Thursday, June 11, 2009

KUKUHKAN BAHASA KEBANGSAAN

SUMBER : TINGKAT 6.COM

Jika kita ingin melihat “1 Malaysia” yang telah diwawarkan oleh Perdana Menteri sebaik sahaja memegang tampuk pemerintahan, maka selain dari ciri-ciri yang telah dihuraikan ada baik kiranya satu lagi, ciri perlu dititik beratkan oleh pihak berkuasa bagi membantu menjayakan konsep “1 Malaysia” iaitu memperkasakan Bahasa Kebangsaan.

Bahasa Kebangsaan boleh diperkasakan dikalangan warganegara iaitu Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) hendaknya mengadakan atau menganjurkan siri latihan seminar dan lain-lain bagi tujuan memperkukuhkan Bahasa Kebangsaan kepada para guru bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah persendirian Cina dan India.

Selain itu “1 Malaysia” juga boleh dicapai dengan cara pihak menguatkuasakan penggunaan Bahasa Kebangsaan dengan cara menyeluruh di semua peringkat lebih-lebih lagi peringkat permulaan persekolahan, setiap warganegara seharusnya mengutamakan Bahasa Kebangsaan, disamping bahasa ibunda masing-masing.

Dikalangan pucuk pimpinan juga seharusnya menggunakan Bahasa Kebangsaan dalam majlis-majlis rasmi samada di peringkat kebangsaan atau di peringkat nasional, jika ini boleh dilakukan maka rakyat akan rasa bangga dengan pimpinan mereka. Cuba kita lihat para pemimpin Arab menggunakan bahasa mereka sehingga ke peringkat berucap di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, mereka tahu bahasa Inggeris tetapi mereka tidak menggunakannya. Dengan cara ini Bahasa Kebangsaan akan dapat diperkukuhkan dan akan terkenal di persada dunia, tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan di majlis-majlis rasmi bererti kita tidak maju atau pun kita dipandang hina. Cuba kita ingat kembali Adam Malik dari Indonesia semasa berucap di perhimpunan di Bangsa-Bangsa Bersatu selalu menggunakan bahasa Indonesia, sedangkan beliau mahir dan boleh bertutur dalam 6 bahasa termasuk Bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment