Thursday, April 30, 2009

SULTAN SELANGOR JALANI PEMBEDAHAN JANTUNG DI AMERIKA SYARIKAT

Wira Bukit Gantang berdoa agar DYMM Sultan Selangor selamat menjalani pembedahan injap jantung di Standford University Medical Centre, California pada Ahad ini.
Semoga Paduka Sultan Selangor cepat sembuh dan segera kembali ke tanah air tercinta ini.

PENYAKIT SELESEMA BABI...KEMENTERIAN KESIHATAN AMBIL SERIUS.

Oleh: Pemikir - MM

Penyakit selesema babi ini bermula dari negara Mexico yang sangat hampir dengan California, USA. Kini Amerika Syarikat terutamanya penduduk-penduduk yang bersempadan dengan Mexico seperti Texas, California mulai gusar dengan merebaknya kuman ini yang boleh dibawa oleh manusia. Ini satu fenomena yang ganjil dan perlu semua rakyat dalam dunia ini ambil berat.
Seorang doktor Indonesia dalam akhbar Strait Times 29 April 2009 mengatakan bahawa kuman penyakit ini mungkin satu-satunya yang dibuat oleh manusia dan kemudian dalam proses pengujian. Doktor ini hairan kenapa mesti manusia yang membawa kuman ini, mungkin kerana ini adalah yang dimakan. Tetapi beliau masih berharap bahawa saintis-saintis Barat dapat mencari antidot/vaksin yang sesuai. Beliau juga mengatakan bahawa kuman ini agak sukar hendak survive di negara-negara bersuhu tinggi atau Tropika.
Di Malaysia, Kerajaan mengambil berat perkara ini. Menteri berkenaan meminta semua termasuklah Jabatan-jabatan Kesihatan berwaspada terutamanya di sempadan-sempadan dan juga lapangan terbang dan pelabuhan. Langkah-langkah juga diambil untuk memeriksa babi-babi yang diternak di ladang-ladang seluruh Malaysia. Pemerhati percaya bahawa Kerajaan pandang serius perkara ini dan diharapkan bahawa apa yang disebut oleh doktor dari Indonesia itu bahawa kuman ini tidak mudah survive di negara Tropika.
Kita sama-sama berdoa agar kecelakaan ini berlalu segera supaya rakyat dunia tenang kembali.

LAWATAN SULUNG TPM KE KUCHING...POSITIF

Oleh: Pemikir - MM

Lawatan sulung Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kuching pada 29-30 April 2009 dipenuhi dengan agenda-agenda padat disediakan oleh kerajaan negeri. TPM yang ditemani oleh Dato' Seri Shafie Afdal, Naib Presiden UMNO dan juga Menteri KPLW mengambil kesempatan untuk menziarah Allahyarham Puan Seri Laila Taib yang meninggal dunia pada petang Rabu, 29 April 2009. Lawatan demikian dianggap positif dan sekali gus mengukuhkan lagi hubungan Kuala Lumpur dan Kuching terutamanya dalam konteks BN/UMNO.
Pemerhati berpendapat bahawa lawatan TPM ke Kuching sangat tepat pada masanya terutamanya Sarawak akan mengadakan pilihan raya negerinya kelak. Ini memberi peluang TPM melihat sendiri tahap pembangunan yang berlaku di Sarawak di samping mendapat maklumat terbaru mengenai infrastruktur-infrastruktur yang diperlukan bagi mengatasi masalah rakyat termasuklah banjir yang dihadapi oleh penduduk Kampung Samariang Batu, dekat Kuching.
Adalah diharapkan bahawa lawatan sedemikian akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan rakyat serta pengundi pasti memandang positif kepada keprihatinan pemimpin-pemimpin pusat yang turun ke padang.

LAWATAN YAB PM KE INDONESIA DAN BRUNEI MEMBAWA RAHMAT.

Oleh: Pemikir - MM

Lawatan YAB Perdana Menteri ke Brunei mulai 29-30 April 2009 merupakan lawatan sulung ke negara itu sejak dilantik menjadi Perdana Menteri. Sebelum ini YAB PM telah melawat Indonesia dan menemui rakan ASEAN iaitu Presiden Susilo Bambang Yudhuyono (SBY).Lawatan ke Indonesia adalah pertama bagi Perdana Menteri kerana Indonesia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Malaysia.
Negara yang mempunyai 230 juta penduduk dan 17 ribu pulau adalah dianggap penting dan strategik. Malaysia mempunyai hubungan yang luar biasa di Indonesia dari banyak segi tetapi yang penting sekali Malaysia-Indonesia mempunyai sempadan darat yang paling panjang sekali khasnya di Kalimantan. Juga Malaysia berkongsi sempadan laut menjangkau dari Pulau Natuna, dalam kawasan Lautan China, juga di sekitar Pulau Ambalat di sebelah Timur Sabah dan sepanjang Selat Melaka. Hubungan Malaysia-Indonesia sangat konkrit dan sebenarnya menjadi lebih akrab selepas Konfrontasi.Hubungan Malaysia dengan Brunei pula tidak kurang akrabnya lebih-lebih lagi Malaysia-Brunei berkongsi sempadan di darat dan di laut.
Kedua negara ini mempunyai kebudayaan yang sama yang terletak di dalam kawasan Nusantara di mana suatu masa dulu kepunyaan orang-orang keturunan Melayu. Brunei satu negara yang sangat berpegang kepada tradisi dan kebudayaan Melayu yang sangat mantap, juga disegani oleh negara-negara jiran. Sebagai negara kaya dengan hasil minyak, Brunei sentiasa prihatin tentang permasalahan yang dihadapi oleh Kuala Lumpur.
Wira mengalu-alukan lawatan YAB PM ke dua-dua negara ini yang satu rumpun sebelum membuat lawatan ke negara-negara jiran yang lain dalam masa terdekat. Semoga hubungan Malaysia dengan kedua-dua negara yang kaya dengan sumber-sumber alam akan mengukuhkan kehidupan tiap rakyat dalam rantau ini.

JASA-JASA ALLAHYARHAM PUAN SERI LAILA TAIB SENTIASA DIKENANG...AL-FATIHAH

Oleh: Pemikir

Wira rasa terkejut apabila diberitahu mengenai pemergian Allahyarham Puan Seri Laila Taib isteri kepada Tan Seri Mahmud Taib, Ketua Menteri Sarawak yang dicintai rakyat Sarawak. Pemergian Puan Seri Laila setelah mengidap penyakit barah sangat dirasai kerana Puan Seri sangat prihatin kepada kebajikan warga Sarawak dan lebih besar daripada itu terhadap mereka-mereka yang baru memeluk agama Islam. PERKIM pasti merasa kehilangan Puan Seri kerana Tan Seri juga merupakan ketua utama PERKIM Nasional.
Jasa Puan Seri sangat terserlah apabila beliau telah menjadikan kanak-kanak Bosnia Islam dalam program anak angkat Sarawak. Kini kanak-kanak itu sudah menjadi remaja yang terurus segi kebajikan dan juga pembelajaran mereka. Wira pernah melihat remaja-remaja Bosnia ini mengerjakan solat Jumaat di Masjid Kuching dan ini merupakan satu kegiatan Puan Seri yang sangat disukai oleh Rasul dan Allah S.W.T.
Wira mendoakan roh Puan Seri Laila Taib dibawa ke semulia-mulia tempat yang disediakan oleh Allah S.W.T untuk umat yang sentiasa bersyukur dan bertakwa kepada-NYA.

Wednesday, April 29, 2009

Berjuta Rakyat Thailand Tengok Anwar Ibrahim Diurut 'Live' Dalam TV


Oleh: SULAIMAN AKHLAKEN (http://www.malaysia-instinct.com/)

Ramai yang tidak tahu, sewaktu kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru-baru ini, Anwar sempat 'cilok' ke Bangkok untuk menjadi tetamu rancangan televisyen di Channel 9 negara itu.
Tapi yang penulis tak tahan tu, dalam program bual bicara dengan Channel 9 itu, Anwar siap menerima pelawaan host program tersebut untuk diurut oleh seorang jejaka. Oh tidak!!!!
Memang Anwar tidak berbogel, tetapi mengizinkan dirinya divideokan dalam keadaan baring sambil tersenyum kerana 'syok' diurut memang ternyata memalukan kita sebagai rakyat Malaysia.

Apatah aksi tersebut boleh disaksikan berjuta rakyat negara Gajah Putih berkenaan!
Lebih memalukan, Anwar siap boleh tersengih-sengih depan kamera sambil memuji-muji jejaka si tukang urut tersebut kerana berjaya melakukan 'tugasnya' dengan begitu cemerlang, pergh!!!!

Dek kerana terlalu seronok diurut, Anwar terlupa yang dia sebenarnya telah 'mengotori' dirinya yang selama ini dianggap pemimpin Islam, pemimpin reformasi dan pemimpin masa depan rakyat Malaysia.

Ternyata banyak bermain sandiwara mengenai tingkah lakunya sebagai pemimpin.
Banyak topeng yang dipakainya hingga setengah orang menjadi keliru dan tidak tahu apakah dia seorang pejuang nombor wahid ataupun seorang homoseks yang menggerunkan rakyat.
Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamads telah menyatakan alasan pemecatannya namun Anwar tetap berdegil dan menganggap dirinya bersih lagi bersih, putih lagi putih dari sabun Fab.

Dia mengatakan itu semua fitnah, suatu konspirasi yang didalanginya Mahathir kerana Mahathir takut kepadanya. Kononnya dia kini sudah menjadi duri dalam daging kepada Mahathir dan kroni-kroni Mahathir.

Kita faham mengapa Anwar berhempas-pulas menafikan dia seorang homoseks.
Dia berhak untuk menafikannya kerana sekiranya benar dia akan tersisih dari arus sejarah dan akan diketepikan oleh orang Melayu dan Islam sebagai pemimpin mereka.

Dia tahu sejarah kehancuran kaum Lut dalam al-Quran. Dia juga sedar bahawa orang Melayu tidak akan menerimanya lagi sebagai pemimpin mereka. Malaysia bukan Amerika Syarikat.
Melayu bukan masyarakat Barat yang menghalalkan homoseksualiti.
Dia juga mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang akan menanggung segala kesengsaraan batin sekiranya dia benar-benar seorang homoseksual.
Di manakah dia akan meletakkan mukanya kalau anak-anaknya mengetahui segala rahsia hubungan sejenis itu?

Isterinya yang setia 1000% juga akan menghadapi tekanan jiwa yang parah kalau suami yang tercinta rupa-rupanya mempunyai hubungan sulit dengan berbagai-bagai lelaki seola-olah dia sebagai isteri dan wanita tidak lagi menimbulkan keghairahan yang melemaskan.
Penulis percaya tak lama lagi akan tersebarlah rakaman video ini, namun seperti biasa, Anwar yang cukup hebat dalam bab 'menepis dan menangkis' akan menggunakan segala kudrat dan keupayaannya untuk mengjustifikasi adegan urut tersebut.

