO, namun saya masih tetap sebagai ahli UMNO.
3. Walaupun suatu hari nanti UMNO akan ditalkinkan seperti mana dikatakan oleh rakan dalam parti pembangkang, saya tetap akan bersama UMNO dan tidak sekali-kali akan mendaftarkan diri dengan parti PAS, PKR dan mana-mana parti lain.Mengapa saya berpendirian begitu?
4. Saya adalah seorang Melayu dan beragama Islam. Kehidupan saya sekeluarga adalah sederhana yang mengamalkan ajaran Islam sebagai asas kehidupan seharian.
5. Kedua ibubapa juga adalah penyokong UMNO walaupun mereka tidak pernah menjadi ahli UMNO yang sah. Mereka mengajarkan saya sejak kecil lagi supaya tidak mengambil hak orang lain, menghormati orang lain baik dari segi pandangan, pegangan keagamaan atau politik. Pendek kata jangan kita menyusahkan hidup orang dan kalau mampu memberi bantuan, maka hulurkanlah bantuan seikhlas mungkin. Ajaran mereka ini dibawa sehingga saya menjadi apa yang saya ada sekarang.
6. Semasa saya remaja dan jiwa saya menuntut supaya mendekati diri dengan Allah, saya terpengaruh untuk mengikut ceramah agama dari ustaz-ustaz yang ada pada masa itu, tetapi kebanyakan isi ceramah yang dibawa hanya menyentuh tentang keburukan orang lain, kesalahan dan tuduhan terhadap pihak tertentu.Adakah ini ceramah agama yang saya cari?
7. Setelah diperiksa barulah saya ketahui bahawa ceramah yang saya hadiri dan dengar melalui keset itu adalah ceramah agama dari kepimpinan PAS termasuk Haji Hadi.
8. Dibandingkan dengan ajaran ibubapa saya yang diterapkan sejak kecil seperti di atas menyebabkan saya menjauhkan diri dari unsur seperti yang di bawa oleh ceramah PAS kerana berlawanan dengan jiwa saya.
9. Sejak dari mula penubuhan PAS sehinggalah sekarang, isi ceramahnya meliputi kesalahan orang lain dan memburukkan pemimpin yang tidak mengikut keadah Islam cara mereka. Mereka menyalahkan orang yang tidak berpakaian Islam ala PAS dan jiwa orang UMNO dikatakan mengikut orang sekular. Ini menyebabkan saya sukar menerima perjuangan PAS yang bertopengkan Islam untuk mencapai cita-cita politik mereka.
10. Bagi saya, saya berpegang teguh kepada ajaran Rasullullah iaitu kasih mengasihani antara makhluk dan menghormati antara satu sama lain. Walaupun kita berlainan fahaman politik, tapi masih ada ruang yang boleh kita usahakan untuk perpaduan bangsa dan agama.
11. Tonggak ini tiada dalam PAS. Bagi pemimpin PAS, mereka meracuni pemikiran pengikut PAS bahawa mana-mana orang yang tiduk tunduk dan mematuhi Islam ala PAS maka mereka bukan dalam golongan yang dirahmati Allah.
12. Insiden mengafirkan orang Islam UMNO, sembahyang dua Imam, tidak memakan sembelihan orang UMNO menambahkan lagi kesangsian saya terhadap perjuangan Islam ala PAS ini.
13. Dahulunya PAS mengatakan bahawa kita berjuang atas tiang Islam dan tidak akan berkerjasama dengan golongan bukan Islam sepertimana yang dilakukan oleh UMNO dengan MCA dan MIC. Tapi kini, mereka adalah pelakon yang meludah di atas langit dengan mengadakan Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR yang mana perjuangan dan pegangan mereka ini terang-terang tidak berlandaskan Islam sejati.
14. Perkembangan di sekeliling sejak dahulu hingga sekarang juga membuat saya takut kepada perjuangan PAS samada mereka ini adalah pengamal agama Islam yang mengikuti sunah Rasullullah dan al Quran?
15. Bayangkanlah bagaimana hukumnya jikakalau dalam rumah penyokong PAS digantung gambar pemimpin mereka dan mewarnakan batu nesan dengan warna PAS iaitu hijau.
16. Atas dasar apakah kita mengantungkan gambar pemimpin PAS dalam rumah kalau bukan untuk dihormati dan apa akan berlaku kalau ada orang yang mengoyakkannya? Adakah mereka ini akan marah atau membunuh orang yang mengoyak gambar itu?
17. Penyokong PAS juga tidak mahu bersama kariah UMNO untuk bersama-sama berjemaah dalam saf yang sama sujud menyembah Allah. Pemimpin mereka mengatakan bahawa tidak sah sembahyang di belakang Imam orang UMNO?Apakah pegangan mereka ini benar?
18. Begitulah antara sebab mengapa saya kurang meminati perjuangan Pas dan rela menjadi seorang rakyat yang hanya mendiamkan diri daripada terlibat dalam dakyah politik PAS yang menggunakan Islam sebagai alat memancing undi dalam pilihan raya.
Bagaimana dengan PKR?
19. Kalau PAS yang memperjuangan Islam ala PAS tidak menarik perhatian saya, inikan pula parti rojak mee.
20. PKR adalah pecahan dari UMNO dan kelainannya adalah memberi keahliannya kepada orang bukan Melayu. Kononnya ingin memperjuangkan politik pelbagai kaum.
21. Sebagai Melayu dan beragama Islam, tidak dapat tidak saya tetap mengutamakan perjuangan bangsa dan agama saya terlebih dahulu sebelum orang lain. Dalam masa yang sama saya akan menghormati mereka ini selagi mereka menghormati hak saya. Itu sangat jelas.
22. Demikianlah pandanga peribadi saya.
Salam

PAS:BERAS DAN RM50 UNTUK MENDAPAT UNDI

Gambar: http://awekzbukitgantang.blogspot.com/

TULIP: Apa dah jadi dengan PAS? Muslimah PAS sedang giat berkempen untuk menarik sokongan penduduk Bukit Gantang supaya mengundi mereka. Dengarnya penduduk Kampung Tebok, Permatang Raja menerima duit, RM50 dan beras melalui lawatan rumah ke rumah anjuran PAS. Banyaknya duit PAS? Ke ada sponsor daripada pihak luar. Inikah yang dikatakan telus? Dalam ceramahnya, tidak habis-habis membuat tuduhan bahawa Barisan Nasional amalkan rasuah. Nampaknya, Pakatan Campuran semakin terdesak untuk memenangi kerusi P.059 Bukit Gantang hingga sanggup mengamalkan politik wang untuk mendapat undi. Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang, Dia Yang Lebih. Itulah Pakatan Campuran. Tak habis-habis dengan kontroversi.

ISLAM SURUH MINUM BERDIRI. INILAH NIZAR MENSEKULARKAN ISLAM.

