Monday, June 15, 2009

KERAJAAN PERPADUAN



SUMBER : TINGKAT 6.COM

Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dalam ucapan perasmian Persidangan Muktamar PAS baru-baru ini antara lain telah memberi penekanan kepada aspek-aspek kepimpinan dan tanggungjawab masing-masing dalam melaksanakan ceramah Allah ke atas bahu masing-masing dengan menekankan kepada proses amanah dan bersih. Hal ini ekoran pendedahan Ketua Ulamak PAS Us. Mohamad Daud Iraqi sebelum menjelang pemilihan pimpinan dalam PAS.

Selain itu Tuan Guru Hj. Hadi Awang dengan terang-terangan memberi amaran kepada semua ahli PAS tanpa mengira kedudukkan bahawa mereka dilarang membuat kenyataan mengenai cadangan beliau berhubung Kerajaan Perpaduan, semua pihak mesti patuhi.

Kerajaan Perpaduan katanya mesti ditubuhkan di negara ini, memandangkan kedudukkan orang-orang Melayu khususnya makin hari makin tertekan keadaannya. Ucapan beliau disokong sepenuhnya oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Harun Din Al-Hafiz, malah Harun Din menekankan setiap ahli PAS tidak boleh melanggar segala arahan pimpinan PAS dalam apa jua sekalipun selama arahan Presiden itu tidak melanggari syarak, malah berdosa besar
melanggar arahan

pimpinan seperti firman Allah bermaksud “Taatlah Kamu Kepada Allah dan Rasul dan Pemerintah Di Kalangan Kamu”. Jelas arahan Presiden mengenai jangan membuat sebarang kenyataan yang bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Parti.

Dalam hal Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Hj. Hadi kita semua patut menyokong sepenuhnya kiranya bertempatan dengan saranan Al-Quran, justeru tidak ada sebab mengapa ahli PAS menyangah saranan Presiden PAS mengenai Kerajaan Perpaduan demi bangsa sendiri.

Islam menggalakkan Ukhuwah Islamiah antara satu sama lain dalam apa jua keadaan sekali pun asalkan tidak bercanggah dengan hukum-hukum Allah. Bagi lain-lain parti politik seharusnya menerima cadangan ini pada dasarnya. Selepas itu semua pihak mesti duduk semeja membincangkan tentang mikanisme pendekatan yang sepatutnya jika mikanisme diputuskan maka satu tuntutuan agama telah dapat diselesaikan, seterusnya ianya akan membawa kepada kekuatan kepada negara, juga ianya selaras dengan slogan yang dizahirkan oleh YAB. Perdana Menteri iatu 1 Malaysia.

1 Malaysia merupakan wahdatu al-shaf dari segi fizikal, amalan, pelaksanaan untuk mencapai satu matlamat “Wawasan 2020” inilah yang dimaksudkan dengan wahdatu al-shaf dan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS.

No comments:

Post a Comment