Tak mengapalah, dia mungkin SELAMA ini boleh menipu rakyat tetapi percayalah rakyat tidak akan SELAMANYA ditipu oleh manusia bernama Anwar Ibrahim ini.

Penulis berharap sangat janganlah Anwar menjadi Perdana Menteri kita suatu hari nanti.
Takut tak pasal-pasal industri rumah urut akan terhalal dengan sendirinya di bumi bertuah ini, takutnyeeeeeeee.

Tuesday, April 28, 2009

Satu Malaysia Ke Arah Kekitaan Dan Bersama-Sama Memajukan Negara......YAB PM

Satu Malaysia bukanlah satu perkara yang baru. Ia merupakan kesinambungan yang telah wujud sejak almarhum Tunku Abdul Rahman yang telah berjaya memajmukkan masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia. Malaysia merupakan satu negara berjaya mempunyai banyak pencapaian sejak 50 tahun merdeka.
YAB Dato' Sri Perdana Menteri mengingatkan hadirin dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 pada 28 April 2009, bahawa detik buruk 13 Mei 1969 hendaklah diamati dan ia merupakan permulaan semua rakyat Malaysia menerima kemajmukan Malaysia adalah hakikat atau realiti kita tidak dapat elakkan.
Satu Malaysia...Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, merupakan teras untuk memacu Malaysia terus ke hadapan berpegangkan Perlembagaan dan Rukun Negara. Dengan cara ini kerajaan akan dapat wujudkan satu masyarakat majmuk tanpa kelas dan tidak tercicir dalam arus pembangunan di samping menjamin hak masing-masing.
Satu Malaysia ini juga bertujuan untuk memupuk perasaan kekitaan dan bersama-sama mengukuhkan kerajaan dan negara. Ia juga membolehkan kerajaan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat yang juga digalakkan dalam Islam. YAB Dato' Sri mengingatkan kepada pesanan Nabi Muhammad S.A.W sebelum wafat melafazkan: "Umatku, Umatku, Umatku".
Kerajaan berazam bahawa ia akan sentiasa feel the pulse of the people sebagaimana yang dilakukan oleh Allahyarham Tun Razak yang tidak jemu-jemu turun ke padang, termasuk kampung-kampung, sawah dan bendang menemui tiap rakyat tidak mengira masa dan tempat. Dengan cara ini pemimpin akan dapat lebih memahami keadaan sebenarnya jika dibanding dengan mereka yang duduk di dalam bilik berhawa dingin membaca laporan sahaja.
YAB PM meminta semua pihak supaya memahami Satu Malaysia dengan lebih terbuka dan tidak tertakluk kepada garis-garis tertentu atau commandments. Setakat ini biarlah Satu Malaysia ini mempunyai strategic ambiguity supaya masing-masing mendefinasinya mengikut pemikiran yang terbuka masing-masing.

YAB PM Puji PM Imigresen Dan LHDN Kerana Cekap Dan Berkesan

Oleh: Pemikir
YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyeru kepada pegawai-pegawai awam dalam perkhidmatan kerajaan pada 28 April 2009 di PICC, Putrajaya supaya menghadapi cabaran-cabaran. Dari segi jangka pendek, rakyat sedang berdepan dengan tekanan dan kemelut ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia dan negara-negara lain. Keduanya ialah menangani segala keperitan hidup rakyat. Dari segi jangka panjang perkhidmatan kerajaan perlu melihat lebih jauh termasuklah membuat perubahan-perubahan berteraskan kreativiti dan inovasi di samping mencapai hasrat-hasrat dan tujuan-tujuan kerajaan yang lebih tinggi termasuklah melonjakkan kelompok rakyat mencapai pendapatan yang lebih tinggi.
YAB mengingatkan bahawa perkhidmatan awam perlu anjakan dalam memberi khidmat kepada rakyat kerana rakyat adalah mereka yang membayar cukai. Kita tidak memerlukan mereka yang hanya memanaskan kerusi atau seat warmers . Kita memerlukan mereka yang betul-betul berkhidmat demi prestasi perkhidmatan awam.
Ketiga, YAB Dato' Sri memberi contoh-contoh perkhidmatan kaunter dalam perkhidmatan awam yang berjaya seperti Imigresen yang telah dapat mengeluarkan pasport antarabangsa dalam masa tiga hingga enam jam. LHDN juga berjaya mengutip cukai bagi 2008 berjumlah RM90 bilion selepas diwujudkan e-filing. YAB percaya bahawa birokrasi akan terus menjadi lebih licin dengan adanya PERMUDAH yang diketuai oleh Tan Sri KSN sendiri.

Perkhidmatan Awam Relevan Dulu Dan Sekarang.........YAB Perdana Menteri

Oleh: Pemikir

YAB Perdana Menteri dalam ucapan sulungnya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 (MAPPA X) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana dapat menjalankan proses peralihan kuasa kepada YAB dengan baik dan jayanya. YAB juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tan Sri KSN dan Tan Sri KPPA kerana berjaya mengadakan majlis yang dihadiri oleh begitu ramai pegawai-pegawai awam dari seluruh Malaysia. Kehadiran ini menunjukkan bahawa mereka bersama-sama akan merealisasikan cita-cita murni dan aspirasi kerajaan yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinetnya.
YAB Dato' Sri mengaku perkhidmatan awam merupakan tunjang kepada kekuatan kerajaan semenjak ditubuhkan lima dekad dahulu.
Semasa Malaysia menghadapi peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN untuk menstabilkan dan memulihkan demokrasi. Proses ini telah dapat dizahirkan kerana dengan bantuan mantap yang diberi oleh perkhidmatan awam. YAB Dato' Sri tidak lupa kepada khidmat pegawai-pegawai tertinggi kerajaan yang telah lama bersara atau pergi, di atas khidmat mereka kepada negara ketika itu.
Kini bak kata pepatah sekali bah, sekali pantai berubah, maka perkhidmatan awam perlu memainkan tugas dan peranan yang berbeza supaya mereka bertambah relevan kepada pembangunan negara.

KSN seru Pegawai-pegawai Awam Sama-Sama Membangunkan Negara

Oleh: Pemikir
Tan Sri KSN dalam ucapan aluannya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 (MAPPA X) di PICC, Putrajaya 28 April 2009 memaklumkan dewan yang penuh sesak dan melimpah ruah, turut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri mengatakan bahawa pegawai-pegawai kerajaan memberi keutamaan kepada pembangunan negara. Tan Sri mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana sudi hadir ke majlis ini berdepan dengan semua lapisan penjawat kerajaan termasuk PTD, PDRM, ATM, TLDM, LHDN, RELA, Imigresen, Kastam, Penerangan dan lain-lain lagi.
Beliau menyeru pegawai kerajaan untuk sama-sama memberi khidmat cemerlang dengan iltizam yang tinggi kepada misi dan visi YAB Perdana Menteri terutamanya 1 Malaysia...Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Setiap pegawai kerajaan perlu mengamalkan pendekatan mesra rakyat, berprihatin, cekap, berintegriti dan berkesan terutamanya dalam menghadapi cabaran-cabaran dan tekanan-tekanan ekonomi global yang ada impak bercampur-campur di rantau Asia amnya dan Malaysia khususnya.

PRK Penanti: BN belum buat keputusan & tiada lagi pondok panas

Oleh: Adora

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei depan sebagai tarikh penamaan calon dan 31 Mei hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil DUN Penanti, Pulau Pinang.
Pengumuman ini pastinya melonjakkan rasa gembira bukan kepalang kepada pihak pembangkang kerana mereka kononnya ingin membuktikan bahawa barisan pembangkang amat disukai oleh rakyat dan digeruni parti BN. Kerusi DUN Penanti yang dikosongkan oleh bekas TKM 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairudin (PKR) itu kononnya akan tetap menjadi milik mereka.
Namun berlainan pula dengan pendirian parti BN. Seperti diputuskan oleh mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO Jumaat lalu, Biro Politik parti itu akan akan mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat untuk membuat keputusan sama ada BN akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut. BN akan menimbang daripada pelbagai sudut sebelum membuat keputusan ini.
Dalam pada itu langkah SPR mengenakan syarat untuk tidak membenarkan lagi “pondok panas” ditempatkan berhampiran pusat mengundi, merupakan satu kaedah bijak bagi membawa kepada suasana tenteram dan mengelakkan kekacauan penyokong-penyokong parti yang terlalu taksub dan fanatik.
Mungkin wajar BN tidak menghantar calon untuk bertanding di PRK DUN Penanti ini. Biarlah parti pembangkang menang tanpa bertanding dan terus memegang kawasan dewan undangan negeri tersebut. BN tidak akan rugi sedikit pun. Ini bukanlah bermakna BN takut atau gentar. Banyak perkara lagi yang boleh Kerajaan/BN fikirkan dalam memacu dan membangunkan negara.
Kita sendiri sedia maklum tahun 2008 dan 2009 merupakan tahun pilihan raya kecil. Setiap kali pilihan raya akan menelan belanja yang sangat banyak. Wang ini boleh digunakan untuk perkara-perkara lain lebih-lebih lagi di zaman kegawatan ekonomi global pada masa kini.

Cadangan kerajaan perpaduan: Nik Aziz setuju dengan syarat

KOTA BHARU 27 April – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia untuk menerima kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden parti itu dengan syarat Barisan Nasional (BN) memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Menteri Besar Kelantan itu dipetik sebagai berkata dalam blog anaknya, Nik Abduh: ‘‘Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya.

‘‘Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran misalnya. Kita nak jadi Perdana Menteri, mesti mereka tidak terima. Jadi, kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.’’

Nik Abduh menjelaskan jawapan tersebut diungkapkan oleh bapanya ketika beliau membangkitkan soal penerimaan kerajaan BN dan pakatan pembangkang yang disifatkan kedua-duanya bukan daripada jenis negara Islam - ketika mereka berdua sedang berbual.

Bagaimanapun, Nik Abduh ketika dihubungi Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tulisannya itu memberitahu, beliau akan hanya menjelaskan semuanya dalam blog tersebut pada masa akan datang.

Dalam blognya itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan menyifatkan, pembantu-pembantu ayahnya memberikan gambaran salah tentang situasi yang berlaku demi meraih keuntungan politik sehingga menunjukkan seolah-olah budaya kotor mula menular dalam Pas.

“Justeru, fahami ini bahawa Unity Government yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang ‘berpakaian’ serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan di antara ayahanda saya dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Mereka menyangka, mereka telah melakukan kebaikan, sedangkan telah sesat segala usaha mereka di sisi Tuhan. Semoga Allah membalas mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!” katanya.

Katanya lagi, ia terbukti apabila bapanya berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu muzakarah dan kerajaan perpaduan selepas mengadakan pertemuan dengan Abdul Hadi dan 10 ulama Pas.
Menurutnya, sesetengah pembantu bapanya berasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempatkan diri mereka.

‘‘Bagaimana mereka akan memperolehnya, sedang mereka hanya belajar agama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah-istilah agama yang dihafal, bukan difaqihi?

“Modus operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama Pas di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya.
“Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana ‘keruh’ dan ‘panas’ dengan Abdul Hadi.

‘‘Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka,” jelasnya.

Katanya lagi, ia juga merupakan salah satu usaha para pembantu terbabit untuk mendapatkan restu bagi calon mereka untuk menghadapi pemilihan parti Jun nanti.

“Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar Pas nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

“Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan! Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keengganannya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli-ahli Pas di dalam kebebasan memilih,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia (28 April 2009)

Friday, April 24, 2009

Perjumpaan Blogger Dengan YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim

Antara kawan-kawan blogger yang hadir.
YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia telah menganjurkan satu Majlis Ramah Mesra bersama para blogger Malaysia bertempat di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 22 April 2009. Tulip merupakan salah seorang jemputan dalam majlis tersebut. Majlis itu dihadiri oleh ramai rakan blogger yang terkenal seperti Dato Kadir Jasin, Dato Ruhanie Ahmad, Dato Ibrahim Yahya, Dr. Novandri, Rocky Bru, Nuraina Samad, Nobisha, A Voice, Syed Akbar Ali, Parpukari, Kepal Nasi Kepal Beras dan lain-lain lagi.

Pada majlis yang santai itu, YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim menyatakan bahawa generasi muda kini lebih menggemari dan meminati kepada genre Internet, apabila banyak blog dan facebook yang wujud umpama 'cendawan tumbuh, selepas hujan'. Ini merupakan satu platform baru bagi anak muda melahirkan pandangan kritis mereka.

Dato' Rais juga mengingatkan para blogger mematuhi etika ketika menulis dan sentiasa menulis berdasarkan fakta yang sahih dan jangan dijadikan alam maya sebagai tempat menabur fitnah. Penulisan berdasarkan fakta yang tidak betul akan melunturkan reputasi dan kredebiliti seseorang blogger. Blogger perlu memperbanyakkan penulisan yang menjelaskan program dan dasar Kerajaan sebagai satu bonus positif terhadap apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan.

Beliau juga meminta agensi di bawah kementeriannya supaya sensitif apa yang berlaku di alam maya ini dan bersedia memberikan hujah dan penerangan dengan keintelektualan agar segala permasalah dan kebuntuan dapat dirungkai. Jika dibiarkan, agensi ini menjadi ketinggalan zaman dan minda rakyat akan terus rosak disogok dengan cerita-cerita fitnah dan palsu.

Di akhir pertemuannya, beliau berharap kawan-kawan bloggers akan terus mengamalkan, menyemai dan menjayakan konsep 'Satu Malaysia' dalam setiap penghasilan nukilannya.

Wednesday, April 22, 2009

SATU MALAYSIA: ‘RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’: SATU LANGKAH PENTADBIRAN NEGARA

Oleh: ATH

Konsep Satu Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan kepada pemimpin-pemimpin Kerajaan untuk menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Pemimpin-pemimpin Kerajaan dibentuk supaya bekerja dan berusaha dengan lebih keras untuk memenangi hati rakyat kerana tanpa rakyat tiadalah barisan kepimpinan Kerajaan pada masa kini. Rakyat adalah raja dan penentu kepada tampuk pentadbiran negara. Rakyat yang menentukan jatuh bangun sesebuah Kerajaan itu sama ada untuk terus kekal atau sebaliknya.

Justeru pemimpin-pemimpin, baik politik atau Kerajaan, perlulah mengotakan segala janji dan melaksanakan segala dasar yang telah ditaburkan kepada rakyat. Pelaksanaannya pula hendaklah cepat, tepat, efisien dan tidak mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan. Jangan pula membiarkan janji hanya tinggal janji dan menjadi retorik politik semata-mata.

Kepada Pegawai-pegawai Awam, mereka juga juga tidak terkecuali dalam merealisasikan konsep Satu Malaysia ini. Pegawai-pegawai awam perlu mempunyai pemikiran yang inovatif, tatacara kerja yang efisien, sistematik dan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang.

Melihat Satu Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan sejak dahulu lagi. Usaha-usaha dalam memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Kemudian usaha-usaha dalam membangunkan rakyat dan negara disambung oleh Perdana-perdana Menteri yang seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan yang tersendiri namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara. Umpamanya semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau memperkenalkan konsep-konsep seperti Kepimpinan Melalui Tauladan, Dasar Pandang Ke Timur dan Sistem Punch Card. Mantan Perdana Menteri Ke-5, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pula menggagaskan konsep 10 Prinsip Islam Hadhari dalam memacu rakyat dan negara ke arah Satu Malaysia.

Dari sudut politik pula, Satu Malaysia menjurus kepada perpaduan rakyat dan integrasi wilayah tanpa sempadan. Ini bermaksud segala pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan akan dinikmati semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan budaya di seluruh Malaysia. Penyatuan rakyat Malaysia sebagai satu bangsa yang dikenali sebagai Bangsa Malaysia yang benar-benar mendokong Perlembagaan Negara mengikut lunas undang-undang negara. Bangsa Malaysia perlu memiliki semangat patriotisme yang kuat di dalam diri masing-masing.

Satu Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ gagasan Perdana Menteri Malaysia Ke-6, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ini adalah satu gagasan yang baik dan sangat bertepatan dalam suasana sekarang. Gagasan ini benar-benar menguji sikap kepimpinan para pemimpin negara agar lebih bertanggungjawab dalam menggalas amanah yang telah diberikan rakyat kepada mereka. Pemimpin-pemimpin Kerajaan perlu dekat di hati rakyat, lebih mesra rakyat, sanggup turun padang menyingsing lengan dan melakukan pelbagai perkara yang boleh mengukuhkan lagi kepercayaan serta keyakinan rakyat kepada Kerajaan.

Melihat kepada senario persekitaran politik Malaysia hari ini, rakyat semakin bijak berfikir dan melontarkan pendapat. Barisan kepimpinan Kerajaan mesti sanggup melakukan perubahan dan pembaharuan bersandarkan kepada kehendak rakyat. Satu Malaysia adalah jawapannya.


1 Malaysia Hasrat Najib Perkukuh Negara Bangsa

Sumber: Berita Harian, 22 April 2009
KETIKA melancarkan Bulan Perpaduan Peringkat Kebangsaan pada Mei 2008, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, "bangsa Malaysia perlu direalisasikan dalam kerangka minda kita sendiri dengan melihat seseorang warga negara Malaysia tanpa berdasarkan warna kulit, agama, keturunan dan budayanya."
Apa yang disebutkan Najib itu jelas menggambarkan bahawa minda atau psikologi kita memainkan peranan penting dalam membina tasawur yang sihat mengenai erti perpaduan dan konsep bangsa Malaysia itu.
Kini, selepas menjadi Perdana Menteri, Najib mahu memecahkan minda dan psikologi sempit itu melalui konsep '1Malaysia'. Dalam ucapan sulungnya Najib menyatakan konsep 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' ditunjangi dua prinsip utama iaitu sikap saling menghormati antara satu sama lain dan keyakinan antara satu sama lain.
Apabila kita sudah menghormati antara satu sama lain bererti kita sudah mempunyai sikap terbuka untuk menghayati konsep perpaduan dalam kepelbagaian. Seperti dijelaskan Najib, konsep '1Malaysia' bermaksud kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Ini bermakna cara pemikiran dan bertindak kita mesti keluar daripada cara bertindak dalam tembok atau kepompong etnik. Contohnya, jika kita memperjuangkan soal kemiskinan, maka kemiskinan itu mesti dilihat merentasi semua kaum sama ada di bandar, luar bandar, ladang, kampung baru atau kumpulan orang asli. Daripada lensa pembangunan, konsep dan falsafah '1Malaysia' adalah bertitik tolak atau berteraskan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat. Ia bertujuan menjamin tidak ada masyarakat atau komuniti tercicir atau terpinggir daripada sebarang bentuk pembangunan yang dilaksanakan kerajaan. Semua kaum wajar menikmati kemakmuran dan nikmat pembangunan di negara ini. Hanya melalui dasar pembangunan yang adil untuk semua kaum maka perpaduan yang utuh dapat dibina.

Kerajaan tetap mengiktirafkan sumbangan semua kaum. Setiap rakyat tanpa mengira warna kulit bebas menyertai arus pembangunan negara. Kesaksamaan untuk semua kaum adalah sesuatu yang amat ditekankan kerajaan. Ini tidak bermakna konsep '1Malaysia' sama dengan konsep kesamarataan seperti diperjuangkan di bawah konsep 'Malaysian Malaysia.' Negara mempunyai sejarah, tradisi dan warisan budayanya tersendiri. Semua resipi ini disalut dan diterap dalam Perlembagaan Persekutuan. Justeru, Najib sudah pun menegaskan bahawa apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara tetap menjadi prinsip dan landasan dalam menterjemahkan konsep terbabit. Ini bermakna semua fasal yang ditakrifkan sebagai hak istimewa orang Melayu tetap dipelihara kerana hak-hak terbabit tidak sedikit pun menafikan hak kaum lain. Apa yang nyata ialah konsep '1Malaysia' bertemakan perpaduan rakyat. Perpaduan dalam kepelbagaian mendasari elemen kemajmukan rakyat di negara ini. Justeru, untuk meyakinkan rakyat maka Najib menegaskan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua komuniti di negara ini. Ini bukan bermakna kepemimpinan terdahulu tidak memberi perhatian kepada semua kaum dan komuniti di negara ini.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan Tun Abdul Razak Hussein adalah antara lain bertujuan membina perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini. Pelbagai dasar utama negara yang diperkenalkan kerajaan juga menekankan aspek perpaduan kaum. Dalam konsep Islam Hadhari yang menjadi pendekatan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi turut menekankan pembelaan hak kumpulan minoriti di negara ini. Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga dikenali sebagai 'Bapa Perpaduan'. Pada hakikatnya semua Perdana Menteri sebelum ini sentiasa menekankan perpaduan kaum kerana ia adalah asas penting dalam membina negara. Tidak mungkin asas penting ini diketepikan oleh kepemimpinan negara.
Mereka memahami perpaduan melalui hubungan kaum yang sihat amat penting dalam mengekalkan kestabilan sosio-politik di negara ini. Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengingatkan bahawa isu perkauman adalah kekangan utama dalam membina negara-bangsa yang bersatu padu. Justeru, salah satu daripada sembilan cabaran yang digariskan beliau dalam Wawasan 2020 ialah usaha membina perpaduan kaum. Yang perlu difahami ialah setiap kepemimpinan mempunyai hasrat dan cita-cita untuk melihat bangsa dan negaranya terus mantap dan perkasa.
Demikianlah halnya apabila Najib menjadikan konsep dan falsafah baru itu sebagai landasan pentadbirannya. Ia adalah untuk memberi 'nafas segar' kepada barisan Kabinetnya serta menyuntik semangat rakyat untuk sama-sama berganding bahu dengan kepemimpinan negara. '1Malaysia' adalah aspirasi untuk memperbaiki, memantap dan memperkasa hubungan kaum bagi memastikan rakyat di negara ini membina dan menjalin persahabatan berasaskan rasa hormat menghormati dan percaya mempercayai. Di dalam blognya, 1Malaysia, Najib memperincikan nilai yang perlu diamalkan rakyat bagi menjayakan konsep itu.
Katanya di dalam blog, 'Saya telah mengenal pasti lapan nilai yang tidak saling eksklusif yang saya percaya adalah penting untuk kita semua.' Nilai itu tidak dijelaskannya sekali gus tetapi berperingkat-peringkat. Setakat rencana ini disiapkan, Najib sudah pun menghuraikan empat daripada lapan nilai terbabit iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati dan nilai penerimaan. Untuk mengetahui nilai selanjutnya, pembaca disarankan melayari blog berkenaan.
Pada saya, konsep '1Malaysia' adalah satu konsep yang merangkumi pakej perpaduan, kemakmuran, pembangunan, keamanan dan keselamatan. Ia kesinambungan usaha kerajaan membina negara-bangsa yang bersatu padu serta memiliki jati diri yang kukuh. Ia bertujuan memastikan haluan negara benar-benar dapat mencapai keunggulan dan kelangsungan masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bagi memenuhi hasrat Wawasan 2020. Ahli-ahli akademik mungkin boleh melihat dan menghuraikannya sebagai satu konsep sosio-politik yang dapat dihuraikan daripada perspektif sosiologi, politik dan sejarah tanah air.
Kesimpulan, konsep '1Malaysia' tidak meminggirkan ciri-ciri asas kenegaraan, perlembagaan, hak asasi dan sifat kependudukan di negara ini. Ia memerlukan anjakan pemikiran politik yang merentasi ideologi untuk melonjakkan wacana agenda nasional. Justeru, seluruh rakyat wajar berpadu tenaga memikul tanggungjawab bersama membina negara-bangsa yang lebih perkasa. Ia tidak wajar dipolitikkan kerana tujuan dan matlamatnya jelas untuk memperkasa negara-bangsa.
Penulis ialah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan

SPR Wajar Kaji Semula Undang-Undang Pilihan Raya Kecil

Oleh: Tulip Desa

Tahun 2008 dan 2009 merupakan tahun pilihan raya kecil. Apa tidaknya, untuk tahun 2009, sebanyak 5 Pilihan Raya Kecil telah berlangsung bermula dengan PRK Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Air dan yang terbaru Penanti. Dua daripadanya diadakan kerana penyandangnya meletak jawatan.Banyak masa dihabiskan dengan PRK sehinggakan program untuk pembangunan negara dan rakyat terpaksa dihentikan seketika untuk memberikan tumpuan kepada PRK. Adakah suasana ini sihat untuk kestabilan ekonomi dan politik negara?

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengkaji semula akta untuk menghalang wakil rakyat mengosongkan kerusi tanpa sebab munasabah adalah realistik. Dengan pindaan akta tersebut wakil rakyat tidak sewenang-wenangnya meletak jawatan atas alasan peribadi atau masalah dalam parti. Tulip melihat wakil rakyat daripada Pakatan Campuran memang gemar dan seronok dengan pilihanraya kecil untuk melihat kekuatan parti tanpa memikirkan ia banyak menggunakan wang dan melibatkan risiko yang tinggi.

Bagi Ketua Pembangkang, Brother Anwar inilah medan untuk beliau menjual cerita karutnya dan memperagakan kehebatan berpidato yang bagi Tulip dah jadi retorik dan cerita kosong tanpa isi. Melalui pemerhatian Tulip, kebanyakan wakil rakyat daripada Pakatan Campuran tidak berkualiti dan 'pakai tangkap muat sahaja'. Bagi mengelakkan pilihanraya kecil kerap kali diadakan, setiap parti haruslah memilih wakil rakyat yang berkelayakan, berwibawa dan bersih untuk berkhidmat kepada rakyat.

Tuesday, April 21, 2009

Lim ibarat menepuk air ke dulang - Azhar

PULAU PINANG 21 April — Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) mempertikaikan kewibawaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam membuat keputusan melantik Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) kerana terlalu tunduk kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya tindakan Lim itu seperti ’menepuk air ke dulang, terkena muka sendiri’ kerana Lim pernah membuat tuduhan terhadap bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon kononnya terlalu tunduk kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Lain kali jangan suka mengata pada orang lain, akhirnya kembali kepada diri sendiri,” katanya dalam perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Azhar mempersoalkan kewibawaan Lim sebagai ketua menteri yang mempunyai kuasa untuk melantik TKM1 bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang mengosongkan jawatan itu pada 8 April lepas. - Bernama

Monday, April 20, 2009

PERTAHANKAN INSTITUSI RAJA!

Oleh: ATH

Saya terpanggil untuk menyatakan mengenai kebimbangan saya dan orang-orang Melayu pada hari ini. Dahulu semasa era pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri, negara berhadapan dengan tuntutan yang keterlaluan datangnya daripada orang bukan Melayu dan terbatas kepada hal-hal pelajaran dan ekonomi.

Tetapi situasi kebimbangan orang Melayu pada masa ini adalah lebih dahsyat dan parah kerana menyentuh Institusi Raja-Raja Melayu dan telah disemarakkan pula oleh orang-orang Melayu sendiri. Ada segolongan orang-orang Melayu sendiri yang ingin menjatuhkan institusi ini. Sungguh menyedihkan.

Dulu kita ada ramai pemimpin Melayu terbilang untuk disandarkan harapan. Malah kita ada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran Ultra Malay. Kita ada akhbar Utusan Melayu dan wartawan nasionalis yang hebat.

Kini apakah barisan kepimpinan seperti dahulu itu masih ada untuk berdepan dengan DSAI dan PAS yang lebih liberal dan rela pula menjual Islamnya kepada orang bukan Islam hanya semata-mata kerana tamakkan kuasa.

Sesungguhnya saya benar-benar bimbang tentang nasib bangsa Melayu dan kesucian agama Islam. DSAI terang-terang telah meracuni pemikiran orang bukan Melayu sehinggakan mereka melihat UMNO seolah-olah tidak pernah berjasa rakyat dan negara. DSAI telah meracuni pemikiran anak-anak muda Melayu sehingga mereka sanggup mencerca Raja dan berjaya menanam budaya samseng serta ganas.

Ke mana kita selepas ini? Saya berdoa semoga kita akan menjadi lebih kuat. UMNO dan PAS perlu bersatu dan PKR perlu disisihkan. NGO Melayu perlu bangkit mempertahankan Institusi Raja dan masa depan orang-orang Melayu.

PEMBINAAN SEMULA TAMBAK JOHOR ADALAH LOGIKAL

Oleh: Pemerhati

Isu jambatan bengkok untuk menggantikan Tambak Johor telah timbul semula setelah dibatal pembinaannya kerana pihak Singapura bermasalah dalam hal ini. MP Johor Baharu Dato' Seri Shahrir Samad bekas Menteri KPDN & HEP dan MP Pulai Datuk Jazlan Tan Sri Mohamad Rahmat senada bahawa pembinaan ini dilaksanakan dalam bentuk apa jua.

Kini sudah sampai masa perkara ini dikaji semula oleh pihak EPU Jabatan Perdana Menteri. Tambak Johor ini sudahpun memberi khidmat yang optima sejak dibina berpuluh-puluh tahun kebelakangan sehingga ia membantu dalam pertumbuhan Singapura daripada kawasan Woodlands sehinggalah di Orchard Road.

Pembinaan jambatan baru ini perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas kerana ini merupakan penghubung strategik secara fizikal antara rakyat Malaysia dan Singapura, sebuah negara yang stabil dan kaya. Hubungan kedua-dua negara ini adalah simbiotik dan kemajuan negeri Johor dan Singapura adalah saling berkaitan. Singapura dan Malaysia mempunyai sama banyak pelaburan oleh pelabur-pelabur Malaysia dan Singapura terutamanya di Johor.

Pemerhati berpendapat bahawa pada masa 20 tahun akan datang di mana penduduk Malaysia akan bertambah terutamanya di Johor Selatan iaitu Tenggara, Pengerang, Kota Tinggi, Mersing dan Johor Baharu, kemungkinan perlu dibina dua tiga lagi jambatan menghubungi Johor-Singapura. Ini jelas berlaku di Amerika Syarikat terutamanya Kota New York/Manhattan yang dihubungi dengan banyak jambatan dengan Long Island dan New Jersey.

UNDANG-UNDANG KHAS PERLU UNTUK MELINDUNGI INSTITUSI RAJA

Oleh: Pemikir

Titah Paduka Sultan pada 19 April 2009 sempena menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran Ke-81 di Istana yang mulia perlu dilindungi oleh semua masyarakat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah/Sarawak tanpa mengira agama, budaya dan bangsa. Jelas Paduka Sultan memberi sepatah dua kata terutamanya kepada individu-individu dan mereka-mereka yang tidak menghormati sistem-sistem dan Perlembagaan Negara supaya beradab mulai saat ini.

Mesej yang tersirat dalam Titah Paduka Sultan boleh dianggap sebagai teguran yang membina demi menjaga ketenteraman perpaduan rakyat dalam negara Malaysia yang merdeka ini. Asakan yang dilakukan oleh pembangkang dalam negeri Perak baru-baru ini terhadap istana adalah satu yang dianggap ketara dan tidak sopan. Mereka yang kurang sopan harus sedar bahawa kegiatan mereka yang boleh dianggap melampau ini tidak disukai dan tidak dapat ditelan oleh majoriti orang-orang Melayu bukan sahaja di Perak tetapi di seluruh negara.

Kepada individu-individu yang cuba memperlekehkan Perlembagaan dan Istana, kembalilah berfikir secara waras dan bijak. Sivakumar, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak masih lagi dalam keadaan kalut dan kebingungan. Beliau adalah angkuh dan masih tidak sedar diri bahawa tindakannya hanya memalukan bangsanya sendiri yang sudah mulai dipandang serong oleh warga Perak dan Malaysia amnya. Rata-rata mereka sudah mulai bosan dengan sikap beliau yang dipengaruhi oleh MP baru Bukit Gantang, Nizar dan juga DSAI yang masih lagi berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri Ke-6 yang sudahpun diambil alih oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib dengan penuh tertib dan istiadat Melayu. Peralihan kuasa kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib telah dipaparkan secara meluas oleh televisyen-televisyen antarabangsa termasuklah BBC, Al-Jazeera dan CNN.

Pemerhati berpendapat bahawa satu tindakan tegas diambil oleh kerajaan kepada sesiapa juga yang cuba memperlekeh-lekehkan institusi raja dan perlembagaan. Perlu diadakan satu undang-undang khas mengenai perkara ini. Negara Thailand mempunyai undang-undang khas yang melindungi institusi rajanya dari dicemar atau dicemuh oleh rakyatnya.

RTM PRIHATIN. BERITA UTAMA JAM 8 MALAM MULAI 20 APRIL 2009.

Oleh: Pemikir

Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia telah membuat keputusan supaya Berita Nasional dalam Bahasa Melayu dikembalikan kepada slot lama iaitu pada jam 8.00 malam mulai 20 April 2009. Begitu juga dengan berita-berita dalam Bahasa Mandarin dan Tamil dislotkan pada waktu-waktu lama.