Sumber://mysrimuara.blogspot.com

BANGGA NIZAR MINUM BERDIRI.KALAU ORANG UMNO MNUM BERDIRI KECOH DALAM SETIAP KULIAH.ISU IMAM MASJID SIMPANG PUN KECOH.MACAM BAGUS JER BAGI KULIAH.BANGGA DI MINTA JADI IMAM.TAK MAU MERENDAH DIRI LANGSUNG.LA NI DOK JALAN-JALAN MINTA SIMPATI.APA PUNYA OLANG .....DAP DAH DIJANJIKAN HADIAH LUMAYAN LAGI JIKA BUKIT GANTANG MENANG.DULU BAGI 999 TAHUN TAPI SEKARANG LEBIH PADA ITU TERMASUK PAKEJ KE SYURGA OLEH NIK AZIZ.

PAS bikin kecoh di Masjid Simpang

ADORA:
PAS seperti biasa gemar menggunakan masjid-masjid sebagai platform untuk memberi ceramah dan berkempen pilihan raya.
Insiden yang berlaku malam tadi di Masjid Simpang, Taiping sungguh memalukan. DS Nizar Jamaluddin dan beberapa penyokongnya telah bertindak melulu dengan memasuki masjid tersebut dan terus mengimamkan solat Maghrib.
Selesai solat tanpa usul periksa, Nizar merampas mikrofon dari imam masjid untuk memberi ceramah. Sedangkan majlis yang ingin dilaksanakan pada waktu itu ialah Majlis Solat Hajat dan Tahlil anjuran BN.
PAS MEMANG GEMAR BERTINDAK MEMBUTA TULI DAN SEMBERONO.
TIDAK MENGHORMATI MAJLIS ORANG LANGSUNG.
APA SALAHNYA JIKA BERTANYA TERLEBIH DAHULU DAN SAMA-SAMA BERSOLAT HAJAT SERTA BERTAHLIL DENGAN ORANG BN?

NIZAR WANTED???

ADORA:
PEMIMPIN BEGINIKAH YANG ANDA KAGUMI?
PEMIMPIN BEGINIKAH YANG ANDA HORMATI?
PEMIMPIN BEGINIKAH YANG LAYAK MEMACU NEGERI?
JAWAPANNYA
PEMIMPIN INI TIDAK BERNILAI TINGGI!!!
BELIAU PATUT TIDAK MUNCUL LAGI JIKA HANYA HENDAK MEROSAKKAN NEGERI...

Raja Baru Perak


TULIP: Lihat......setelah menderhaka kepada Sultan, Pakatan Campuran memilih raja sendiri dengan melantik Nga atau Ngeh sebagai raja. Jelas, Nizar Jamaluddin (PAS) dan juak-juaknya kuda tunggangan DAP. Nga dan Ngeh lebih penting bagi Nizar hingga sanggup mohon derhaka pada Sultan.
Awas pengundi Bukit Gantang. Jangan terpedaya dengan tipu muslihat Nizar. Jom tolak Pakatan Campuran, setiap undi menggadai bangsa.

Sah Tektikal Kempen Menyamai Permatang Pauh

DIPERMATANG PAUH TOPENG ANWAR DIBERIKAN SECARA PERCUMA SEMASA PENAMAAN CALON.PERKARA YANG SAMA BERLAKU DIBUKIT GANTANG.SAIFUDIN TAK BOLEH BOHONG LAGI.LIHAT PERSAMAAN STRATEGI KEMPEN SEPERTI DI BAWAH :

1. TOPENG MUKA ANWAR DAN NIZAR
2.LORI DAN BANNER YANG PELBAGAI
3.BAJU YANG DI CETAK DALAM BENTUK PELBAGAI
4.PASTIKAN PENYOKONG YANG TURUN MASA PENAMAAN RAMAI SEPERTI DI PADANG IPG TUANKU BAINUN
5.TUNGGU!!!! PKR DAN PAS AKAN BERTINDAK GANAS MENYAMAI PERMATANG PAUH.
BLOGGER MOHON AGAR PEJUANG BN BERSABAR DAN JANGAN TERMAKAN PROVOKASI PR KERANA BUDAYA BUKIT GANTANG BERBEZA DENGAN PERMATANG PAUH.ORANG BN BLOGGER TAHU ORANG YANG BERSABAR DAN TAWADHUK NYER TINGGI.

Tulip: Nampaknya Pakatan campuran semakin kecut perut melihat gandingan mantap kepimpinan baru yang akan mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional. Strategi berkempen yang digunakan oleh PAS sama seperti di Permatang Pauh. Pakatan Campuran akan bertindak ganas untuk merealisasikan impian mereka. Ayuh, jangan beri muka pada petualang bangsa, Nizar Jamaluddin. Jangan undi Nizar Jamaluddin.

Tiga rebut Bukit Gantang

Petikan : UTUSAN online

TAIPING 29 Mac – Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dengan Bebas.

Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya kawasan itu, Datuk Mahmod Morsidi pada pukul 11.20 pagi selepas pihaknya tidak menerima bantahan yang dikemukakan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Perbandaran Taiping di sini.

Calon BN, Ismail Saffian, 48, akan ditentang oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, 52, dan calon Bebas yang akan menggunakan lambang payung iaitu, Kamarul Ramizu Idris, 43.

Menurut Mahmod, pendaftaran pencalonan pertama dibuat oleh Mohammad Nizar pada pukul 9.06 pagi diikuti pendaftaran Ismail pada pukul 9.20 pagi manakala Kamarul Ramizu pada pukul 9.35 pagi.

Pencalonan Ismail dicadangkan oleh Kamarullail Sulaiman dan disokong Loh Swee Eng manakala Mohammad Nizar dicadangkan Rahim Ismail dan disokong Hassan Salleh.Pencadang Kamarul Ramizu pula ialah Adnan Abd. Ghani dan disokong Yahaya Rosli.

Pemilihan ketiga-tiga calon berkenaan sebagai wakil rakyat dan Ahli Parlimen Bukit Gantang akan ditentukan oleh pengundi pada 7 April ini.

Sementara itu, kira-kira 10,000 penyokong termasuk pemimpin BN dan Pas berkumpul sejak pukul 6.30 pagi lagi bagi memberi sokongan moral kepada calon masing-masing.
Antara pemimpin tertinggi BN yang mengiringi Ismail ialah Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut serta ialah Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta beberapa menteri besar lain.

Dua bekas Naib Presiden UMNO iaitu Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam turut mengiringi Ismail.

Pemimpin pembangkang yang hadir pula ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng serta bapanya, Lim Kit Siang.

WARGA BUKIT GANTANG TOLAK NIZAR!!!

Gambar: www.brokenTHEcode.blogspot.com

*****************************************

WIRA:
WARGA BUKIT GANTANG! MARI KITA PAKAT-PAKAT TOLAK NIZAR. NIZAR ORANG LUAR. NIZAR TAK LAYAK JADI PEMIMPIN KITA. NIZAR PENGKHIANAT BANGSANYA SENDIRI. NIZAR ORANG PAS TAPI TERANG-TERANG JADI BONEKA / KUDA TUNGGANGAN DAP. DI MANA KESETIAAN NIZAR TERHADAP PARTINYA SENDIRI? JANGAN UNDI NIZAR...

DULU PAS..................KINI DAP SEGALANYA.................


