Thursday, April 30, 2009

SULTAN SELANGOR JALANI PEMBEDAHAN JANTUNG DI AMERIKA SYARIKAT

Wira Bukit Gantang berdoa agar DYMM Sultan Selangor selamat menjalani pembedahan injap jantung di Standford University Medical Centre, California pada Ahad ini.
Semoga Paduka Sultan Selangor cepat sembuh dan segera kembali ke tanah air tercinta ini.

PENYAKIT SELESEMA BABI...KEMENTERIAN KESIHATAN AMBIL SERIUS.

Oleh: Pemikir - MM

Penyakit selesema babi ini bermula dari negara Mexico yang sangat hampir dengan California, USA. Kini Amerika Syarikat terutamanya penduduk-penduduk yang bersempadan dengan Mexico seperti Texas, California mulai gusar dengan merebaknya kuman ini yang boleh dibawa oleh manusia. Ini satu fenomena yang ganjil dan perlu semua rakyat dalam dunia ini ambil berat.
Seorang doktor Indonesia dalam akhbar Strait Times 29 April 2009 mengatakan bahawa kuman penyakit ini mungkin satu-satunya yang dibuat oleh manusia dan kemudian dalam proses pengujian. Doktor ini hairan kenapa mesti manusia yang membawa kuman ini, mungkin kerana ini adalah yang dimakan. Tetapi beliau masih berharap bahawa saintis-saintis Barat dapat mencari antidot/vaksin yang sesuai. Beliau juga mengatakan bahawa kuman ini agak sukar hendak survive di negara-negara bersuhu tinggi atau Tropika.
Di Malaysia, Kerajaan mengambil berat perkara ini. Menteri berkenaan meminta semua termasuklah Jabatan-jabatan Kesihatan berwaspada terutamanya di sempadan-sempadan dan juga lapangan terbang dan pelabuhan. Langkah-langkah juga diambil untuk memeriksa babi-babi yang diternak di ladang-ladang seluruh Malaysia. Pemerhati percaya bahawa Kerajaan pandang serius perkara ini dan diharapkan bahawa apa yang disebut oleh doktor dari Indonesia itu bahawa kuman ini tidak mudah survive di negara Tropika.
Kita sama-sama berdoa agar kecelakaan ini berlalu segera supaya rakyat dunia tenang kembali.

LAWATAN SULUNG TPM KE KUCHING...POSITIF

Oleh: Pemikir - MM

Lawatan sulung Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kuching pada 29-30 April 2009 dipenuhi dengan agenda-agenda padat disediakan oleh kerajaan negeri. TPM yang ditemani oleh Dato' Seri Shafie Afdal, Naib Presiden UMNO dan juga Menteri KPLW mengambil kesempatan untuk menziarah Allahyarham Puan Seri Laila Taib yang meninggal dunia pada petang Rabu, 29 April 2009. Lawatan demikian dianggap positif dan sekali gus mengukuhkan lagi hubungan Kuala Lumpur dan Kuching terutamanya dalam konteks BN/UMNO.
Pemerhati berpendapat bahawa lawatan TPM ke Kuching sangat tepat pada masanya terutamanya Sarawak akan mengadakan pilihan raya negerinya kelak. Ini memberi peluang TPM melihat sendiri tahap pembangunan yang berlaku di Sarawak di samping mendapat maklumat terbaru mengenai infrastruktur-infrastruktur yang diperlukan bagi mengatasi masalah rakyat termasuklah banjir yang dihadapi oleh penduduk Kampung Samariang Batu, dekat Kuching.
Adalah diharapkan bahawa lawatan sedemikian akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan rakyat serta pengundi pasti memandang positif kepada keprihatinan pemimpin-pemimpin pusat yang turun ke padang.

LAWATAN YAB PM KE INDONESIA DAN BRUNEI MEMBAWA RAHMAT.

