Thursday, June 4, 2009

MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK

SUMBER : TINGKAT 6.COM

Kebelakangan ini PAS makin ghairah menggunakan masjid dan mimbar untuk menyebarkan dakyah dan ideologi sempit mereka semata-mata untuk kepentingan politik. Hal ini amat jelas dan amat ketara bila mana kita solat di masjid-masjid di negeri-negeri di perintah oleh PAS dan PKR, yang peliknya para imam/khatib di hari jumaat mengambil kesempatan melalui Khutbah Jumaat mereka untuk melemparkan tuduhan-tuduhan kepada pihak lawan iaitu kerajaan BN kononnya tidak Islamik, tidak adil , zalim , rasuah dan banyak lagi, sedangkan Khutbah Jumaat merupakan rukun-rukun iaitu merupakan perkara yang patut diutamakan ianya perlu diisi dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang boleh menyedarkan ahli jumaat yang hadir, bukannya di isi dengan maki-hamun kepada mereka yang dianggap musuh. Apakah para khatib tidak sedar hal ini? atau tak tahu hukum hakam, kalau begitu belajarlah jangan pandai baca khutbah semata-mata yang peliknya pemimpin PAS, PKR turut menyokong perbuatan jahiliah moden itu.

Kemuliaan Islam, agama dan institusi masjid tidak dipedulikan lagi oleh pimpinan parti Islam itu sendiri. Mereka yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat jumaat yang merupakan fardu ain kepada setiap mukalaf, jika isi kandungan Khutbah Jumaat pada hari itu tidak diisi dengan nasihat bagi menyedarkan yang hadir jumaat pada hari itu, apa jadi dengan jumaatnya? lebih-lebihlagi yang hadir jumaat pada hari itu terdiri dari pelbagai latar belakang fahaman politik, justeru mungkin boleh membawa kepada kebencian, kegelisahan yang akhirnya memecah belahkan masyarakat setempat.

YAB Dato’ Nik Aziz sendiri yang menyokong para imam yang menggunakan mimbar masjid untuk berkempen bagi menyedarkan yang hadir bahawa betapa pentingnya mereka menyokong perjuangan PAS dalam mana-mana pilihanraya yang diadakan demi tanggungjawab terhadap agama. Seruan seperti sudah bertentangan dengan asas agama Islam itu sendiri. Nik Aziz sudah menggunakan nama beliau sebagai Pak Guru untuk mengelirukan masyarakat dengan pentafsiran dengan Islam.

Pimpinan PAS patut sedar masjid merupakan rumah Allah, melalui masjid-masjid dapat menyatupadukan masyarakat bukannya memecah belahkan masyarakat. Pimpinan PAS bercakap untuk menegakkan Islam tetapi pendekatan untuk mencapai matlamat tidak cara Islam cara kafir......

No comments:

Post a Comment