Kena jaga.. Kena jaga.. Kita kena jaga..Hati orang semua kita kena jaga..
Kena jaga.. Hati Cina kita kena jaga..Kita bagi seribu hektar untuk SK Cina..Kita bagi tanah 999 tahun juga,Untuk Kampung Baru Cina..
Kena jaga.. Hati india kita kena jaga..Dengan Melayu, tanah jangan bagi sesuka..Takut-takut India pulak terasa..
Kena jaga, hati Melayu kita kena jaga..Janji palsu kita kena lempar juga..1001 alasan kena bagi Melayu juga..1001 fitnah kena tabur kat Melayu juga..Sebab takut nanti Melayu terasa..

Perlu Berani Berubah- Pak Lah

TULIP: Pak Lah menyeru supaya ahli UMNO bermuhasabah dan melakukan perubahan diri jika mahukan UMNO terus relevan kewujudannya. UMNO perlukan satu orde baru untuk menghadapi tranformasi dan semangat rakyat yang begitu dinamik di samping cabaran globalisasi yang mendatang. UMNO tidak berada di zon selesa untuk terus kekal sebagai parti yang memayungi rakyat berbilang bangsa jika berada di takuk yang lama. Satu perubahan perlu dilakukan dengan menggabungkan kekuatan lama yang telah hilang semangat perjuangannya dengan orde baru yang perlu diterokai.

Kepimpinan baru UMNO yang diterajui oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dan barisan kabinet yang bakal dipilihnya nanti menjadi penentu jangkahayat UMNO agar terus relevan dan dapat mengembalikan kepercayaan dan sokongan rakyat kepada UMNO. Justeru itu, Tulip mengharapkan semua kepimpinan Barisan Nasional bersama komponennya menyokong sepenuhnya kepimpinan baru negara agar lanskap ekonomi negara dapat kembali seperti sediakala

MEH YEOP KITA NENGOK SAPA ITU NIZAR!

Wira Bukit Gantang mengajak anda untuk sama-sama menonton video youtube yang bertajuk SEPOHON KAYU NIZAR.

Apabila menonton video ini anda benar-benar akan teruja dan akan lebih mengerti siapakah insan yang bernama YB Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin. Siapakah pemimpin yang dikatakan hebat ini?
Silalah menonton dan berikan penilaian bijaksana anda.

BN akan nyatakan perkara sebenar

TAIPING 29 Mac - Jentera Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang Barisan Nasional (BN) akan berusaha sebaik mungkin untuk menyatakan perkara yang benar berkaitan peralihan kuasa yang berlaku di Perak.

Berbeza dengan pakatan pembangkang yang dijangka menggunakan taktik meraih simpati ekoran keadaan tersebut, BN tidak akan sekali-kali memainkan sentimen yang akan membuatkan pengundi rasa bersedih.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN yakin usaha berkenaan akan menempa kejayaan kerana rakyat dan pengundi di Bukit Gantang sudah bijak, bersikap rasional dan boleh berfikir dengan baik.

''Kita sedar ada tuduhan daripada pembangkang adalah tidak berasas, mereka melakukan itu untuk meraih simpati. Mereka nampaknya tidak melakukan perkara yang betul iaitu mematahkan hujah BN.

''Mereka tidak sepatutnya meraih simpati rakyat. Kita akan buat penjelasan dengan fakta dan undang-undang yang ada," katanya kepada pemberita selepas mengiringi calon BN, Ismail Saffian ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Perbandaran Taiping di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengarah bagi tiga pilihan raya kecil; Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air berkata, usaha memberi penjelasan itu walaupun agak sukar namun ia terpaksa dilakukan supaya rakyat tahu situasi sebenar.

Jelas beliau, ia juga merupakan satu cabaran bagi BN yang berhasrat meneruskan agenda membela nasib rakyat di negara ini.

''Rakyat perlu sedar... kalau kerajaan negeri sekarang tidak sah, ini bermakna kita tidak boleh memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Lihatlah betapa banyak kerja telah dilakukan oleh kerajaan negeri BN sekarang.

''Kerajaan negeri sekarang memang berfungsi dan ini berbeza dengan Mohammad Nizar Jamaluddin. Beliau nyata sekali sudah tidak ada di pejabat, malah banyak tindakannya yang telah melanggar undang-undang," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, penggantungan akhbar Pas, Harakah dan akhbar Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah mereka jelas melanggar undang-undang dan Akta Percetakan.

Jelasnya, tidak ada mana-mana pihak yang melebihi undang-undang dan ini termasuklah media pembangkang atau media pihak mana sekali pun.

''Perkara itu tidak boleh dijadikan isu semasa kempen pilihan raya kecil ini kerana kalau tidak puas hati boleh buat rayuan.

''Ini (penggantungan permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan) bukan tindakan yang sewenang-wenangnya, ia dibuat mengikut undang-undang," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia (30 Mac 2009)
*************************************
Adora:
Ketelusan BN untuk menerangkan perkara sebenar mengenai peralihan kuasa BN di Perak wajar disanjung tinggi dan sangat dialu-alukan bagi merungkai kekeliruan yang dicetuskan oleh pakatan pembangkang.
Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Pengarah ketiga-ketiga pilihan raya kecil (Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai) ini membuktikan bahawa BN berada di pihak yang benar dan sama sekali tidak melanggar undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Pendekatan sentimen untuk meraih simpati yang digunapakai oleh pembangkang dalam kempen-kempen pilihan raya mereka jelas menunjukkan bahawa pembangkang cuba menyembunyikan fakta sebenar. Mereka hanya membangkitkan perkara-perkara asas sahaja yang bukan berlandaskan undang-undang bagi mempengaruhi minda rakyat.

Institusi Raja-Raja Melayu Sebagai Lambang Warisan Negara

Tulip sangat bersetuju dengan cadangan wakil Puteri UMNO Perlis, Huzaini Abdul Hamid supaya mewujudkan satu set perundangan bagi melindungi Institusi Raja untuk tidak terus dituduh oleh pembangkang. Tidaklah berasas untuk menuduh Sultan Perak bertindak berat sebelah dan dibayangi Barisan Nasional seperti yang ditohmah dan diputar belitkan oleh pembangkang terutamanya Brother Anwar, Karpal Singh dan penyokong-penyokong DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS. Kemelut politik di Perak kerana kederhakaan Nizar Jamaluddin kepada Sultan , mengingatkan Tulip dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang mempunyai agenda yang serupa untuk menggulingkan Kerajaan dan Institusi Raja secara kekerasan. Nizar Jamaluddin merupakan boneka Nga dan Ngeh (DAP) untuk menjadikan Malaysia ini sebagai negara republik.

Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan lambang warisan Melayu yang diamanahkan menjaga wasiat berkaitan 7 perkara berikut:-

Persekutuan dikenali dengan nama Malaysia

Islam ialah agama Persekutuan

Raja Melayu ialah pemerintah dan Ketua Agama Islam di negeri masing-masing

Rejimen Askar Melayu hanya untuk Orang Melayu

Tanah Simpanan Melayu

Bahasa Melayu

Kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain

Bayangkan apa jadi sekiranya, negara tidak mempunyai Raja. Mungkin negara kita masih tidak dapat menikmati keamanan, kestabilan dan kemakmuran seperti Negara Kemboja. Mungkin kita akan menjadi sebuah negara seperti Congo yang sentiasa berbunuhan di antara satu puak dengan puak yang lain, walaupun mempunyai warna kulit yang sama. Bagaimana dengan negara kita yang pelbagai kaum yang mempunyai perbezaan dan berlainan cara hidup. Justeru itu, wajarlah kuasa dan kekebalan Institusi Raja diperkuatkan yang menjadi benteng kepada Orang Melayu. Malangnya kini, ramai Orang Melayu yang sanggup menderhaka kepada sultan kerana mereka tidak memahami sejarah dan perlembagaan negara. Fikir-fikirkanlah.

Jangan Pandang Khairy Sebelah Mata



Bahana mempermaikan agama, Husam tersungkur buat kali kedua

SAYA adalah antara yang hadir awal pada Wacana Politik Transformasi Politik Negara yang diadakan di Dewan Besar Balai Islam Lundang yang mesemejakan Naib Presiden Pas Husam Musa yang juga exco kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan tokoh akdemik Prof. Abdul Aziz bermoderatorkan Prof. Madya Mohd Agus Yusoff.Kebetulan pada kerusi yang saya duduk, dikelilingi oleh para penyokong Pas fanatik. Mereka bercakap tentang kemustahilan Khairy akan hadir, kononnya tidak akan berani berdepan dengan tokoh sehebat Husam.

Ada yang kata kalau Khairy hadir, beliau akan dipecat dari Umno macam Datuk Zaid Ibrahim kerana hadiri majlis anjuran PKR.Ada yang sampai sanggup potong jari, malah rela dipotong tengkok kalau Khairy berani hadir. Terdetik di hati saya betapa masih ramai orang Pas yang tidak cukup dakwah, yang terseleweng dan tergelincir dari tujuan menjadi orang Pas serta tujuan berpolitik dan berparti politik bersama Pas.Pada perkiraan saya pada waktu itu, sama ada Khairy akan hadir atau tidak hadir, orang Pas fanatik akan melihat Khairy mengarut dan Husam yang akan serba hebat kerana orang Pas memang telah mefanatikan diri masing-masing supaya melihat orang lain 'debek' belaka, hanya orang Pas sahaja yang serba 'perfect'.

Kebetulan yang paling akhir datang adalah Khairy, mungkin itu politik Khairy untuk membuat kejutan, biar orang Pas sangkakan beliau tidak mungkin berani datang akhirnya akan terlopong dan kemunculannya.Bila Khairy muncul, penyokong Pas yang tadinya sanggup bertaruh potong jari dan potong tengkuk melaung kuat supaya Khairy masuk Pas. Dewan juga mula riuh rendah dengan gangguan bertujuan untuk memperlekeh dan menggangu emosi Khairy. Terbukti Khairy mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan mantap.Ketika Khairy memukaddimahkan ucapannya dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan lancar pada hemat saya (saya bekas pelajar sekolah agama yang turut mengaji tentang ilmu tajwid) penyokong tadi melaung kononnya bacaan al-Quran Khairy tidak tepat.Bagi saya laungannya itu penuh prejudis kerana Khairy bukan orang Pas dan orang macam inilah (penyokong fanatik PAS) yang boleh terima bila Lim Guan Eng kononya mahu zuhudkan diri macam Umar Ibnul Aziz sedangkan syarat zuhud itu sendiri kena Islam, kena beriman dan bertaqwa.Islam sahaja tidak menjamin zuhud sebenarnya.

Kenapa mereka terima kezuhudan Ketua Menteri Pulau Pinang?. Jawabnya kerana yang mengatakan demikian adalah Husam Musa yang bagi orang Pas adalah serba perfect.Tidak hairanlah walaupun dari segi hujahnya Khairy lebih unggul berbanding dengan Husam dan Prof. Madya Abdul Aziz, namun penonton yang sebenarnya tidak patut menghadiri majlis ilmu seperti itu dilihat sama seperti ceramah politik atau persembahan dikir barat terus melihat hanya tokoh Pas yang hebat.Jerangkap samar yang dipasang oleh Khairy tentang Hudud yang pada jangkaan saya akan menimbulkan huru-hara kepada Pakatan Rakyat, terutama DAP yang tidak pernah setuju dengan Islam telah membuatkan Husam dalam kedaan muka penuh kecemasan memberi jawapan untuk menyeronokan penonton yang tidak ada nilai-nilai profesionalisme langsung.Terbukti apa yang dijangkakan telah berlaku.

DAP menentang jawapan Husam tentang hal dan sekaligus memaksa tokoh-tokoh besar Pas termasuk Mursyidul Amnya, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa ikut campur membuat kenyataan manakala Presiden Pas Datuk Seri Haji Awang menyatakan beliau akan minta penjelasan Husam tentang perkara itu.Pada saya gara-gara untuk lepas diri dari dimalukan oleh soalan jerangkap samar Khairy dengan memberi jawapan yang sepatutnya presiden yang memberikan jawapannya, PR boleh lebur dan boleh menyumbang kepda kemusnahan kerajaan PR di Perak dan Selangor amnya.

Penyokong-penyokong Pas patut membeli VCD majlis itu dan cuba profesionalkan minda untuk melihat siapa sebenarnya yang lebih hebat. Kepada saya Prof. Abdul Aziz tidak patut jadi ahli panel, cukup hanya Khairy berdepan dengan Husam sahaja.Husam pada penilaian saya pernah tersungkur kepada Annuar Musa pada satu majlis debat yang diadakan di Kuaa Lumpur beberpa tahun lepas yang mana saya juga hadir pada majlis itu atas nama kakitangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dan sekali lagi Husam tersungkur di tangan Khairy di Kota Bharu gara-gara terlalu bermain dengan agama yang sepatutnya tidak dipermainkan.

*************************************
Tulip Desa

Memang jelas Pakatan Rakyat semakin lemah. PAS sudah menyimpang jauh daripada perjuangan untuk menegakkan syiar Islam. Hanya menggunakan agama untuk survival politik. Insaflah, wahai penyokong Pakatan Rakyat

PRK P.059 Bukit Gantang Pertandingan 3 Penjuru

ISMAIL SAFIAN, CALON BN

Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dengan Bebas.

Calon BN, Ismail Saffian, 48, akan ditentang oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, 52, dan calon Bebas yang akan menggunakan lambang payung iaitu, Kamarul Ramizu Idris, 43.

ADORA: KEPADA SELURUH WARGA BUKIT GANTANG, MARILAH BERAMAI-RAMAI KELUAR MENGUNDI PADA 7 APRIL INI. UNDILAH CALON BN. HANYA BN YANG MAMPU MEMELIHARA KEBAJIKAN ANDA DAHULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sunday, March 29, 2009

NIZAR SUDAH BERPINDAH!

Photobucket

Photobucket

KEAKRABAN MAHATHIR DAN PAK LAH


Sumber: Utusan Mingguan 29 Mac 2009
Komen Wira:
Air dicincang takkan putus.
kiambang bertaut,
biduk berlalu,
carik-carik bulu ayam,
lambat laun bercantum jua.
Pemimpin Kita dah bersatu diharap Pengundi Bukit Gantang bijak dalam membuat pilihan kerana ANDA sedang mempertaruhkan MASA DEPAN ANDA dan GENERASI ANDA......PILIH LAH DENGAN BIJAKSANA; HANYA KERAJAAN BN mampu MEREALISASIKAN IMPIAN ANDA

NIZAR CALON DAP


Nizar merupakan pilihan calon DAP dan bukannya PAS. Ini dinyatakan sendiri oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham. Calon PAS yang dieprsetujui oleh Pesuruhjaya PAS Hadi Awang dan Musyidul PAS, YAB Dato' Nik Aziz ialah Ust. Idris bin Ahmad seorang anak tempatan Bukit Gantang. Jelas lagi nyata DAP menentukan segala-galanya. PAS BONEKA dan PAK TURUT kepada DAP. Mana dia slogan "Membangun Bersama Islam"...

PEMBANGKANG EKSPLOITASI PELAJAR IPTA

Pada PRK ini pelbagai-bagai cara digunakan terutamanya parti lawan untuk berkempen. Selain dariapda risalah-risalah dan kain rentang, PAS juga menggunakan tenaga manusia. Apa yang berlaku di PRK mana-mana sebelum ini tenaga manusia ini juga terdiri daripada pelajar-pelajar IPTA.
Mereka ini tanpa sedar telah dibawa ke kawasan PRK dengan alasan untuk membuat kajian soal selidik. Mungkin ada kebenarannya tetapi yang menjadi tanda tanya kenapa pada waktu PRK? Kenapa tidak dibuat pada waktu lain?
Pemerhati berpendapat bahawa universiti-universiti tempatan awam perlu mengambil berat perkara ini kerana tidak sepatutnya pelajar-pelajar dieksploitasikan untuk tujuan pembangkang yang tidak peduli terhadap pendidikan pelajar-pelajar.
Di samping itu, pelajar-pelajar di luar negeri yang ditaja oleh kerajaan seperti di UK, Australia, New Zealand, Amerika dan Timur Tengah juga mengikuti PRK melalui laman-laman web. Mereka ini juga terpengaruh dengan dakyah pembangkang dan mereka dengan tanpa usul periksa mempercayainya. Penaja-penaja perlu memantau hal ini dan memberi amaran supaya pelajar-pelajar memberi tumpuan kecemerlangan akedemik.

HARGA GULA 40 SEN SEKILO ADALAH TIPU DAYA PAS DAN DAP

Kini beberapa EKSPO timbul seperti cendawan selepas hujan di Bukit Gantang. Fenomena ini adalah biasa terutamanya apabila adanya Piliahan Raya Kecil yang akan menarik ribuan pengunjung tempatan dan dari luar Taiping.
PAS juga mengambil kesempatan untuk mengadakan EKSPOnya sendiri dengan mempamerkan barang-barang tempatan seperti pakaian, makanan, herba, akhbar-akhbar seperti Harakah dan lain-lain lagi.
Jadi pembeli-pembeli yang ditemui mereka berpuas hati dengan harga barang yang dijual. Harga barang seperti gula dijual dengan harga 40 sen sekilo. Mereka mengatakan bahawa PAS sangat prihatin sehingga boleh menjual barang terkawal ini dengan harga murah.
Pemerhati berpendapat bahawa pembekal sebenarnya telah membeli gula ini dengan harga siling dan mengambil kesempatan politik untuk menjual murah bertujuan menemplak kerajaan yang kononnya tidak dapat kawal harga barang seperti ini.
Adalah dinasihatkan pembeli-pembeli gula ini beli dengan sebanyak-banyaknya gula tetapi ingat bahawa mereka telah diperdayai oleh pihak pembangkang kerana selepas Pilihan Raya Kecil EKSPO ini tidak akan dapat dijual dengan harga 40 sen sekilo.

NEGARAWAN TUN MAHATHIR MENJELMA DI UMNO, PWTC

Pada penghujung Persidangan UMNO di PWTC, ketika mana Tan Sri Mahyuddin, Timbalan Presiden baru berucap, menjelmalah negarawan Malaysia di dalam dewan mulia iaitu Ybg. Tun Mahathir Mohammad. Dewan menjadi gamat dengan kehadiran seorang insan yang telah banyak membawa perubahan dan transformasi negara peringkat fizikal dan spritual.
Ahli-ahli perwakilan mempunyai perasaan yang sangat luar biasa dan ini menampakkan bahawa mereka merindui Tun Mahathir walaupun beliau sudah lama meninggalkan kerajaan. Kehadirannya itu boleh ditafsir dari pelbagai segi tetapi umumnya UMNO memang bersedia untuk menerimanya kembali.
Ketokohan beliau sebagai mantan Perdana Menteri tidak dapat dinilaikan. Kontribusinya kepada Malaysia dari Kudat hingga Perlis memang sungguh besar dan semua lapisan masyarakat tanpa kira bangsa telah dapat menikmatinya. Pertumbuhan ekonomi ketika beliau menjadi Perdana Menteri sentiasa di tahap terbaik menjadikan Malaysia negara model dari kaca mata dunia dan juga badan-badan antarabangsa seperti PBB.
Suara beliau juga dirindui oleh pemimpin-pemimpin seperti Presiden Bush, Margaret Thacther, Clinton, Soros, Hafez al Assed dan lain-lain lagi, kerana Tun Mahathir mempunyai pendirian-pendirian mengenai ekonomi politik hubungan antarabangsa, keganasan, Israel, Zionisme yang dapat diterima oleh mereka.
Walaupun beliau mempunyai usia yang lanjut, pandangan-pandangannya masih bernas dan warga Bumiputera / Islam masih mempunyai keyakinan kepada Tun yang sedikit sebanyak boleh mengukuhkan orang Melayu / Bumiputera dan dapat hidup bersama-sama kaum lain dengan aman dan penuh bermakna.
Pemerhati mengucapkan TAHNIAH kepada Tun Mahathir yang penuh rendah diri naik ke pentas dan menemui pemimpin-pemimpin UMNO termasuk YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah ahmad Badawi yang dicintai.

KONCO-KUNCO NIZAR LEBIH SUKA BERASUAH

Oleh : Pemikir
Ahli-ahli EXCO di bawah Nizar di Perak mempunyai reputasi negatif. Semasa mereka menjadi pembangkang dahulu mereka memfitnah ahli-ahli BN rasuah. Rupa-rupanya apabila mereka memerintah, mereka lebih rakus termasuk meluluskan lot-lot pembalakkan untuk diri mereka sendiri, membeli CAMRY untuk ego mereka, meluluskan tanah sehingga 999 tahun tanpa merujuk kepada Pusat.
Sifat demikianlah, tidak sesuai berada kepada pemimpin bagi negeri Perak. Mereka ini mengamalkan pendekatan MENGAUT berdasarkan kepada sifat haluba dan tamak kerana mereka tahu mereka tidak lama memerintah. Sebelum mereka tamat sebagai YB, mereka sapu dahulu apa yang ada dihadapan mata.
Pemerhati berpendapat bahawa Nizar dan kunco-kunconya yang terdiri daripada DAP memang sesat dan gelojoh sehingga ada yang sudah terperangkap kerana pekerjaan jahat mereka.
Dinasihatkan pengundi-pengundi bijak mengundi kerana Nizar ini adalah musang berbulu ayam.

