Monday, March 30, 2009

AWAS, PAS WUJUDKAN SKUAD MENGINTAI DI BUKIT GANTANG

Oleh : Pemikir
Jentera PAS telah mewujudkan satu skuad pengintai di Bukit Gantang. Tujuannya adalah untuk mengintai orang-orang PAS yang cuba cabut lari masuk Barisan Nasional. Skuad ini membuat rondaan serupa seperti skuad yang mengintai perangai wanita-wanita Iran di Tehran pada zaman Khomenei selepas menumbangkan Shah Pahlevi.
Skuad ini juga bergerak dengan motosikal mengintip dan mencari salah orang. Kerja seperti ini patut dibuat oleh badan tertentu bukannya skuad yang tidak bertauliah.
Pemerhati berpendapat mansuhkan sahaja skuad karut ini kerana ini hanya memaparkan bahawa PAS tidak percaya pada diri sendiri. Apa yang di buat oleh skuad ini akan memakan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment