Showing posts with label PRK Bukit Gantang. Show all posts
Showing posts with label PRK Bukit Gantang. Show all posts

Saturday, April 4, 2009

SURAT LAYANG CUBA MEMFITNAH ISMAIL SAFFIAN


Wira:

Hari ni hampir kesemua kawasan Bukit Gantang telah menerima surat layang untuk mejejaskan kepimpinan calon BN. Dah terang lagikan bersuluh.... surat ni sememangnya adalah fitnah. Nampaknya pihak pembangkang dah mula menggunakan teknik kotor demi mencapai hasrat dihati... Adakah ini yang rakyat khususnya pengundi BukitaGantang hendaki... Pilihlah calon yang sesuai demi aspirasi rakyat bukan menyusahkan rakyat dengan ceta karut marut dari pihak yang tak bertanggungjawab... dah la nak ajar rakyat menderhaka ni ajar pula rakyat memfitnah....

Thursday, April 2, 2009

NIZAR - PELIK TAPI SEMAK

Pengundi-pengundi perlu mengetahui mengenai calon yang bertanding. Calon lawan yang bertanding adalah Nizar, mantan MB Perak. Semenjak masuk politik sebagai calon PAS dan menang dalam PRU 12, beliau berjaya membentuk majoriti untuk diterima Paduka Sultan, mewujudkan kerajaan Perak.
Sebagai ketua negeri, sebelum disingkirkan kerana hilang majoriti, Nizar telah dihebahkan melakukan beberapa perkara yang luar biasa serta sukar dipercayai.
Diantara lain, beliau telah membeli sebuah rumah berharga RM600 ribu. Ini tersebar dalam internet untuk dilihat oleh pengunjung. Dari internet, hebat sungguh rumah yang dibeli itu.

Tuesday, March 31, 2009

UNDI DENGAN BETUL JANGAN IKUT HATI - PENGUNDI MELAYU BUKIT GANTANG


Wira:
Artikel di atas telah dihasilkan oleh pembaca Utusan Malaysia dan disiarkan pada 31 Mac 2009. Artikel Norhisyam CUKUP dan MAMPU membuka MATA ORANG MELAYU di BUKIT GANTANG. Untuk tatapan semua PENGUNDI BUKIT GANTANG! INGATLAH
Buat Pilihan Betul pada 7 April
Sesat DULU Pendapatan
Sesal Kemudian Tiada Gunanya

Monday, March 30, 2009

NIZAR ADALAH ADUN, BUKAN MB

Pada hari pencalonan 29 Mac 2009, Nizar telah mengatakan kepada SPR beliau adalah ADUN. Ini adalah jawatan yang dimasukkan ke dalam borang.
Dalam keadaan biasa, beliau mengatakan dia masih lagi MB. Di sini sudah jelas ada kontradiksi maklumat yang jika dikupas Nizar ini selama ini bukanlah MB tetapi ADUN biasa. Sepatutnya, beliau ini perlu dibatalkan sahaja pencalonan kerana memberi maklumat yang tidak jelas. Dari kaca televisyen tempatan, kelihatan ada yang protes tentang perbezaan ini. Ini menunjukkan bahawa Nizar tidak konsisten.
Analis-analis politik berpendapat bahawa Nizar ini mempunyai minda yang sangat kusut sehingga tidak dapat memberi pendirian yang tepat. Adakah pengundi inginkan pemimpin seperti ini dalam Parlimen? Sudah pasti ANDA perlu pikir 2 kali sebelum mengundi kerana beliau ini suka bertopeng-topeng.

AWAS, PAS WUJUDKAN SKUAD MENGINTAI DI BUKIT GANTANG

Oleh : Pemikir
Jentera PAS telah mewujudkan satu skuad pengintai di Bukit Gantang. Tujuannya adalah untuk mengintai orang-orang PAS yang cuba cabut lari masuk Barisan Nasional. Skuad ini membuat rondaan serupa seperti skuad yang mengintai perangai wanita-wanita Iran di Tehran pada zaman Khomenei selepas menumbangkan Shah Pahlevi.
Skuad ini juga bergerak dengan motosikal mengintip dan mencari salah orang. Kerja seperti ini patut dibuat oleh badan tertentu bukannya skuad yang tidak bertauliah.
Pemerhati berpendapat mansuhkan sahaja skuad karut ini kerana ini hanya memaparkan bahawa PAS tidak percaya pada diri sendiri. Apa yang di buat oleh skuad ini akan memakan diri sendiri.

UST IDRIS SEPATUTNYA CALON MUTLAK DI BUKIT GANTANG, BUKANNYA NIZAR

Oleh: Pemikir
Orang-orang PAS di Bukit Gantang tidak berpuas hati dengan pemilihan Dato' seri Nizar sebagai calon PAS di Bukit Gantang. Mereka berhujah bahawa Nizar bukan anak tempatan kerana ada yang lebih layak lagi untuk menjadi calon. Beliau ialah Ust Idris ahli PAS tempatan yang sudahpun diuar-uarkan untuk menjadi calon.
Kini hati Ust Idris seperti gelas jatuh ke lantai terus berkecai. Penyokong-penyokong beliau perlu bersikap sepi dan tidak mahu membuat sesuatu pun untuk Nizar.
Pemerhati berpendapat bahawa Nizar tidak prihatin dan sentiasa mementingkan diri sendiri. Beliau sudah berlebih-lebihan dalam mempolitikkan dirinya sendiri. Kononnya beliau adalah ukuran sehingga mengatakan bahawa pilihan raya kecil adalah seperti referendum bahawa beliaulah yang paling layak di Perak.
Pengundi-pengundi perlu ingat bahawa Nizar ini sudah mengambil tempat orang lain dan juga merupakan teman dalam PAS. Tak cukup mengatakan bahawa beliau ini masih MB, kini ambil kawasan orang pula.