MASJID TAIPING, MASJID PENGKALAN AUR, MASJID IKHWANIAH SIMPANG DISALAHGUNAKAN OLEH PAS

Oleh : Pemikir
Orang PAS masih berdegil tidak mahu mengalah... terus menggunakan Masjid Taiping, Masjid Simpang dan Masjid Pangkalan Aur dan Masjid Ikhwaniah Simpang untuk membuat kerja-kerja bukan Islam seperti mengutuk pemimpin-pemimpin Melayu dan orang-orang Perak.
Ahli-ahli jawatankuasa Masjid yang terdiri daripada mereka yang berminda PAS tidak akur kepada ajaran Islam dan dari dulu lagi menegah orang mempolitikkan masjid. Semua pengundi-pengundi di Bukit Gantang dikehendaki memaklumkan kepada Jabatan dan blog ini mana-mana masjid dan nama-nama mereka yang degil menyalahgunakan masjid.

SATU MATLAMAT, SATU PERJUANGAN DEMI NEGARA, BANGSA DAN AGAMA


TAATILAH PEMERINTAH - NIK AZIZ


SENARIO POLITIK PERAK








Saturday, March 28, 2009

KDN PERLU AMBIL TINDAKAN KEPADA HARAKAH

Oleh : Pemikir
Walaupun sudah keluar arahan KDN supaya majalah Harakah tidak dibenarkan dijual, kini arahan itu telah tidak dipatuhi. Kini Harakah masih lagi dijual di kedai-kedai dan ini tidak menghormati undang-undang kerajaan.
Sungguh malang kerajaan biarkan sahaja masalah ini berlarutan. Sampai bilakah tindakan nak diambil?
Pemerhati berpendapat bahawa KDN perlu siasat dan menguatkuasakan arahan yang telah dibuat. Ambil lah tindakan segera supaya KDN dihormati oleh syarikat cetakan yang dewasa ini berani melanggar arahan.

Masjid-Masjid di Bukit Gantang dieksploitasi oleh calon PAS.... AWAS!!!!

Calon dan penyokong PAS kawasan parlimen Bukit Gantang didapati menyalah gunakan Masjid-Masjid untuk berpolitik. Mereka tiada segan mengeksploitasi masjid untuk menabur fitnah dan memutar belitkan cerita untuk meraih sokongan cara haram yang tidak bermaruah.
Dari kajian yang dibuat PAS, telah menggunakan masjid Taiping, Masjid Pangkalan Pauh, Masjid Ikhwaniah Simpang untuk menguar-uarkan aktiviti calon PAS.
Pemerhati berpendapat bahawa Majlis Hal Ehwal Agama Negeri Perak, perlu bersikap tegas dan mengambil tindakan supaya masjid-masjid tidak disalah gunakan oleh calon PAS. Sekiranya perkara ini tidak ditangani oleh perak maka ia akan berlanjutan sehingga mukmin terus didedahkan kepada tipu daya syaitan.

SUK patut tarik balik Camry dari Nizar

Oleh: Pemikir
Nizar terus berdegil menyimpan Toyota Camry walaupun beliau tidak lagi Menteri Besar Perak, walhal ahli-ahli Exco beliau telah memulangkan kereta rasmi kerajaan. Kenapa beliau ini bersikap demikian? Ini adalah kerana kesombongan dan ego ekstrim yang diwarisi tidak tahu dari mana.
Beliau juga sudah lupa bahawa ada orang lebih besar dari ini, iaitu kerajaan Perak yang berhak mengambil semula Camry itu darinya.
Adalah wajar sekiranya Camry ini ditarik balik oleh kerajaan Perak demi menjaga nama baik negeri yang sepatutnya berpegang kepada pekeliling-pekeliling kerajaan yang sedia ada. Mereka tidak perlu khuatir untuk bertindak kerana adalah mengikut lunas-lunas peraturan kerajaan yang semua MB tahu sama ada di Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Sarawak, Perlis dan lain-lain lagi.

TAHNIAH KHAIRY JAMALUDDIN

Oleh: Pemikir
Persidangan UMNO yang bermula pada 24 Mac 2009 di PWTC telah tamat pada 28 Mac 2009. Pelbagai-bagai kejutan telah menjelma di persidangan yang keramat itu. Antara kejutan-kejutan itu ialah pelantikan Tan Sri Mahyuddin Yassin sebagai Timbalan Presiden, Datuk Seri Shahrizat sebagai Ketua Wanita, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda dan Datuk Rosnah sebagai Ketua Puteri.
Wirabukitgantang mengucapkan tahniah kepada mereka-mereka ini khasnya dan juga mereka-mereka yang mmenangi jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO.
Tahniah khusus untuk Khairy Jamaluddin yang akan mengapali Pemuda, adalah diharapkan bahawa beliau akan mendapati apa yang diseru dalam ucapa-ucapannya sepanjang persidangan. Semoga beliau dapat terus bekerjasama dengan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lain dengan penuh tertib dan bijaksana demi bangsa, negara dan Islam.

Nizar hendak tabalkan diri menjadi Raja Perak

Oleh : Pemikir
Dato' Seri Nizar telah dipilih menjadi calon PAS di P. 059 Bukit Gantang dengan sokongan Ust Ali Awang, YB. Gombak (Azmin) dan Ngeh Ngeh (DAP Perak). Mereka dengan sesenang hati menggunakan kerusi-kerusi kepunyaan istana pada majlis itu.

Sikap tidak menghormati Raja Melayu makin ketara sehinggakan kerusi pun mereka sanggup menggunakan untuk memaparkan calon mereka yang tidak kenal bangsa sendiri. Kelahiran Nizar merupakan satu kerugian kepada orang Islam dan Melayu. Beliau yang seperti kacang lupakan kulit sepatutnya disingkir di khalayak ramai.

Pemerhati berpendapat bahawa perangai mencuba memperkesil-kecilkan Paduka Sultan Perak sudah sampai tahap paling rendah bagi Nizar, anak Perak yangt tidak mengenang budi. Pengundi-pengundi Melayu erlu menolak sikap biadap Nizar dengan tidak mengundinya pada 7 April 2009.