Langkah terbaru ini telah diteliti oleh Kementerian PKK dengan begitu rapi. Dalam tiap-tiap langkah yang dibuat oleh RTM ada pro dan kontranya diikuti dengan timeframe. Jika perlu, langkah-langkah yang diambil tidak semestinya kekal tetapi boleh diubah mengikut keperluan dan persekitaran semasa.

Pemerhati berpendapat setelah perkara ini diteliti maka didapati sesuai bahawa pertukaran waktu dari jam 9.00 malam ke 8.00 malam menepati kehendak-kehendak majoriti penonton-penonton setia RTM.

Diucapkan kepada semua penonton supaya mengambil perhatian kepada perubahan ini dan terus setia kepada RTM.

'Raja berada di atas politik'

SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah menyampaikan titahnya pada istiadat penganugerahan darjah kebesaran sempena keputeraan baginda ke-81 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam.
Sumber: Berita Harian, 20 April 2009

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam menegaskan, Raja berada di atas politik dan tidak boleh berdebat secara terbuka bagi menjawab serta memberi penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kumpulan politik tertentu. Bagaimanapun, titah baginda, tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemar institusi Raja dengan menyemai rasa benci rakyat umpama 'menyalakan api dalam sekam'' yang amat berbahaya serta boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara. Bertitah pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah, semalam, Sultan Azlan Shah kesal dengan perbuatan kuasa politik mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian.

"Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara. Betapa kumpulan politik tertentu berasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. "Betapa pula beberapa individu politik yang berasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa," titah baginda. Sultan Perak berpendapat negara kini sudah terlalu berlebihan berpolitik hingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan menjejaskan imej negara di kaca mata antarabangsa.

"Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga. Rakyat biasa akan menjadi mangsa, terpaksa bergelut untuk memenuhi keperluan hidup harian," titah baginda. Sambil meminta pemimpin yang mewakili kumpulan politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama demi kepentingan rakyat, baginda turut menjelaskan raja berperlembagaan mempunyai tiga hak, iaitu untuk menyampaikan nasihat atau pandangan, memberi galakan atau dorongan dan memberi peringatan atau teguran. Baginda bertitah, raja bukannya buta, pekak atau bisu kerana segala perkara yang berlaku adalah dalam penglihatan, pendengaran dan pertuturan mereka. Adalah satu kesilapan untuk memikirkan bahawa peranan raja pemerintah itu sama seperti seorang presiden yang terbatas semata-mata kepada apa yang tersurat. "Peranan raja pemerintah adalah mengatasi apa yang tersurat dalam peruntukan Perlembagaan. Raja pemerintah mempunyai tanggungjawab lebih luas dalam memastikan bahawa semangat Perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan warga negara perlu sentiasa dilindungi.

"Raja pemerintah adalah sebahagian daripada institusi negara yang diperuntuk dalam kuasa budi bicara oleh Perlembagaan, untuk melaksanakan tanggungjawab semak dan imbang, demi memelihara ketenteraman awam, kestabilan negara, kepentingan umum dan kebajikan warga terus terpelihara, di samping memastikan perkara pokok dan fundamental mengenai agama Islam dan orang Melayu kekal dipertahan," tegas baginda. Sultan Azlan Shah bertitah, berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, Raja mempunyai peranan Perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja serta agama Islam, bahasa Melayu dan kepentingan sah kaum lain. "Perkara ini adalah asas persefahaman yang sudah tercapai dan menjadi resipi kejayaan terbentuknya negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat, membolehkan warganya hidup rukun lagi bersatu," titah baginda.

Friday, April 17, 2009

Penanti: BN siap sedia

KUALA LUMPUR 16 April - Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang kini telah dikosongkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, BN akan menunggu pengisytiharan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa DUN tersebut kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.
''Kita sentiasa bersedia untuk menghadapi semua pilihan raya kecil bila-bila masa.
''Kita akan tunggu pengumuman SPR atau Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk memaklumkan kekosongan kerusi di Penanti,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup Persidangan Penjagaan Awal Kanak-Kanak Antarabangsa di sini hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Ne Penanti berkuat kuasa hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia (17 April 2009)

YAKINLAH DENGAN WAWASAN PERDANA MENTERI "SATU MALAYSIA"

Oleh: Ust. Mohamad Hj. Taib (Pemikir)
“Satu Malaysia”, bermaksud setiap warga negara Malaysia di mana mereka berada tanpa mengira Agama, Bangsa, Warna Kulit dan Kedudukan akan diutamakan, keutamaan akan merentasi semua lapisan masyarakat tidak ada yang tercicir dari arus perdana walau di mana mereka berada. Sama-sama bertanggungjawab untuk membawa Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020.
2. “Satu Malaysia”, bererti kita perlu menyatukan pemikiran kita, barisan kita, cara kita bertindak serta mengetahui halatuju kita. Setiap individu mesti bertekad, berazam dan seterusnya beriltizam untuk sama-sama memikul tanggungjawab melaksanakan sedaya upaya mungkin segala perancangan kerajaan tanpa melihat kebelakang, tanpa curiga serta cemburu dengan apa-apa yang dimiliki oleh orang lain kerana kita hanya satu wawasan, satu tujuan, satu matlamat, iaitu menjadikan negara Malaysia satu negara maju menjelang tahun 2020. Setiap rakyat akan dibahagikan sama rata dari semua aspek tidak ada seorang pun yang dipinggirkan dari arus perdana.
3. “Satu Malaysia” bererti satu ummah dalam satu negara berasaskan kebebasan berfikir, bersuara berpandukan kepada lunas undang-undang negara.
4. Perdana Menteri menjadikan ”Satu Malaysia” sebagai wawasan beliau sejajar dengan perjuangan Rasullullah semasa berada di Madinatul Munawarah iaitu menyatukan ummah dari kalangan Muhajirin dan Ansar.
5. Rakyat Malaysia wajar menyambut baik hasrat dan cita-cita Perdana Menteri untuk menjadikan negara ini ”Satu Malaysia” sebagai Wawasan sepanjang pemerintahan beliau. Justeru setiap Kementerian, Jabatan, Agensi–agensi Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pusat-pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta wajib menyahut cadangan Perdana Menteri dengan menzahirkan sokongan yang tidak berbelah bagi supaya hasrat dan cita-cita Perdana Menteri dapat dijayakan tanpa diganggu gugat oleh mana-mana pihak.
Untuk itu semua pihak perlu berganding bahu serta bertindak serta merta bagi menjayakan hasrat dan cita-cita sebagaimana berikut:-
(a) Kementerian dan Jabatan-jabatan serta Agensi-agensi di bawahnya hendaklah menjelaskan kepada semua kakitangan masing-masing apa itu erti ”Satu Malaysia”.
(b) Kementerian Pelajaran / Pengajian Tinggi Awam dan Swasta hendaklah menyusun kurikulum khusus untuk ini seterusnya menjelaskan kepada pelajar di semua peringkat supaya ianya dapat difahami oleh mereka.
(c) Kerajaan Tempatan hendaklah menyediakan papan-papan tanda di tempat-tempat strategi di seluruh negara menyatakan ”Satu Malaysia” berserta dengan gambar Perdana Menteri.
(d) Badan-badan Swasta juga harus mengambil inisiatif serta tanggungjawab menyediakan papan-papan tanda yang sama.
(e) Media masa dan media cetak elektronik juga perlu memainkan peranan masing-masing bagi tujuan melahirkan perkara yang sama.
(f) RTM, Radio-radio Swasta, TV3, Astro dan lain-lain sewajarnya memainkan peranan masing-masing di waktu-waktu kemuncak bagi tujuan menyedarkan masyarakat.
(g) JASA hendaklah turun ke padang bagi menjelaskan konsep ”Satu Malaysia” berpaksikan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan kepada masyarakat akar umbi.

Thursday, April 16, 2009

Kabinet Najib perlukan sokongan generasi muda

KABINET baru yang digelar 'Kabinet Rakyat' pimpinan Datuk Seri Najib Razak sudah pun dibentuk minggu lalu. 'Kabinet Rakyat' akan mendukung falsafah pentadbiran Najib 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Ia akan memberi fokus sepenuhnya kepada rakyat. Untuk memastikan ia dapat diterjemahkan dengan berkesan oleh barisan Kabinet, Najib menyediakan kayu ukur melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Najib serius dalam hal ini dengan beliau sendiri akan menilainya setiap enam bulan sekali. Selain itu, seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut dipertanggungjawabkan memantau prestasi mereka. Perlu diingat bahawa rakyat pasti akan mengukur prestasi barisan Kabinet Najib dan ia akan menjadi penentu sokongan serta prestasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Justeru, barisan Kabinet Najib mempunyai misi dan tanggungjawab penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN. Ia akan menjadi penentu hidup matinya kerajaan BN nanti. Inilah cabaran dihadapi menteri dan timbalan menteri, terbabit. Najib mahukan corak dan tindakan kerja mereka mestilah berorientasikan pencapaian dan program untuk rakyat, bukannya bernafsu dan ghairah menonjolkan diri. Najib sudah memberikan isyarat bahawa mereka yang dilantik harus menjadi aset, bukannya liabiliti (beban) kepada kerajaan. Apa yang jelas, Kabinet yang menggabungkan muka lama dan baru itu dilihat lebih responsif dan memiliki iltizam tinggi terhadap aspirasi dan kehendak rakyat. Muka baru yang dibawa masuk ke dalam Kabinet diharap dapat menyegar dan meremajakan kerajaan BN yang dilihat sudah berada di ambang senja.

Hendaknya jangan ada yang membawa masalah kepada BN dengan tindakan bercanggah dengan kehendak dan aspirasi rakyat kerana amarah serta hukuman rakyat menanti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Justeru, persoalan mengenai integriti perlu diambil berat oleh barisan Kabinet Najib. Begitu juga dengan seluruh pegawai kanan kerajaan turut dipantau KPI mereka. Seluruh anggota perkhidmatan awam hendaklah bersama kerajaan dengan penuh taat setia dan patuh menjayakan aspirasi 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
Dalam satu wawancara di TV1 sempena sambutan 73 tahun perkhidmatan awam negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam menyatakan sejarah perkhidmatan awam di negara ini membuktikan anggotanya sentiasa dapat menyesuaikan diri pada setiap perubahan dibawa oleh pucuk kepemimpinan baru yang naik memerintah negara ini.

Selama ini perkhidmatan awam menjadi mekanisme penting dalam melaksanakan dan menterjemah segala program serta dasar awam yang digubal kerajaan. Pilihan Raya Umum Ke-12 menyaksikan kemerosotan prestasi BN yang gagal mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat di samping kehilangan beberapa negeri. Selain itu, integrasi nasional turut terjejas kesan daripada wujudnya pihak yang mempertikai kontrak sosial, ketuanan Melayu serta Perlembagaan dan undang-undang negara. Perlu diingat bahawa Umno terus ditolak oleh rakyat dalam tiga pilihan raya kecil berturut-turut membabitkan empat kawasan iaitu Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau.