Oleh: Pemikir - MM

Lawatan YAB Perdana Menteri ke Brunei mulai 29-30 April 2009 merupakan lawatan sulung ke negara itu sejak dilantik menjadi Perdana Menteri. Sebelum ini YAB PM telah melawat Indonesia dan menemui rakan ASEAN iaitu Presiden Susilo Bambang Yudhuyono (SBY).Lawatan ke Indonesia adalah pertama bagi Perdana Menteri kerana Indonesia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Malaysia.
Negara yang mempunyai 230 juta penduduk dan 17 ribu pulau adalah dianggap penting dan strategik. Malaysia mempunyai hubungan yang luar biasa di Indonesia dari banyak segi tetapi yang penting sekali Malaysia-Indonesia mempunyai sempadan darat yang paling panjang sekali khasnya di Kalimantan. Juga Malaysia berkongsi sempadan laut menjangkau dari Pulau Natuna, dalam kawasan Lautan China, juga di sekitar Pulau Ambalat di sebelah Timur Sabah dan sepanjang Selat Melaka. Hubungan Malaysia-Indonesia sangat konkrit dan sebenarnya menjadi lebih akrab selepas Konfrontasi.Hubungan Malaysia dengan Brunei pula tidak kurang akrabnya lebih-lebih lagi Malaysia-Brunei berkongsi sempadan di darat dan di laut.
Kedua negara ini mempunyai kebudayaan yang sama yang terletak di dalam kawasan Nusantara di mana suatu masa dulu kepunyaan orang-orang keturunan Melayu. Brunei satu negara yang sangat berpegang kepada tradisi dan kebudayaan Melayu yang sangat mantap, juga disegani oleh negara-negara jiran. Sebagai negara kaya dengan hasil minyak, Brunei sentiasa prihatin tentang permasalahan yang dihadapi oleh Kuala Lumpur.
Wira mengalu-alukan lawatan YAB PM ke dua-dua negara ini yang satu rumpun sebelum membuat lawatan ke negara-negara jiran yang lain dalam masa terdekat. Semoga hubungan Malaysia dengan kedua-dua negara yang kaya dengan sumber-sumber alam akan mengukuhkan kehidupan tiap rakyat dalam rantau ini.

JASA-JASA ALLAHYARHAM PUAN SERI LAILA TAIB SENTIASA DIKENANG...AL-FATIHAH

Oleh: Pemikir

Wira rasa terkejut apabila diberitahu mengenai pemergian Allahyarham Puan Seri Laila Taib isteri kepada Tan Seri Mahmud Taib, Ketua Menteri Sarawak yang dicintai rakyat Sarawak. Pemergian Puan Seri Laila setelah mengidap penyakit barah sangat dirasai kerana Puan Seri sangat prihatin kepada kebajikan warga Sarawak dan lebih besar daripada itu terhadap mereka-mereka yang baru memeluk agama Islam. PERKIM pasti merasa kehilangan Puan Seri kerana Tan Seri juga merupakan ketua utama PERKIM Nasional.
Jasa Puan Seri sangat terserlah apabila beliau telah menjadikan kanak-kanak Bosnia Islam dalam program anak angkat Sarawak. Kini kanak-kanak itu sudah menjadi remaja yang terurus segi kebajikan dan juga pembelajaran mereka. Wira pernah melihat remaja-remaja Bosnia ini mengerjakan solat Jumaat di Masjid Kuching dan ini merupakan satu kegiatan Puan Seri yang sangat disukai oleh Rasul dan Allah S.W.T.
Wira mendoakan roh Puan Seri Laila Taib dibawa ke semulia-mulia tempat yang disediakan oleh Allah S.W.T untuk umat yang sentiasa bersyukur dan bertakwa kepada-NYA.

Wednesday, April 29, 2009

Berjuta Rakyat Thailand Tengok Anwar Ibrahim Diurut 'Live' Dalam TV


Oleh: SULAIMAN AKHLAKEN (http://www.malaysia-instinct.com/)

Ramai yang tidak tahu, sewaktu kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru-baru ini, Anwar sempat 'cilok' ke Bangkok untuk menjadi tetamu rancangan televisyen di Channel 9 negara itu.
Tapi yang penulis tak tahan tu, dalam program bual bicara dengan Channel 9 itu, Anwar siap menerima pelawaan host program tersebut untuk diurut oleh seorang jejaka. Oh tidak!!!!
Memang Anwar tidak berbogel, tetapi mengizinkan dirinya divideokan dalam keadaan baring sambil tersenyum kerana 'syok' diurut memang ternyata memalukan kita sebagai rakyat Malaysia.

Apatah aksi tersebut boleh disaksikan berjuta rakyat negara Gajah Putih berkenaan!
Lebih memalukan, Anwar siap boleh tersengih-sengih depan kamera sambil memuji-muji jejaka si tukang urut tersebut kerana berjaya melakukan 'tugasnya' dengan begitu cemerlang, pergh!!!!

Dek kerana terlalu seronok diurut, Anwar terlupa yang dia sebenarnya telah 'mengotori' dirinya yang selama ini dianggap pemimpin Islam, pemimpin reformasi dan pemimpin masa depan rakyat Malaysia.