Sunday, March 29, 2009

KEAKRABAN MAHATHIR DAN PAK LAH


Sumber: Utusan Mingguan 29 Mac 2009
Komen Wira:
Air dicincang takkan putus.
kiambang bertaut,
biduk berlalu,
carik-carik bulu ayam,
lambat laun bercantum jua.
Pemimpin Kita dah bersatu diharap Pengundi Bukit Gantang bijak dalam membuat pilihan kerana ANDA sedang mempertaruhkan MASA DEPAN ANDA dan GENERASI ANDA......PILIH LAH DENGAN BIJAKSANA; HANYA KERAJAAN BN mampu MEREALISASIKAN IMPIAN ANDA

NIZAR CALON DAP


Nizar merupakan pilihan calon DAP dan bukannya PAS. Ini dinyatakan sendiri oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham. Calon PAS yang dieprsetujui oleh Pesuruhjaya PAS Hadi Awang dan Musyidul PAS, YAB Dato' Nik Aziz ialah Ust. Idris bin Ahmad seorang anak tempatan Bukit Gantang. Jelas lagi nyata DAP menentukan segala-galanya. PAS BONEKA dan PAK TURUT kepada DAP. Mana dia slogan "Membangun Bersama Islam"...

KONCO-KUNCO NIZAR LEBIH SUKA BERASUAH

Oleh : Pemikir
Ahli-ahli EXCO di bawah Nizar di Perak mempunyai reputasi negatif. Semasa mereka menjadi pembangkang dahulu mereka memfitnah ahli-ahli BN rasuah. Rupa-rupanya apabila mereka memerintah, mereka lebih rakus termasuk meluluskan lot-lot pembalakkan untuk diri mereka sendiri, membeli CAMRY untuk ego mereka, meluluskan tanah sehingga 999 tahun tanpa merujuk kepada Pusat.
Sifat demikianlah, tidak sesuai berada kepada pemimpin bagi negeri Perak. Mereka ini mengamalkan pendekatan MENGAUT berdasarkan kepada sifat haluba dan tamak kerana mereka tahu mereka tidak lama memerintah. Sebelum mereka tamat sebagai YB, mereka sapu dahulu apa yang ada dihadapan mata.
Pemerhati berpendapat bahawa Nizar dan kunco-kunconya yang terdiri daripada DAP memang sesat dan gelojoh sehingga ada yang sudah terperangkap kerana pekerjaan jahat mereka.
Dinasihatkan pengundi-pengundi bijak mengundi kerana Nizar ini adalah musang berbulu ayam.

MASJID TAIPING, MASJID PENGKALAN AUR, MASJID IKHWANIAH SIMPANG DISALAHGUNAKAN OLEH PAS

Oleh : Pemikir
Orang PAS masih berdegil tidak mahu mengalah... terus menggunakan Masjid Taiping, Masjid Simpang dan Masjid Pangkalan Aur dan Masjid Ikhwaniah Simpang untuk membuat kerja-kerja bukan Islam seperti mengutuk pemimpin-pemimpin Melayu dan orang-orang Perak.
Ahli-ahli jawatankuasa Masjid yang terdiri daripada mereka yang berminda PAS tidak akur kepada ajaran Islam dan dari dulu lagi menegah orang mempolitikkan masjid. Semua pengundi-pengundi di Bukit Gantang dikehendaki memaklumkan kepada Jabatan dan blog ini mana-mana masjid dan nama-nama mereka yang degil menyalahgunakan masjid.

TAATILAH PEMERINTAH - NIK AZIZ


SENARIO POLITIK PERAK




Saturday, March 28, 2009

Masjid-Masjid di Bukit Gantang dieksploitasi oleh calon PAS.... AWAS!!!!

Calon dan penyokong PAS kawasan parlimen Bukit Gantang didapati menyalah gunakan Masjid-Masjid untuk berpolitik. Mereka tiada segan mengeksploitasi masjid untuk menabur fitnah dan memutar belitkan cerita untuk meraih sokongan cara haram yang tidak bermaruah.
Dari kajian yang dibuat PAS, telah menggunakan masjid Taiping, Masjid Pangkalan Pauh, Masjid Ikhwaniah Simpang untuk menguar-uarkan aktiviti calon PAS.
Pemerhati berpendapat bahawa Majlis Hal Ehwal Agama Negeri Perak, perlu bersikap tegas dan mengambil tindakan supaya masjid-masjid tidak disalah gunakan oleh calon PAS. Sekiranya perkara ini tidak ditangani oleh perak maka ia akan berlanjutan sehingga mukmin terus didedahkan kepada tipu daya syaitan.