Friday, March 27, 2009

MELAYU BUKAN UMNO LAGI, MELAYU SUDAH MINORITI

Zaini Hassan telah mengkategorikan orang Melayu kepada 6 pecahan golongan. Beliau telah mengklasfikasikan bangsa Melayu yang dulunya kaum majoriti tetapi kini sudah menjadi minoriti seperti berikut;
  1. GOLONGAN MELAYU LIBERAL - Mereka ini sudah hilang "semangat dan roh" (the spirit and soul) orang Melayu. Orang Melayu aliran itu sudah pudar ciri-ciri kemelayuan yang ditanam oleh datuk nenek mereka. Mereka tidak peduli siapa yang menerajui pemerintahan, asalkan ia sama rata. Golongan terpelajar hasil kelahiran DEB ini makin bercambah. Mereka ini menganggap bukan DEB itu yang menjayakan diri mereka - menghantar mereka belajar ke luar negara, tapi sifat merit yang ada pada diri mereka sendiri. Mereka ini ada yang berada dalam kerajaan, golongan pelajar di universiti, tokoh-tokoh korporat, profesional dan berada di mana-mana sahaja.
  2. GOLONGAN MELAYU ULAMA - (yang menolak semangat ke-Bangsa-an). Mereka menolak UMNO. Kata mereka UMNO itu tidak berlandaskan Islam, sebagaimana yang ditakrifkan oleh PAS aliran Nik Aziz. Aliran antiassabiyah Nik Aziz memang jelas dari dulu lagi, iaitu jika UMNO mahu bersatu dengan PAS, UMNO perlu ikut cara PAS. UMNO perlu nyahkan semangat kebangsaanya. Bagi Nik Aziz kebangsaan UMNO adalah mengenai Melayu dan ia bukan Islam. Aliran Nik Aziz hanya membenarkan Islam semata-mata, tidak termasuk Melayu. Bagaimanapun, mutahir ini, aliran Nik Aziz nampaknya bertentangan pula dengan aliran hadi. Hadi dikatakan mahu bekerjasama dengan UMNO demi Melayu. Nik aziz memberi amaran dia ialah nakhoda dan Hadi perlu dengar cakapnya. Golongan aliran ini semakin banyak, dan ia terdiri daripada golongan muda.
  3. GOLONGAN MELAYU PKR (yang menolak UMNO kerana ia menolak master mereka anwar Ibrahim). Asalnya orang Melayu PKR adalah bekas orang UMNO. Kita tidak pasti sampai bila Melayu PKR ini akan terus wujud, tapi melalui perincian, golongan Melayu ini tidak akan kekal lama. Namun, lama tak lama, itu tidak penting - tapi yang penting ialah sejauh mana ia boleh memecahbelahkan lagi orang Melayu. Aliran mereka ialah kesamarataan - sama dengan golongan loberal. Sudah tentu konsep sama rata mereka berbeza dengan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan BN sejak lebih 50 tahun lalu. PKR bukan parti asas Melayu seperti UMNO atau PAS, ia adalah parti pelbagai kaum. Namun ramai orang Melayu (terutamanya di kampung-kampung dan luar bandar) terkeliru menganggap PKR sebagai parti Melayu seperti UMNO dan PAS. Hakikatnya, di peringkat payung pakatan pembangkang. PKR dikuasai oleh bukan Melayu. Orang bukan Melayu melihat parti ini sebagai parti alternatif kepada mereka yang menolak MCA, MIC mahupun DAP.
  4. GOLONGAN MELAYU DAP - Adalah segelintir. Tapi sejarah dan rekod menunjukkan mereka tidak boleh ke mana-mana.
  5. GOLONGAN MELAYU ATAS PAGAR - Golongan ini cukup-cukup terkeliru. Kerana kekeliruan yang mereka hadapi - mereka tidak peduli. mereka tidak peduli apa yang berlaku kepada bangsa mereka, asalnya mereka boleh hidup seperti biasa. Golongan yang bersifat individualistik ini bagaimanapun amat bijak memerhati, tanpa banyak bercakap. Perkataan yang sering penulis dengar daripada golongan jenis ini ialah "Aku Sudah Muak". Golongan ini boleh mengambil langkah berkecuali, tidak peduli atau pun memihak kepada pembangkang secara protes. Perlu diingat, dalam sesuatu pilihan raya, golongan ini adalah penentu kepada kemenangan. Bagaimanapun golongan ini boleh memasuki ke mana-mana aliran di atas jika tidak dirawati penyakit keliru mereka.
  6. GOLONGAN MELAYU UMNO - Golongan ini sekarang bukan seperti datuk nenek mereka yang berjuang pada awal, pertengahan sejak penubuhannya 63 tahun lalu. Golongan pejuang UMNO dulu adalah aktivis yang jati diri mereka cukup hebat. Mereka tidak mewah, mereka tidak gelojoh, mereka tidak tamak, tidak seperti generasi UMNO sekarang. Namun perkhidmatan mereka kepada UMNO, masyarakat, orang Melayu di kampung-kampung cukup berkesan. Orang Melayu, Cina dan India pada masa itu dapat disatukan - satu suara, satu hati. Semangat dan roh Melayu Islam terserlah di mana-mana. Hari ini (pada hari perhimpunan UMNO ke-59 ini) sikap negatif UMNO banyak diperkatakan. Kebanyakannya ialah berkisar kepada isu yang tidak mahu didengari oleh aktivis terdahulu.

Sumber : Zaini Hassan - Utusan Malaysia 25 Mac 2009

Thursday, March 26, 2009

Badrul Amin Mencaci Mufti Perlis

Dulu :




Sekarang :



Apa sudah jadi dengan golongan yang menggelar diri mereka golongan Ulama.

Buat Pengajaran :





11 Sebab Mengapa Nizar Tidak Perlu Dipilih Di Bukit Gantang :



1. Dia Mohon Derhaka Pada Sultan Perak.

2. Semasa Menjadi MB Perak Dia Menjadi Boneka DAP.?

3. Dia Merupakan Salah Seorang Team Edorgan Di Dalam PAS Yang Pro
Kepada Anwar Yang DiSokong Oleh Zionis.

4. Dia Luluskan Tanah Kepada Orang Cina Selama 999 Tahun.

5. Dia Bukan Calon Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi calon Pilihan Ngeh
Kor Ham.

6. Dia Bukan Anak Tempatan / Jati Bukit Gantang.

7. Dia Tamak Kuasa dan Enggan Serah Kereta Camry.

8. Dia Lebih Bertuankan Anwar Ibrahim Daripada PAS, Bermakna Apa
Saja Agenda Asing Melalui Anwar Dia akan Sokong.

9. Dia Lebih Suka Mengajak Rakyat Berdemonstrasi. Yang Kena
Tangkap & Menerima Akibat Adalah Rakyat.

10. Datuk Harussani, Mufti Perak Menfatwakan Nizar Adalah
Penderhaka. Siapa Yang Harus Kita Percayai Antara 2 Orang Ini?

11. Nizar Tidak Sesuai Menjadi Pemimpin Sebab Keras Kepala Macam

Mana Kita Nak Tegur Dia Nanti?







Wednesday, March 25, 2009

NIZAR MANTAN MB PERAK LULUSKAN PEMBINAAN TOKONG TERBESAR DI DUNIA, DI IPOH

Oleh :MM

Apa yang akhbar-akhbar tempatan perlu menyingkap kegiatan-kegiatan tidak bertanggungjawab Dato' Seri Nizar, mantan MB Perak. Kini sudah keluar desas desus bahawa beliau ini dengan tanpa usul periksa dieksploitasi oleh DAP untuk meluluskan sekeping tanah stratergik di bandar Ipoh. Tujuan kelulusan ini adalah untuk menepati niat jahat DAP Perak yang semakin sombong dan rakus terhadap orang Melayu Perak. Jika kekal sebagai kerajaan Perak , DAP bercadang untuk membina satu tokong terbesar di Nusantara bahkan di dunia di tanah tersebut.

Perbuatan Nizar ini tidak boleh dianggap sepi tetapi perlulah rakyat Perak dikejutkan supaya projek seperti ini yang tidak sensitif kepada orang Melayu, dihentikan segera. Nizar seperti orang tidak sedar diri, sudah lupa daratan. Beliau hendak menyerahkan Perak kepada orang Cina dan disamping itu memanjangkan niat Anwar Ibrahim untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Republik, bermula dari bumi Perak.