Inilah cabaran Najib selain mengendali ekonomi negara kesan krisis ekonomi global. Kedudukan ekonomi yang sukar diramal boleh menjadi hambatan kepada pentadbirannya. Justeru, usaha mengembalikan keyakinan dan penerimaan rakyat menjadi cabaran utama. Seperti diungkap Najib, 'ia adalah perjalanan yang jauh, tetapi kami perlu memulakannya.' Kita yakin Najib dan barisan Kabinetnya memiliki keazaman, keyakinan dan kekentalan semangat juang untuk mencapai apa yang dirancang dan dihasratkan. Ini jelas dapat difahami apabila beliau berkata, 'perjalanan 1,000 batu bermula dengan langkah pertama, kami akan sampai juga ke sana akhirnya.' Jika selepas peristiwa 13 Mei 1969, bapanya Tun Abd Razak Hussein (1970-1976) berjaya membawa transformasi kepada Umno dan BN serta membentuk keyakinan rakyat terhadap kerajaan, kita juga yakin Najib mampu melakukan perkara yang sama. Ketika era bapanya, ramai tokoh ekonomi dan korporat bersamanya membangun ekonomi negara, terutama dalam konteks menjayakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Barisan Kabinet juga dipertanggungjawab membina masyarakat bersatu padu yang diperkukuh atas dasar kepercayaan dan saling menghormati. Justeru, mereka harus terlebih dulu mempamerkan sikap yakin meyakini dan hormat menghormati di kalangan anggota Kabinet dan komponen BN. Bagaimana mungkin kita meyakinkan rakyat sekiranya di kalangan barisan Kabinet saling bercakaran, tuduh menuduh, tiada ketaatsetiaan dan kepatuhan dalam mendokong aspirasi kepemimpinan seperti yang ditetapkan.

Jika demikianlah halnya, bagaimana kerajaan dapat meyakinkan slogan 'Satu Malaysia, Rakyat Diutamakan, Pencapaian Diutamakan?'. Najib menggalakkan barisan Kabinetnya mengadakan lawatan tidak formal menemui rakyat, mengadakan dialog dan perbincangan terbuka dengan rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta mengutamakan dasar yang adil dan saksama kepada semua tanpa mengira kaum. Selain itu, beliau mahu kerajaan dan rakyat bersama berkongsi empat prinsip, iaitu nilai integriti dan piawaian tinggi bagi mengekalkan keyakinan rakyat, mengutamakan bakat dan kebolehan bagi menempuh saat-saat mencabar, kesetiaan dan kepatuhan kepada tanah air serta kesungguhan dan bersemangat tinggi bagi membina sebuah negara yang berdaya saing.

Najib turut mengingatkan barisan Kabinetnya bahawa 'era kerajaan mengenakan rejim kawalan keterlaluan dan mengamalkan sikap seolah-olah kerajaan lebih mengetahui segala-galanya sudah berlalu.' Sayugia diingat, ia bukan bermakna kerajaan harus menghapuskan kawalan terhadap segala-galanya kerana ia boleh menyebabkan negara berada dalam keadaan kucar kacir atau anarkisme. Pada saya, apa dimaksudkan ialah kerajaan harus mendengar pandangan dan teguran rakyat. Dalam erti kata lain, kerajaan tidak boleh bersikap bongkak dan sombong daripada mendengar hasrat dan kehendak rakyat.

Akhirnya, sokongan generasi muda amat penting kerana merekalah tenaga utama dalam usaha membawa dan memacu pembaharuan dan transformasi sesuai dengan cabaran kontemporari. Ayuh anak muda, Najib sudah mempelawa dan mencabar anda untuk bersama-sama memadu tenaga membangun serta memajukan negara ke tahap lebih cemerlang melalui pembabitan lebih meluas dalam politik dan wacana nasional.

Sumber: Mohd Ayop Abd Razid (Berita Harian, 15 April 2009)

BLOGGERS PERLU POSITIF - SERUAN MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

Oleh: Pemikir

Dalam ucapan sulung Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan pada 16 April 2009 di Dataran Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur beliau menekankan bahawa Malaysia mengamalkan sikap keterbukaan terhadap media. Media baru termasuk bloggers, internet bebas untuk membuat apa-apa kritikan jua terhadap Kerajaan dan dasar-dasarnya sekiranya dilakukan dengan betul.

Menteri mengingatkan media dan bloggers perlu mematuhi prinsip-prinsip dan tatacara membuat blog. Setakat ini banyak blog yang memaparkan maklumat-maklumat yang baik dan kreatif.

Pemerhati berpendapat bahawa ada bloggers yang tidak bertanggungjawab dan melakukan satu dosa iaitu memutarbelitkan kenyataan. Perkara ini perlu dihentikan dan mana-mana bloggers yang tidak mengikut tatacara membuat blog perlu fikir semula supaya tidak terjebak dalam perangkap masing-masing dan akhirnya tiada memberi apa-apa faedah kepada pembaca-pembaca blog yang begitu ramai di Malaysia ini.

NEGARA LUNTUR JIKA UNDANG-UNDANG TIDAK DIPATUHI - INGATAN YB DR. RAIS

Oleh: Pemikir

Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, seorang pakar undang-undang negara dalam ucapannya pada 16 April 2009 menekankan betapa pentingnya undang-undang negara mesti dihormati. Tiap negara mempunyai undang-undang masing-masing dan ini merupakan perkara utama dalam pentadbiran Kerajaan.

Menteri mengingatkan mana-mana negara yang tidak menguatkuasakan undang-undangnya terhadap apa-apa tindakan yang tidak berkepentingan maka negara itu akan luntur.

Pemerhati berpendapat bahawa seruan Menteri ini sungguh tepat. Pendekatan ini penting bagi Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan keterbukaan. Tetapi malangnya ada individu-individu dan kumpulan-kumpulan mengambil kesempatan untuk mengasak kepentingan sempit masing-masing. Individu-individu ini terdiri daripada bloggers dan kumpulan tertentu termasuklah Hindraf yang masih memainkan kepentingan-kepentingan etnik yang sepatutnya tidak wujud lagi selepas Malaysia 51 Tahun Merdeka.

'Arts' dropped from ministry's name

KUALA LUMPUR: The Information, Communications, Arts and Culture Ministry has been renamed the Information, Communications and Culture Ministry.

Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said this was agreed upon by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak at yesterday's cabinet meeting.
Rais, speaking after a visit to the Information Department at Wisma Sime Darby, here, also warned bloggers against posting lies and touching on personal matters.
"They can criticise the government but if they write untruths, then we will take action under the Communications (and Multimedia) Act," he said.Rais was accompanied during the visit to the department by his two deputy ministers, Datuk Joseph Salang Gandum and Senator Heng Seai Kie, as well as director-general of information Datuk Abdullah Morad. -- Bernama

Dr M: Teach history to avoid mistakes

KUALA LUMPUR: Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said young people, especially the "independence generation", should be taught the country's history to ensure they do not repeat past mistakes.

"I'm pleading for the teaching of history," he said, adding that American philosopher George Santayana once said: "Those who forget the lessons of history will be condemned to repeat their mistakes over and over again.""How do we know we are not repeating the mistakes if we do not know of our mistakes in the past?" Dr Mahathir asked. "We need to know. We need to know how we came to be colonised. We need to know how we barely managed to escape from being a communist state."We need to know how our rulers were forced to surrender their states to the British.

"We need to know how the British were forced to rescind the MacMichael treaties," he said in his blog, www.chedet.cc, on the topic "The generation gap" yesterday. Dr Mahathir said with most of Malaysia's 27-million population being born after 1963, it meant that "they had not known anything but being free, being independent, being ruled by their fellow countrymen".He said he was not trying to say that those who lived under colonial rule were more appreciative of independence."What we should all be concerned with is that we appreciate our independence and our freedom more, whatever may be our political leanings. "But I think we should know where we came from. Otherwise, we would not know which way we should go."We may think we are going forward when in fact we are going backward, back to where we started. We would not be making progress." -- Bernama

Wednesday, April 15, 2009

Peringatan kepada badan penyiaran

KUALA LUMPUR 14 April - Stesen radio kerajaan dan swasta diberi amaran supaya tidak memutarbelitkan kenyataan mana-mana pemimpin sehingga boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau tidak akan berdiam diri terhadap mana-mana stesen radio yang melanggar garis panduan yang telah ditetapkan.

''Kita ada lunas undang-undang untuk semua penyiar termasuk stesen kerajaan dan swasta. Oleh itu mana-mana pihak yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan sewajarnya,'' kata Rais ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas program yang ke udara melalui saluran radio Ai FM pagi ini antara lain membincangkan intipati wawancara Mingguan Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Program sejam yang ke udara pukul 9 pagi itu membuka ruang kepada pemanggil untuk mengulas kenyataan Muhyiddin berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau baru- baru ini.
Sumber: Utusan Malaysia (15 April 2009)

Tahniah YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim

Oleh: Pemikir

Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian Dan Kebudayaan telah mempunyai barunya iaitu Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim yang telah berkhidmat di bawah 5 Perdana Menteri. Beliau seorang yang berkaliber serta berwawasan akan pasti dapat membawa kementerian yang mempunyai 15 jabatan ke satu puncak kecemerlangan.
Beliau yang pernah menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali akan dapati bahawa mudah untuk menjalankan tugas-tugas penerangan di samping portfolio-portfolio lain yang turut mencabar.
Sebagai bekas Menteri Luar Negeri, kementerian ini akan mendapat input yang global dan berguna kepada tiap warganya. Wira Bukit Gantang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato' Seri Utama di dalam tugas barunya dan warga kementerian mengalu-alukan pelantikan Menteri yang berwawasan ini.

Tan Sri Muhyiddin Objektif. MCA perlu kerja kuat untuk BN menang PRU 13

Oleh: Pemikir

Akhbar-akhbar Cina masih tidak mahu menerima hakikat bahawa wujudnya kemerosotan undi BN daripada kaum Cina pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 7 Aprill 2009. Sebaliknya akhbar-akhbar ini cuba memutarbelitkan kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan dengan perkara ini.
Dari kajian yang dibuat, memang ada kemerosotan orang-orang Cina mengundi calon BN, Ismail Saffian yang gagal menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang. Rata-rata pengundi-pengundi Cina di DUN Kuala Sepetang menampakkan tidak minat mereka kepada calon BN. Begitu juga dengan pengundi-pengundi Cina di DUN Changkat Jering. Walaupun majoritinya adalah pengundi Melayu.
Dari maklumat akar umbi pengundi Cina lebih berminat kepada mengundi calon PAS, Nizar untuk mempastikan bahawa perjuangan DAP dapat diteruskan di peringkat negeri dan parlimen. Majoriti mereka ini adalah penyokong DAP dan ini satu perkara BN termasuk MCA perlu teliti dan kaji demi kemenangan BN seterusnya dalam PRU 2013.
Pemerhati berpendapat akhbar-akhbar Cina tidak perlu sensitif dalam hal ini terutamanya Malaysia mengamalkan demokrasi di mana rakyat bebas memilih parti mana mereka suka. Membuat tuduhan bahawa UMNO tidak sensitif kepada perasaan orang Cina adalah satu yang tidak patut wujud sekarang. Sebaliknya MCA mesti telan hakikat ini dan cari jalan untuk memenangi hati dan minda orang Cina mulai sekarang.

Tuesday, April 14, 2009

Disiplin agama, tentera panduan menteri

Jamil Khir anggap portfolio hal-ehwal Islam amanah berat untuk
majukan masyarakat
APA reaksi Datuk apabila menerima khabar pelantikan sebagai menteri?
Saya menerima panggilan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 8.30 pagi Jumaat lalu, yang memberitahu mengenai pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal ehwal agama Islam. Macam cerita dalam mimpi apabila menerima panggilan telefon daripada seseorang di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang meminta saya tunggu sebentar kerana Perdana Menteri ingin bercakap dengan saya. Seribu satu persoalan datang kerana yang hendak bercakap itu Perdana Menteri. Apabila diberitahu saya tersenarai dalam saf Kabinet baru, saya sempat bertanya nak dihantar ke mana. Jawapan Datuk Najib ialah di JPM menjaga hal ehwal agama. Saya tanya lagi, adakah Datuk Seri yakin dengan kemampuan saya.... ustaz dalam Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) saja untuk jawatan itu. Tetapi Perdana Menteri kata, beliau yakin dengan kemampuan saya. Sebenarnya, ini amanah yang sangat berat dan disebabkan itu selepas perbualan telefon, saya tidak boleh berfikir. Apabila pihak Parlimen telefon untuk bersedia angkat sumpah sebagai senator pun saya masih dalam keadaan 'masih tidak percaya' kerana perkara ini berlaku terlalu pantas. Hingga jam 12.30 tengah hari saya masih duduk senyap di rumah.
Bila datangnya kesedaran bahawa ia bukan khayalan, tetapi realiti dan sudah tiba masanya untuk Datuk menerima kemungkinan yang datang selepas itu?
Kekuatan datang apabila saya dapat bercakap dengan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal yang dengan tegas menangkis luahan hati saya yang masih sayangkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Beliau berkata, "Tidak!... dengar sini, kamu pergi. Kami berbangga kerana ini penghormatan yang bukan saja diberi kepada anda, tetapi semua warga ATM. Anda patut ambil ini sebagai tanggungjawab." Kata-kata sama saya terima (kata-kata popular dalam tentera – dengar sini) daripada Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin yang mahukan saya menerima pelantikan itu dan masing-masing melahirkan rasa bangga kerana pemilihan saya adalah penghormatan kepada ATM. Tidak dinafikan hati saya masih di ATM ketika itu kerana 24 tahun hidup dalam dunia ketenteraan, sukar untuk saya mengucapkan perpisahan. Tetapi, jika begitulah sokongan serta dorongan diberikan, ia menjadi kekuatan untuk saya menerima pelantikan ini serta memikul tanggungjawab dan amanah yang datang bersamanya.
Boleh ceritakan tugas pertama Datuk selepas majlis angkat sumpah jawatan menteri Kabinet dan bagaimana datuk berdepan tugas baru itu?
Saya mengucapkan terima kasih kepada menteri terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana sudah menyusun jadual awal yang diatur rakan agensi di bawah kementerian, iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz maklumkan mengenai majlis Penutupan Hafazan al-Quran peringkat kebangsaan di Kelantan. Sebagai menteri yang diberi amanah, saya mengambil tanggungjawab ini. Bagi saya, ada makna tersendiri dalam perkara yang berlaku Jumaat lalu, kerana selepas majlis angkat sumpah, majlis pertama saya hadiri menjawat jawatan menteri ialah Majlis Penutupan Hafazan al-Quran peringkat kebangsaan. Saya berasa ini satu ketentuan Allah, menghadiri majlis pertama dengan wahyu al-Quran. Saya berharap mudah-mudahan ini menjadi satu petunjuk dan hidayah kerana malam itu saya tengok anak-anak yang menghafaz lima juzuk, 10 juzuk, 15 juzuk dan 30 juzuk al-Quran. Satu penghormatan begitu tinggi bermula langkah kaki saya pada malam itu. Saya bersyukur suasana berjalan baik malam itu. Pagi esoknya (Sabtu), saya bersama guru Kafa (kelas al-Quran Fardu Ain) seluruh Kelantan. Saya melihat kelompok yang memberi pendidikan fardu ain, fardu kifayah dan adab susila kepada anak, saya meletakkan penghormatan pada majlis mulia itu. Alhamdulillah saya bersyukur dengan penyusunan yang berlaku.

Apakah pendekatan Datuk dalam menerajui agensi yang ada di bawah tanggungjawab. Mungkin akan menggunakan ketegasan serta disiplin seperti dalam ketenteraan?
Pendekatan yang sudah diatur menteri terdahulu akan diteruskan dan kita melihat relevannya dengan keadaan semasa. Mungkin ada perkara perlu penambahbaikan mengikut kesesuaian. Jadi, pendekatan sudah diatur, disusun, digagaskan terdahulu akan diteruskan dan kita sentiasa melihat hal baru yang sedang berkembang untuk proses ini berlaku. Ketegasan dan disiplin diperlukan dalam semua, tetapi ketegasan perlu bertempat. Ketegasan dan disiplin akan diterapkan, tetapi dengan cara penuh berhikmah. Berurusan dengan kelompok yang pelbagai, kebijaksanaan harus dilebarkan dalam kelompok yang ada. Mungkin ada yang menyangka cakap tegas itu ialah tidak bercakap dengan orang, muka yang tiada senyuman, perlu macam orang sedang marah. Pada takrifan saya dalam senyuman pun masih ada ketegasan.
Menjaga agensi yang banyak pastinya memerlukan Datuk bekerja lebih kuat kerana fungsinya yang berbeza. Adakah Datuk memberi tempoh masa untuk mengenali agensi di bawah jagaan itu?
Saya sudah mula berasakan yang saya tidak lagi hidup dengan diri, keluarga, Kagat atau tentera saja. Sekarang saya berasakan rakyat tidak kira agama atau bangsa berada di sekeliling dan saya perlu berkhidmat untuk mereka. Kadang-kadang nak makan pun teringat, adakah mereka juga makan macam saya. Sebelum ini jarang terlintas, tetapi sekarang perasaan itu sudah mula datang. Oleh itu, saya perlu bergerak laju. Sebenarnya, saya sudah mula berjumpa dengan ketua agensi untuk mendengar sepintas lalu supaya saya boleh memahami keseluruhan bidang tugas menanti. Selepas masuk pejabat, ada beberapa agenda sudah disusun, termasuk mengadakan perjumpaan Majlis Perundingan Islam dianggotai rakan seluruh negara kerana saya memerlukan maklum balas mereka daripada pelbagai bidang bagi mengukuhkan pelaksanaan setiap agensi. Dulu saya di luar gelanggang, sekarang dalam gelanggang dan saya perlu bergerak cepat.

Islam hari ini menerima pelbagai cabaran. Bagaimana Datuk melihat perkara ini dan bagaimana agaknya cara menghadapi isu yang menyentuh kedudukan agama serta umat Islam?
Pertama sekali, kita perlu mendukung dengan tulus ikhlas apa yang Perdana Menteri katakan, iaitu ingin melahirkan 'Satu Malaysia' menerusi pengertian hidup secara bersama dan saling memahami dalam kesedaran bahawa kita masyarakat majmuk, berbilang bangsa, agama, budaya serta cara hidup. Saya melihat gagasan diuar-uarkan Perdana Menteri, iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan tidak akan mampu terbangun jika dalam kelompok itu masih ada perpecahan, sikap saling tidak menghormati serta ada kecurigaan. Dalam keadaan ini, perlu ada kesedaran, keinsafan serta semangat membina kebersamaan. Walaupun ada perbezaan, tetapi jika semangat kebersamaan dapat dibina, hal lain akan terhindar secara perlahan. Akhirnya kita tidak akan buang masa panjang memfokuskan hal tidak perlu. Negara sudah lebih 50 tahun merdeka, ada kematangan. Semangat 'Satu Malaysia' sebagai kekuatan ini yang perlu kita semua bina dulu.
Apakah harapan yang mungkin dapat dikongsi bersama dalam perjalanan memenuhi amanah serta amanat dipertanggungjawabkan di bahu Datuk?
Bagi umat Islam, dalam solat kita selalu berdoa untuk mencapai kebaikan di dunia dan akhirat. Kebaikan tidak tercapai dengan angan-angan atau bicara kata. Kebaikan dicapai dengan pelaksanaan, kesungguhan, semangat, kerjasama, sokongan pelbagai pihak tanpa mengira bangsa dan agama. Ini harapan saya untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat dalam apa yang saya lakukan. Saya harap Allah beri kecergasan minda, kelapangan jalan keluar dan kesihatan untuk saya meletakkan ikrar janji saya. Inilah juga pesanan ayah apabila saya beritahu mengenai pelantikan tempoh hari, "Jamil, jika ada untuk tugasan yang diberikan kebaikan untuk dunia dan akhirat, maka persilakan." Hadis Rasulullah SAW juga ada mengatakan Muslim yang baik menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan beruntunglah orang yang hari esok lebih baik dari hari ini. Ini yang saya harapkan untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Saya berpuas hati jika itu dapat saya laksanakan. Pastinya bukan atas usaha saya seorang, tetapi berkat sokongan semua pihak kerana saya ada berkata dengan beberapa menteri kanan bahawa saya memerlukan tunjuk ajar serta bimbingan mereka untuk membantu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik.

