Monday, March 30, 2009

NIZAR ADALAH ADUN, BUKAN MB

Pada hari pencalonan 29 Mac 2009, Nizar telah mengatakan kepada SPR beliau adalah ADUN. Ini adalah jawatan yang dimasukkan ke dalam borang.
Dalam keadaan biasa, beliau mengatakan dia masih lagi MB. Di sini sudah jelas ada kontradiksi maklumat yang jika dikupas Nizar ini selama ini bukanlah MB tetapi ADUN biasa. Sepatutnya, beliau ini perlu dibatalkan sahaja pencalonan kerana memberi maklumat yang tidak jelas. Dari kaca televisyen tempatan, kelihatan ada yang protes tentang perbezaan ini. Ini menunjukkan bahawa Nizar tidak konsisten.
Analis-analis politik berpendapat bahawa Nizar ini mempunyai minda yang sangat kusut sehingga tidak dapat memberi pendirian yang tepat. Adakah pengundi inginkan pemimpin seperti ini dalam Parlimen? Sudah pasti ANDA perlu pikir 2 kali sebelum mengundi kerana beliau ini suka bertopeng-topeng.

No comments:

Post a Comment