Thursday, April 30, 2009

LAWATAN YAB PM KE INDONESIA DAN BRUNEI MEMBAWA RAHMAT.

Oleh: Pemikir - MM

Lawatan YAB Perdana Menteri ke Brunei mulai 29-30 April 2009 merupakan lawatan sulung ke negara itu sejak dilantik menjadi Perdana Menteri. Sebelum ini YAB PM telah melawat Indonesia dan menemui rakan ASEAN iaitu Presiden Susilo Bambang Yudhuyono (SBY).Lawatan ke Indonesia adalah pertama bagi Perdana Menteri kerana Indonesia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Malaysia.
Negara yang mempunyai 230 juta penduduk dan 17 ribu pulau adalah dianggap penting dan strategik. Malaysia mempunyai hubungan yang luar biasa di Indonesia dari banyak segi tetapi yang penting sekali Malaysia-Indonesia mempunyai sempadan darat yang paling panjang sekali khasnya di Kalimantan. Juga Malaysia berkongsi sempadan laut menjangkau dari Pulau Natuna, dalam kawasan Lautan China, juga di sekitar Pulau Ambalat di sebelah Timur Sabah dan sepanjang Selat Melaka. Hubungan Malaysia-Indonesia sangat konkrit dan sebenarnya menjadi lebih akrab selepas Konfrontasi.Hubungan Malaysia dengan Brunei pula tidak kurang akrabnya lebih-lebih lagi Malaysia-Brunei berkongsi sempadan di darat dan di laut.
Kedua negara ini mempunyai kebudayaan yang sama yang terletak di dalam kawasan Nusantara di mana suatu masa dulu kepunyaan orang-orang keturunan Melayu. Brunei satu negara yang sangat berpegang kepada tradisi dan kebudayaan Melayu yang sangat mantap, juga disegani oleh negara-negara jiran. Sebagai negara kaya dengan hasil minyak, Brunei sentiasa prihatin tentang permasalahan yang dihadapi oleh Kuala Lumpur.
Wira mengalu-alukan lawatan YAB PM ke dua-dua negara ini yang satu rumpun sebelum membuat lawatan ke negara-negara jiran yang lain dalam masa terdekat. Semoga hubungan Malaysia dengan kedua-dua negara yang kaya dengan sumber-sumber alam akan mengukuhkan kehidupan tiap rakyat dalam rantau ini.

No comments:

Post a Comment