Showing posts with label PKM. Show all posts
Showing posts with label PKM. Show all posts

Tuesday, June 2, 2009

CHIN PENG

SUMBER : TINGKAT 6.COM

Chin Peng tidak perlu diperbesar-besarkan lagi ........ Chin Peng jelas penjenayah ratusan ribu insan diseksa dan terseksa. Bahang kekejaman beliau dan rakan-rakannya masih terpahat di hati, suara tanggisan masih kedengaran di telinga anak, cucu mereka yang terlibat.

Mengapa nama penjenayah ini di highlight di muka depan media cetak? mengapa warganegara diingat kembali peristiwa berdarah yang dilakukan oleh penjenayah komunis ini? Hentikan dari berbincang, berbicara dan bercakap-cakap tentang Chin Peng diri yang menyembelih, menyeksa manusia-manusia yang tidak berdosa dahulu, malah segala kekejaman beliau masih segar dalam ingatan.

Bagi saya, kita lupakan Chin Peng tak payah dibela lagi, yang paling penting mereka yang mula buka mulut tentang nak bawa pulang atau yang mengsyorkan kepada kerajaan, supaya Chin Peng di bawa balik itu, perlu dikenakan tindakan yang keras, kerana sanggup mempermainkan keputusan kerajaan, bahawa parti komunis itu haram, jika komunis itu haram maka semua mereka yang terlibat juga haram.

Justeru mereka yang cuba menghidup balik perkara itu dengan apa cara sekalipun tetap dianggap mengingkari keputusan maka wajar yang menimbulkan isu Chin Peng patut dihukum di bawah ISA, haram individu berkenaan masih menganut fahaman komunis, tak layak menganggotai BN.

Kerajaan diminta tidak perlu melayani kerenah-kerenah seperti ini , banyak kerja lain yang perlu dibuat.Dosa komunis secara umum dan Chin Peng secara khusus mereka yang terlibat dengan Komunis dan juga yang bersimpati dengan komunis dan Chin Peng perlu dihukum tanpa mengira kedudukkan dalam parti dan kerajaan.

Sebagai bekas Pegawai Polis,saya cukup geram dengan mereka yang buka mulut berhubung perkara ini kerana keseksaan yang saya lalui masih dalam ingatan.

Monday, May 25, 2009

BLOGGER PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM) CUBA RAIH SIMPATI....AWAS

OLEH : PEMIKIR - MM


Anak-anak muda Malaysia kini dengan bebasnya terdedah kepada internet dan media baru akibat ledakan ICT. Ini merupakan suatu hakikat dalam era pemodenan komunikasi. Sebenarnya ledakan ini bukan perkara baru tetapi telah diasaskan oleh kuasa-kuasa besar Rusia dan Amerika Syarikat sejak Perang Dingin lagi atau Cold War.

Di Malaysia perang menentang aspirasi komunis internasional atau comintern yang diinspirasikan oleh Moscow untuk mendominasi dunia dengan pelbagai cara, terpaksa berdepan dengan satu pasukan pengganas yang dipanggil Parti Komunis Malaya (PKM). Anggota-anggota komunis ini yang terdiri daripada beberapa rejimen bersenjata telah menjadikan kawasan Selatan Thailand, terutamanya di sempadan Siam-Kelantan/ Perak/ Kedah tempat melancarkan gerakan-gerakan menentang tentera dan polis Malaysia. PKM ini juga mempunyai segelintir ahli-ahli kaum Melayu dan India, tetapi majoritinya adalah dari kaum Cina yang diketuai oleh Chin Peng yang masih hidup dan bermastautin dengan mewahnya di satu perkampungan yang diwujudkan khas oleh Bangkok selepas perjanjian dengan Kuala Lumpur.Kini Chin Peng mencari jalan untuk kembali semula ke Malaysia dengan alasan-alasan beliau adalah rakyat Malaysia dan juga sokongan oleh ahli Gerakan.

PKM yang secara senyap mendapat sokongan moral dan material dari Beijing pada mulanya, bergiat dengan ganasnya sehingga membunuh 3000 ahli pasukan keselamatan Malaysia. Tindakan Chin Peng untuk balik semula ke Malaysia menghadapi protes besar dari persatuan-persatuan veteran polis dan askar. Orang-orang awam pun terutamanya kaum Melayu turut tidak bersetuju dengan niat Chin Peng. Mereka tidak mudah lupa dengan keganasan-keganasan pada penghujung 1940 an yang melibatkan kerakusan berleluasa ahli-ahli bintang 3 membunuh orang-orang awam termasuklah di Johor utara seperti Segamat, Muar dan Kluang.

Kebelakangan ini anak-anak muda melayari blog-blog bekas ahli-ahli PKM dan mereka mulai tertarik apa yang diwar-warkan. Orang-orang muda ini yang tidak mahu ambil tahu tentang keganasan-keganasan yang di buat oleh PKM, sanggup mengatakan bahawa revolusi itu perlu untuk bawa perubahan. Anak-anak muda ini cuba merasionalkan bahawa apa yang berlaku pada 1940 an dahulu dilihat dalam perspektif positif.

Pemerhati berpendapat bahawa trend ini tidak boleh dielakkan. Sebagai negara yang mempelopori kebebasan bersuara maka pendedahan kepada maklumat yang berat sebelah turut ditelan pelayar-pelayar internet. Mereka membuat komen ikut naluri dan tanpa usul periksa. Penulis seperti Fahmi Reza merupakan suatu contoh warga Malaysia yang patut diberi peluang meneliti keganasan dan kerakusan PKM supaya rakyat muda faham tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh rakyat Malaysia dan pasukan keselamatan di bantu oleh tentera-tentera Komanwel termasuk Fiji, Nepal, Australia, New Zealand, United Kingdom, India menentang PKM.