Ternyata banyak bermain sandiwara mengenai tingkah lakunya sebagai pemimpin.
Banyak topeng yang dipakainya hingga setengah orang menjadi keliru dan tidak tahu apakah dia seorang pejuang nombor wahid ataupun seorang homoseks yang menggerunkan rakyat.
Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamads telah menyatakan alasan pemecatannya namun Anwar tetap berdegil dan menganggap dirinya bersih lagi bersih, putih lagi putih dari sabun Fab.

Dia mengatakan itu semua fitnah, suatu konspirasi yang didalanginya Mahathir kerana Mahathir takut kepadanya. Kononnya dia kini sudah menjadi duri dalam daging kepada Mahathir dan kroni-kroni Mahathir.

Kita faham mengapa Anwar berhempas-pulas menafikan dia seorang homoseks.
Dia berhak untuk menafikannya kerana sekiranya benar dia akan tersisih dari arus sejarah dan akan diketepikan oleh orang Melayu dan Islam sebagai pemimpin mereka.

Dia tahu sejarah kehancuran kaum Lut dalam al-Quran. Dia juga sedar bahawa orang Melayu tidak akan menerimanya lagi sebagai pemimpin mereka. Malaysia bukan Amerika Syarikat.
Melayu bukan masyarakat Barat yang menghalalkan homoseksualiti.
Dia juga mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang akan menanggung segala kesengsaraan batin sekiranya dia benar-benar seorang homoseksual.
Di manakah dia akan meletakkan mukanya kalau anak-anaknya mengetahui segala rahsia hubungan sejenis itu?

Isterinya yang setia 1000% juga akan menghadapi tekanan jiwa yang parah kalau suami yang tercinta rupa-rupanya mempunyai hubungan sulit dengan berbagai-bagai lelaki seola-olah dia sebagai isteri dan wanita tidak lagi menimbulkan keghairahan yang melemaskan.
Penulis percaya tak lama lagi akan tersebarlah rakaman video ini, namun seperti biasa, Anwar yang cukup hebat dalam bab 'menepis dan menangkis' akan menggunakan segala kudrat dan keupayaannya untuk mengjustifikasi adegan urut tersebut.

Tak mengapalah, dia mungkin SELAMA ini boleh menipu rakyat tetapi percayalah rakyat tidak akan SELAMANYA ditipu oleh manusia bernama Anwar Ibrahim ini.

Penulis berharap sangat janganlah Anwar menjadi Perdana Menteri kita suatu hari nanti.
Takut tak pasal-pasal industri rumah urut akan terhalal dengan sendirinya di bumi bertuah ini, takutnyeeeeeeee.

Tuesday, April 28, 2009

Satu Malaysia Ke Arah Kekitaan Dan Bersama-Sama Memajukan Negara......YAB PM

Satu Malaysia bukanlah satu perkara yang baru. Ia merupakan kesinambungan yang telah wujud sejak almarhum Tunku Abdul Rahman yang telah berjaya memajmukkan masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia. Malaysia merupakan satu negara berjaya mempunyai banyak pencapaian sejak 50 tahun merdeka.
YAB Dato' Sri Perdana Menteri mengingatkan hadirin dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 pada 28 April 2009, bahawa detik buruk 13 Mei 1969 hendaklah diamati dan ia merupakan permulaan semua rakyat Malaysia menerima kemajmukan Malaysia adalah hakikat atau realiti kita tidak dapat elakkan.
Satu Malaysia...Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, merupakan teras untuk memacu Malaysia terus ke hadapan berpegangkan Perlembagaan dan Rukun Negara. Dengan cara ini kerajaan akan dapat wujudkan satu masyarakat majmuk tanpa kelas dan tidak tercicir dalam arus pembangunan di samping menjamin hak masing-masing.
Satu Malaysia ini juga bertujuan untuk memupuk perasaan kekitaan dan bersama-sama mengukuhkan kerajaan dan negara. Ia juga membolehkan kerajaan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat yang juga digalakkan dalam Islam. YAB Dato' Sri mengingatkan kepada pesanan Nabi Muhammad S.A.W sebelum wafat melafazkan: "Umatku, Umatku, Umatku".
Kerajaan berazam bahawa ia akan sentiasa feel the pulse of the people sebagaimana yang dilakukan oleh Allahyarham Tun Razak yang tidak jemu-jemu turun ke padang, termasuk kampung-kampung, sawah dan bendang menemui tiap rakyat tidak mengira masa dan tempat. Dengan cara ini pemimpin akan dapat lebih memahami keadaan sebenarnya jika dibanding dengan mereka yang duduk di dalam bilik berhawa dingin membaca laporan sahaja.
YAB PM meminta semua pihak supaya memahami Satu Malaysia dengan lebih terbuka dan tidak tertakluk kepada garis-garis tertentu atau commandments. Setakat ini biarlah Satu Malaysia ini mempunyai strategic ambiguity supaya masing-masing mendefinasinya mengikut pemikiran yang terbuka masing-masing.

