Monday, March 30, 2009

UST IDRIS SEPATUTNYA CALON MUTLAK DI BUKIT GANTANG, BUKANNYA NIZAR

Oleh: Pemikir
Orang-orang PAS di Bukit Gantang tidak berpuas hati dengan pemilihan Dato' seri Nizar sebagai calon PAS di Bukit Gantang. Mereka berhujah bahawa Nizar bukan anak tempatan kerana ada yang lebih layak lagi untuk menjadi calon. Beliau ialah Ust Idris ahli PAS tempatan yang sudahpun diuar-uarkan untuk menjadi calon.
Kini hati Ust Idris seperti gelas jatuh ke lantai terus berkecai. Penyokong-penyokong beliau perlu bersikap sepi dan tidak mahu membuat sesuatu pun untuk Nizar.
Pemerhati berpendapat bahawa Nizar tidak prihatin dan sentiasa mementingkan diri sendiri. Beliau sudah berlebih-lebihan dalam mempolitikkan dirinya sendiri. Kononnya beliau adalah ukuran sehingga mengatakan bahawa pilihan raya kecil adalah seperti referendum bahawa beliaulah yang paling layak di Perak.
Pengundi-pengundi perlu ingat bahawa Nizar ini sudah mengambil tempat orang lain dan juga merupakan teman dalam PAS. Tak cukup mengatakan bahawa beliau ini masih MB, kini ambil kawasan orang pula.

No comments:

Post a Comment