Anak-anak Perak perlu bertindak segera supaya tidak terperangkap dengan cita-cita jahat Nizar dan DAP.

DAP ADALAH ANTI RAJA-RAJA MELAYU. DAP BERCITA-CITA WUJUDKAN REPUBLIK MALAYSIA

Oleh: Pemikir

Anwar Ibrahim mengatakan beliau bersedia untuk mengembalikan kuasa kepada Raja-Raja Melayu. Beliau kini cuba mempengaruhi orang-orang Melayu bahawa dia adalah pejuang untuk Raja-Raja.

Pembaca-pembaca politik perlu tahu bahawa Anwar Ibrahim ini masih bercita-cita untuk maenjadi Perdana Menteri selagi ada umur. Beliau tidak takut kepada sesiapa pun lagi termasuk pada Allah untuk menipu, memfitnah, mengutuk pemimpin-pemimpin Melayu sekarang. Senyap-senyap beliau menggunakan orang-orang Cina dan India dan parti-parti politik pembangkang untuk mengutuk Raja-Raja Melayu.

Dalam ceramah-ceramah di Bukit Gantang, Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa beliau adalah orang Melayu yang betul-betul berjuang untuk orang Melayu. Sangat menghairankan bahawa Anwar Ibrahim seperti sesumpah mudah tukar warna ikut situasi dan kondisi.Orang seperti ini hanya terdapat di kalangan puak Yahudi sahaja.

Sekiranya beliau dilantik menjadi PM, beliau seperti British dulu akan membuat sesuatu yang drastik yang tidak terfikir oleh kita. Anwar akan menyokong Raja-Raja tetapi Raja-Raja baru yang dipilih oleh beliau sendiri melalui cara-cara halus yang dipakai oleh British di Malaya dahulu.

Awaslah dengan gelagat dan agenda beliau untuk menjadi PM. Sebagai seorang yang mempunyai penyakit peribadi yang susah diatasi hingga kini, dia adalah orang yang tidak layak langsung untuk menjadi pemimpin malah eloklah dikurung sahaja.

Pemerhati berpendapat bahawa Anwar Ibrahim ini adalah orang yang menjadi dalang kepada apa yang negatif berlaku di Malaysia termasuklah memecahbelahkan orang Melayu dan ketegangan hubungan Melayu dan bukan Melayu.

Tuesday, March 24, 2009

NO WAY TO NIZAR!!

Photobucket

SI PENDERHAKA BEGINIKAH YANG ANDA MAHUKAN DI BUKIT GANTANG??

NIZAR KUDA KAYU DAP DI PERAK....AWAS!!!

Oleh : Pemikir (http://www.wiramalaysia.blogspot.com/)

Parti Campuran di Perak telah menamakan Dato' Seri Nizar sebagai calonnya untuk bertanding di Parlimen P.059 Bukit Gantang pada 7 April 2009. Penamaan ini merupakan satu perkara yang tidak baik bagi orang Melayu Perak dan Malaysia amnya. Kuda kayu ini merupakan suara DAP dan PKR yang dipimpin oleh pemimpin yang taksub untuk merampas kuasa dan gila untuk jadi Perdana Menteri Malaysia.

Perlu diingatkan bahawa Nizar ini ada rekod negatif. Beliau seorang muslim sanggup menderhaka kepada Paduka Sultan yang tak pernah berlaku dalam sejarah moden Melayu. Perbuatan ini adalah satu contoh biadap yang tidak boleh diterima oleh orang Melayu.

Beliau juga bertanggungjawab memberi tanah ikut sesuka hati tanpa mengambil kira kanun tanah negara.Dia ingat ini adalah tanah dia ya g boleh dilakukan ikut perasaan. Orang macam ni kalau diberi tempoh lagi menjadi MB Perak maka tersungkurlah orang-orang Melayu Perak.
Kuda kayu ini juga telah di ikat hidungnya oleh DAP yang menguasai Exco Negeri dulu.
Sedarkah Nizar bahawa mereka ini lah yang telah menjatuhkan dia???Kini terlewat bagi beliau untuk menjadi MB semula kerana pisang tidak akan berbuah 2 kali. Nizar ini dibuai oleh lagu dan nafsu syaitan DAP sehingga terlajak dalam apa jua tindakan sehingga orang Melayu rugi dan diperbodohkan.

NIZAR MAHU MENJADIKAN MALAYSIA REPUBLIK

Oleh : Pemikir (http://www.wiramalaysia.blogspot.com/)

Apa yang berlaku di Perak termasuklah mencabar Perlembagaan Tubuh Negeri adalah bibit yang di hasilkan oleh Nizar dan DAP untuk mengajar rakyat Perak menjadi penderhaka. Gejala ini jika tidak dibendung akan mewujudkan satu suasana anti-Raja yang boleh menular keseluruh negara dan sekaligus menjadikan Malaysia negara tanpa Raja atau republik.

Apabila negara menjadi republik yang diilhamkan oleh Nizar dan DAP Perak, pemerhati berpendapat akan berlaku kucar-kacir yang berterusan. Anda mahukah situasi ini??? Memilih Nizar sebagai wakil anda di P.059 akan membawa lebih malapetaka pada rakyat.

Dengan Malaysia menjadi republik seperti diidamkan oleh pembangkang Perak ini maka perlembagaan Malaysia pun boleh diubah seperti yang terdapat di Nepal di mana rajanya dimansuhkan oleh puak komunis.

Pengundi-pengundi P.059 perlu siuman dan jangan mudah terpengaruh dengan bisikan-bisikan negatif oleh Nizar dan orang-orangnya.

Monday, March 23, 2009

WAJAH SULTAN DAN MUFTI PERAK DIPERMAINKAN OLEH PAKATAN CAMPURAN!


MASYALLAH..!! Poster kecil ini banyak didapati bertebaran di sekitar Parlimen Bukit Gantang. Tergamak manusia-manusia dari pakatan campuran sanggup melakukan perbuatan terkutuk seperti ini dengan menggunakan wajah Sultan dan Mufti Perak sebagai tanda protes mereka? Ada yang ditebarkan di pasar malam dan ada yang meletakaknnya di masjid sewaktu sembahyang Jumaat sedang berlangsung. Tidak malukah pada bangsa lain? Inikah yang dikatakan Islam yang bertamadun? Inikah juga yang dikatakan Parti yang mengamalkan Agama sehingga sanggup menghina pemimpin yang juga ketua Agama dan juga Penasihat Agama islam di Negeri Perak. Dan kemudiannya UMNO pula dipersalahkan dalam hal ini. Menuduh UMNO yang punya angkara.

MUTIARA KATA:

"Apa sudah jadi dengan bangsaku, yang sudah tidak mempunyai identiti melayunya, yang sudah hilang jati dirinya, yang telah hilang ketaatan dan kesetiaan kepada rajanya. Hang Tuah pernah berkata " TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA ", tetapi bolehkah Melayu itu masih boleh berpasak atas bumi ini sekiranya Melayu itu sendiri telah menjadi penderhaka?

Pada pengundi P.059 Bukit Gantang, jangan lah silap memilih pemimpin anda. Sudah terang lagi bersuluh, undilah Barisan Nasional.