YAB PM Puji PM Imigresen Dan LHDN Kerana Cekap Dan Berkesan

Oleh: Pemikir
YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyeru kepada pegawai-pegawai awam dalam perkhidmatan kerajaan pada 28 April 2009 di PICC, Putrajaya supaya menghadapi cabaran-cabaran. Dari segi jangka pendek, rakyat sedang berdepan dengan tekanan dan kemelut ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia dan negara-negara lain. Keduanya ialah menangani segala keperitan hidup rakyat. Dari segi jangka panjang perkhidmatan kerajaan perlu melihat lebih jauh termasuklah membuat perubahan-perubahan berteraskan kreativiti dan inovasi di samping mencapai hasrat-hasrat dan tujuan-tujuan kerajaan yang lebih tinggi termasuklah melonjakkan kelompok rakyat mencapai pendapatan yang lebih tinggi.
YAB mengingatkan bahawa perkhidmatan awam perlu anjakan dalam memberi khidmat kepada rakyat kerana rakyat adalah mereka yang membayar cukai. Kita tidak memerlukan mereka yang hanya memanaskan kerusi atau seat warmers . Kita memerlukan mereka yang betul-betul berkhidmat demi prestasi perkhidmatan awam.
Ketiga, YAB Dato' Sri memberi contoh-contoh perkhidmatan kaunter dalam perkhidmatan awam yang berjaya seperti Imigresen yang telah dapat mengeluarkan pasport antarabangsa dalam masa tiga hingga enam jam. LHDN juga berjaya mengutip cukai bagi 2008 berjumlah RM90 bilion selepas diwujudkan e-filing. YAB percaya bahawa birokrasi akan terus menjadi lebih licin dengan adanya PERMUDAH yang diketuai oleh Tan Sri KSN sendiri.

Perkhidmatan Awam Relevan Dulu Dan Sekarang.........YAB Perdana Menteri

Oleh: Pemikir

YAB Perdana Menteri dalam ucapan sulungnya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 (MAPPA X) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana dapat menjalankan proses peralihan kuasa kepada YAB dengan baik dan jayanya. YAB juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tan Sri KSN dan Tan Sri KPPA kerana berjaya mengadakan majlis yang dihadiri oleh begitu ramai pegawai-pegawai awam dari seluruh Malaysia. Kehadiran ini menunjukkan bahawa mereka bersama-sama akan merealisasikan cita-cita murni dan aspirasi kerajaan yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinetnya.
YAB Dato' Sri mengaku perkhidmatan awam merupakan tunjang kepada kekuatan kerajaan semenjak ditubuhkan lima dekad dahulu.
Semasa Malaysia menghadapi peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN untuk menstabilkan dan memulihkan demokrasi. Proses ini telah dapat dizahirkan kerana dengan bantuan mantap yang diberi oleh perkhidmatan awam. YAB Dato' Sri tidak lupa kepada khidmat pegawai-pegawai tertinggi kerajaan yang telah lama bersara atau pergi, di atas khidmat mereka kepada negara ketika itu.
Kini bak kata pepatah sekali bah, sekali pantai berubah, maka perkhidmatan awam perlu memainkan tugas dan peranan yang berbeza supaya mereka bertambah relevan kepada pembangunan negara.

KSN seru Pegawai-pegawai Awam Sama-Sama Membangunkan Negara

Oleh: Pemikir
Tan Sri KSN dalam ucapan aluannya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 (MAPPA X) di PICC, Putrajaya 28 April 2009 memaklumkan dewan yang penuh sesak dan melimpah ruah, turut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri mengatakan bahawa pegawai-pegawai kerajaan memberi keutamaan kepada pembangunan negara. Tan Sri mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana sudi hadir ke majlis ini berdepan dengan semua lapisan penjawat kerajaan termasuk PTD, PDRM, ATM, TLDM, LHDN, RELA, Imigresen, Kastam, Penerangan dan lain-lain lagi.
Beliau menyeru pegawai kerajaan untuk sama-sama memberi khidmat cemerlang dengan iltizam yang tinggi kepada misi dan visi YAB Perdana Menteri terutamanya 1 Malaysia...Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Setiap pegawai kerajaan perlu mengamalkan pendekatan mesra rakyat, berprihatin, cekap, berintegriti dan berkesan terutamanya dalam menghadapi cabaran-cabaran dan tekanan-tekanan ekonomi global yang ada impak bercampur-campur di rantau Asia amnya dan Malaysia khususnya.