Sumber: Berita Harian (14 April 2009)

Tuesday, April 7, 2009

1.00 TGH. MASJID SIMPANG.TIPIS TETAPI ADA HARAPAN MENANG

Sumber: Http://mysrimuara.blogspot.com

CULAAN LAPANGAN YANG RAKAN-RAKAN BLOGGER LAKUKAN MENUNJUKKAN KESAN POSITIF TAPI TIPIS.SUKAR UNTUK MEMBUAT ANDAIAN TEPAT.RAMAI SUNGGUH PEKERJA PAS DALAM MASJID INI.APAPUN ATAS NAMA ISLAM KITA BERSAUDARA.PETI UNDI SUNGAI KERANG GAWAT JUGA.SIMPANG RAMAI CINA NAK BAGI KEPADA PAS.TAPI UNDI MELAYU MUNGKIN BANYAK YANG BERPIHAK KEPADA BN.SERANGAN WAKTU SUBUH TADI, DAP MASIH LAGI BERITAHU JIKA BN PERINTAH, UMNO AKAN TEKAN ORANG CINA.SIAL PUNYA DAP.BERBOHONG KEPADA KAUM CINA

Nizar tidak boleh mengundi di PRK Bukit Gantang

Kesian Nizar. Walaupun beliau adalah calon PAS (Pakatan Rakyat) untuk PRK Bukit Gantang tetapi tidak boleh keluar mengundi bersama-sama pengundi yang lain.
Sebabnya tak lain dan tak bukan adalah kerana Nizar bukan orang Bukit Gantang, sebaliknya beliau dari Pasir Panjang. Dah sah-sah tidak boleh mengundi di pilihan raya kecil ini kerana bukan orang tempatan.
******************************************************************
UNDILAH BN DEMI MASA DEPAN ANDA, KELUARGA, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Monday, April 6, 2009

UCAPAN TUN MAHATHIR DISAMBUT BAIK PENDUDUK BUKIT GANTANG

TULIP:
Kehadiran Tun Mahathir di Bukit Gantang di sambut meriah. Seramai 5,000 penduduk Bukit Gantang bertumpu di padang PPP untuk mendengar ucapan sulung Tun Mahathir. Ucapan Tun Mahathir yang bersahaja dan disulami dengan ketawa membuatkan khalayak tidak berganjak dan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mendengar amanat daripada pemimpin kesayangan ini.
Dalam ucapannya, Tun Mahathir meminta penduduk Bukit Gantang menyokong kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat dapat membawa transformasi kepada Barisan Nasional dan memulihkan UMNO. Barisan Nasional merupakan parti yang terbesar dan mengamalkan toleransi dan perkongsian kuasa. Ini terbukti dengan senarai individu yang terkaya di Malaysia didominasi oleh Orang Cina dan India.
Segala butiran cakapan yang disampaikan semuanya bernada positif. Tiada memburuk-burukkan pembangkang. Justeru itu, Tulip menyeru kepada pengundi Bukit Gantang berfikir sebaik-baiknya sebelum membuang undi. Undi anda menentukan masa depan generasi akan datang. Renung-renungkanlah ucapan Tun Mahathir.

Najib-Muhyiddin berkebolehan pulih Umno, kerajaan: Tun M

Sumber: Berita Harian, 6 April 2009
TAIPING: Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai kebolehan untuk memulihkan Umno dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai gandingan terbaiknya. Dalam ucapan sulungnya selepas menyertai semula Umno, Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno itu berkata, peralihan kuasa yang berlaku minggu lalu adalah peralihan terbaik untuk memajukan semula kerajaan dan negara. "Yang menrik minat saya dalam ucapan pertama Najib sebagai Perdana Menteri ialah mengingatkan rakyat agar bersama-sama dengan kerajaan.
"Kembalilah kita bersatu dan saya percaya di bawah kepemimpinan Najib, pembangunan negara dapat diteruskan agar semua kaum dapat faedah," katanya dengan sorakan lebih 5,000 orang ramai yang membanjiri Padang PPP pada Majlis Bersama Rakyat, di Simpang, pagi ini. Kehadiran Dr Mahathir adalah yang pertama dalam kempen pilihan raya Parlimen Bukit Gantang dan petang ini beliau dijadual berucap di Bukit Selambau. Dalam ucapan itu, beliau menyentuh mengenai kepentingan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bagi membawa negara mengecapi negara maju.

Beliau berkata, tsunami politik yang berlaku pada pilihan raya lalu disebabkan kekecewaan kaum tertentu kepada kerajaan. "Jadi mereka ini hantar mesej kepada kerajaan dengan cara tidak mengundi kerajaan," katanya. Sehubungan itu, katanya beliau mengambil keputusan keluar Umno kerana tidak setuju dan sedih dengan apa yang berlaku dalam parti dan kerajaan. "Tuan-tuan tahu saya pernah jadi duri dalam daging kepada kerajaan sehingga saya terpaksa saya keluar dari Umno.

"Namun hati saya tetap bersama Umno keranasaya sudah lebih 40 tahun dengan Umno..itu cuma mulut saya saja yang kasar...," katanya

Tun Mahathir beri ucapan sulung kempen di Bukit Gantang

Adora:
Kehadiran Tun Dr. Mahathir untuk berkempen PRK Bukit Gantang disambut hangat dengan lebih 5,000 orang penyokong BN.
Tun Dr. Mahathir tiba di Padang PPP, Simpang, Taiping tepat jam 10.10 pagi dan disambut oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan pemimpin BN yang lain.
Ucapan Tun Dr. Mahathir dalam nada berseloroh namun cukup bermakna. Katanya, rakyat kini semakin bijak dan berpelajaran. Beliau meminta rakyat melihat dan menilai sendiri apakah perkara yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan dalam menjaga dan memelihara rakyat.
Tun Dr. Mahathir tidak sedikitpun menghentam pembangkang dalam ucapannya itu. Malah beliau memberi penerangan yang jelas kepada khalayak ramai.
Seterusnya beliau menyeru pengundi-pengundi agar mengundi calon BN, Ismail Saffian, anak tempatan yang juga berbakat serta berpengalaman untuk menjadi Wakil Rakyat Bukit Gantang.

Anwar Kata PAS & DAP Kurang Guna Otak!


Anwar kata DAP dan PAS kurang guna ini (otak). Benarkah begitu? Patutlah Karpal Singh (Pengerusi DAP) marah benar dengan Anwar hingga meminta Anwar bertaubat.
Berikut adalah sedutan Buletin Utama TV3 pada 5 April 2009. Pada tahun 1995, Anwar Ibrahim (Ketua Pakatan Rakyat) menyatakan dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Dengan Timbalan Perdana Menteri di Sabah bahawa "Dia (PAS) nanti kata tidak. No..no..kita tak bawa kebencian pada rakyat. But we know, you give his tape translate it and give anybody at the kampung. You can see the reaction. I can give the tape of PAS leaders, u translate and dengar, kalau u boleh tahan" . Sekarang ini bagaimana? Semua orang mahu ternanti-nanti dengan pengumuman besar yang mahu dibuat oleh Anwar. Namun Anwar bagi tarikh baru dengan alasan yang lebih kurang sama. Apakah rakyat boleh tahan dengan helah dan sikap hipokrit Anwar?
Anwar turut mengecam cara PAS dan DAP berpolitik. "Jangan guna ini sahaja (mulut). DAP..PAS dia guna ini (mulut)...kurang guna ini (otak). Dia kena fikir masa depan kita" kata Anwar Ibrahim. Kalau sudah begitu, Anwar sendiri sudah mengiktiraf bahawa mengundi Barisan Nasional adalah penting untuk masa depan semua. Tidak guna mengundi PAS atau DAP kerana Anwar Ibrahim sendiri sudah pun sebut bahawa kedua-dua parti tersebut kurang menggunakan otak. Buatlah keputusan untuk masa depan semua di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air. PAS, DAP dan PKR bukan parti terbaik untuk masa depan semua.
****************************************
Anwar Ibrahim pembelit No. 1 negara. Dialah jagoan dalam hal ehwal membohongi rakyat dengan agenda palsu politiknya. Dulu cakap lain, sekarang cakap lain.
Fikir-fikirkan...


PAS TIDAK MENGHORMATI MUFTI


Apa nak jadi dengan PAS? PAS lebih menghormati Nga dan Ngeh daripada mufti. PAS tidak memperdulikan nasihat dan teguran Mufti Perak kerana terdesak untuk menggunakan agama untuk modal politik mereka. Tulip merasakan PAS tidak lagi Islamik dan lebih liberal dalam isu agama seperti penggunaan kalimah Allah, hudud dan negara Islam. Pandangan mereka berubah-ubah mengikut kesesuaian masa. Ya Allah berilah petunjuk kepada golongan yang mahu memecah belahkan akidah Islam untuk kepentingan politik mereka. Amin.




Mengundilah Dengan Bijak

Tengah malam ini, maka berakhirlah tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Diharapkan esok (7 April 2009) semua warga ketiga-tiga kawasan tersebut keluar beramai-ramai untuk mengundi bagi menjalankan tanggungjawab masing-masing terhadap agama, bangsa dan negara.
Mengundilah dengan bijak dan secara bertamadun. Jangan biarkan faktor emosi menguasai diri. Aspek-aspek keselamatan perlulah dititikberatkan. Ingatlah, selepas pilihan raya ini kehidupan kita akan berjalan seperti biasa.
SELAMAT MENGUNDI KEPADA SEMUA.

Penyata Akaun PKR

BACA BETUL BETUL PENYATA AKAUN NIH...DARI MANA PKR DAPAT DUIT NIH..BANYAK BETUL..SANGSI BETUL BILA NAMPAK ADA TRANSAKSI DARI CITIBANK SINGAPURA....BISNES APA PKR BUAT KAT SINGAPURA NIH.. AKAUN SEMASA PARTI KEADILAN RAKYAT INI JUMLAHNYA RM540JUTA PADA TAHUN 2000. BANYAK YA DUIT MEREKA. BISNES APA TU???

Sumber: Http://www.masterdedah.com

TULIP:

Sudah terang lagi bersuluh... apa yang diperkatakan selama ini benar belaka. Jelas, Pakatan Rakyat (PKR) bersekongkol dengan Yahudi. Banyak sungguh dana PKR. Daripada mana sumber ini diperolehi. Pakatan Rakyat sanggup menerima dana asing untuk meneruskan operasi PKR. Tidakkah PKR sedar bahawa Yahudi itu merupakan musuh Islam. Brother Anwar sanggup menggadaikan maruah bangsa, negara dan Islam untuk melestarikan impiannya.


PANDUAN MENGUNDI SEMASA PILIHANRAYA

1. Memeriksa nama anda dalam daftar pemilih sebelum ke tempat mengundi. Semakan boleh dibuat melalui Daftar Pemilih di Tempat Mengundi atau di Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui laman web Suruhanjaya Pilihan Raya dua minggu sebelum hari mengundi. Laman Web (SPR) http://www.spr.gov.my.

2. Datang awal ke tempat mengundi dan bawa salah satu dari dokumen-dokumen berikut:

- Kad Pengenalan atau Pasport Terhad
- Pasport Antarabangsa
- Resit Kad Pengenalan Sementara Bergambar (JPN 1/9)
- Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan Bergambar (JPN1/11)
- Lesen Memandu

3. Mengundi adalah hak anda. Dalam pemerintahan demokrasi, tiada sesuatu atau seorang pun yang boleh menghalang anda daripada membuang undi.

UNDI ANDA PENENTU
MASA DEPAN NEGARA

4. Dalam pusat mengundi, semak nama anda dengan Kerani Penyemak Daftar Pemilih dan tunjukkan Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan dan sebagainya.

5. Apabila disahkan anda adalah pemilih berdaftar, and akan diberi slip menyatakan nombor sri daftar dan saluran mengundi anda.

6. Terus ke saluran mengundi. Tunjukkan slip anda kepada Kerani Pengundian Pertama yang akan meneriakkan nama dan nombor Kad Pengenalan atau nombor siri anda. Kerani kedua akan mengeluarkan kertas undi anda yang telah terlipat dua dan menyerahkannya kepada kerani ketiga yang akan menindik kertas undi tersebut.

7. Setelah diberi kertas undi, maju ke petak undi dan turunkan tanda "X" pada petak kosong di atas kertas undi anda bersebelahan nama dan simbol calon yang anda pilih.

8. Lipat kertas undi anda dan masukkan ke dalam peti undi.

9. Keluarlah melalui pintu yang disediakan.