Monday, April 6, 2009

Anwar Buat Gimik Di Sungai Petani

Adora:
Ekoran gagal menarik perhatian penyokong PKR untuk hadir mendengar ceramahnya secara besar-besaran, Anwar Ibrahim menguar-uarkan bahawa beliau ada pengumuman penting yang ingin dilaksanakan demi kebajikan penyokong-penyokongnya.
Maka para penyokongnya pun hadir untuk mendengar ceramahnya di Sungai Petani, malam tadi kerana mereka begitu teruja untuk mengetahui apakah pengumuman penting tersebut. Walau bagaimanapun majlis ceramah beliau itu hanya berjaya menarik kira-kira 1,500 orang penyokong PKR.
Namun berita yang ditunggu-tunggu langsung tidak diumumkan oleh Anwar sehingga selesai majlis. Sebaliknya beliau menyatakan bahawa pengumuman itu akan dibuat selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai (sesuatu yang belum pasti).
Gimik Anwar ini benar-benar mengecewakan para penyokongnya. Beliau sanggup membuat taktik 'bodo' semata-mata untuk menarik perhatian masyarakat. Jelas menunjukkan Anwar Ibrahim semakin takut dengan kemaraan dan kebangkitan baru parti BN yang semakin menyerlah dan meniti di bibir rakyat.

Dr. M di Bukit Gantang, Bukit Selambau hari ini

TAIPING 5 April - Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah esok, dijangka menyuntik semangat baru kepada jentera kempen Barisan Nasional (BN) di kedua-dua kawasan pilihan raya itu.

Sejak berita kemasukan semula negarawan itu ke dalam UMNO diumumkan, para pengundi sama ada penyokong BN mahupun pembangkang tertunggu-tunggu bilakah bekas Perdana Menteri itu akan turun padang.

"Justeru atas permintaan ramai, Dr. Mahathir akan turun berkempen di Bukit Gantang menerusi perjumpaan besar-besaran dengan rakyat di Jalan Taiping pada pukul 10 pagi esok.
"Ini akan diikuti pertemuan dengan pegawai-pegawai kerajaan di Kamal Lodge pada sebelah tengah hari. Selepas itu beliau akan terus ke Bukit Selambau, Kedah," kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersyukur selepas setahun meninggalkan parti, Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali akhirnya kembali ke pangkuan UMNO.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ibu bapa dan guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min dekat Simpang, di sini hari ini.

Dalam hal ini, beliau turut menolak tohmahan kononnya Dr. Mahathir akan cuba mempengaruhi pemerintahan negara di bawah kepimpinan baru termasuk menentukan barisan Kabinet Najib.
"Buat apa? Seperti mana ucapan sulung Najib sebagai Perdana Menteri, beliau telah menggariskan sendiri asas-asas pentadbirannya di bawah konsep 'Satu Malaysia'.

"Walaupun Dr. Mahathir memberikan pandangannya, ia sekadar pandangan berguna untuk mengukuhkan parti dan negara. Orang lain pun diajak menyumbang idea," katanya.
Tegas Muhyiddin, setahunya, bekas Perdana Menteri itu tidak mahukan sebarang jawatan dalam kerajaan dan penyertaannya semula ke dalam UMNO adalah bagi membantu menyumbangkan idea untuk memperkukuhkan parti dan negara.

Justeru dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri itu akan mempengaruhi pentadbiran kerajaan di bawah Najib selepas menyertai UMNO adalah dakwaan yang tidak berasas.
"Itu tuduhan pembangkang. Sudah tentu ia disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak seronok dengan peralihan kuasa dan kepimpinan negara (yang berjalan secara teratur)," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia (6 April 2009)

Kempen Kian Hangat

Polis beri jaminan keselamatan di tiga kawasan pilihan raya kecil

BUKIT GANTANG: Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Air, Sarawak bertambah sengit apabila parti yang bertanding berkempen habis-habisan termasuk mengatur strategi terakhir menjelang hari pengundian, esok. Beberapa kekecohan juga dilaporkan berlaku semalam hingga menghangatkan suasana, tetapi polis memberi jaminan keselamatan di tiga kawasan pilihan raya kecil itu terjamin tanpa sebarang insiden serius yang boleh menjejaskan proses demokrasi.
Dalam pada itu, Barisan Nasional (BN) mula memasang pemidang dan banting baru yang membawa slogan `Kepimpinan berwibawa, rakyat terbela' serta `Pembaharuan untuk kebaikan' - tambahan terhadap slogan sedia ada, iaitu `Mohon Restu Rakyat' serta 'Satu Impian, Satu Malaysia, Pilih BN'. Tinjauan Berita Harian mendapati pemidang itu turut menampilkan gandingan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta calon BN, Ismail Saffian. Pas pula menambah bendera dan pemidang lambang parti itu di beberapa tempat strategik dengan menggunakan slogan `Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat.'

Di SEPANG, Najib yang diminta mengulas hari terakhir berkempen menjelang pengundian esok berkata, BN akan memastikan semua janji yang dibuat kepada penduduk di tiga kawasan berkenaan, ditunaikan dan disempurnakan. "Apa yang kita tak nak ialah projek yang bersifat mi segera. Kalau projek itu betul-betul memberi manfaat kepada rakyat dan kita dah buat janji atau komitmen pada pilihan raya, maka kita tetap akan laksanakan. "Lebih daripada itu kejayaan dan kemenangan kita itu akan beri satu rangsangan yang amat bermakna kepada kerajaan dalam menangani segala-gala cabaran dari segi politik dan ekonomi," katanya ketika ditemui selepas menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, semalam. Sementara itu, Timbalan Presiden Umno yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengakui fasa terakhir kempen hari ini adalah saat kritikal dan genting.

"Kita menggandakan gerakan... bukan saja kempen dan operasi biasa tetapi jentera kita diperkukuhkan lagi. Kita harap mereka bekerja hingga selesai menemui semua pengundi dan memberi penjelasan beberapa perkara berbangkit yang memerlukan penjelasan," katanya selepas ceramah di Sekolah Kebangsaan Simpang di sini. Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya Kecil Pas, Asmuni Awi, berkata Pas memberi tumpuan terhadap kumpulan tertentu termasuk golongan tua yang dikenal pasti boleh mempengaruhi pengundi lain dalam kempen terakhirnya sebelum hari pengundian esok. "Mereka ada pengikutnya tersendiri dan perlu diyakinkan untuk menyokong Pas. Selain itu, kita akan berjumpa pengundi yang sedang sakit dan memerlukan bantuan," katanya.
Di SUNGAI PETANI, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, berkata semua jentera BN diarah membuat persiapan menyambut ketibaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan ke Bukit Selambau, hari ini. Dr Mahathir yang ditemui selepas perlumbaan F1 di Sepang, berkata beliau akan ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan berharap dapat memujuk pengundi menyokong BN. Mengenai kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau bukan faktor yang menakutkan, Dr Mahathir berkata: "Tidak juga... saya dengar mereka menyediakan telur busuk untuk baling saya. Tak apalah, kulit saya lebih tebal daripada Anwar."
Di LUBOK ANTU, calon BN di DUN Batang Air, Malcom Mussen Lamoh, berkata fasa terakhir kempen difokuskan di kawasan yang boleh dihubungi dengan jalan darat, terutama di Lubok Antu. Timbalan Pengarah Operasi BN bagi pilihan raya kecil berkenaan, Gerang Jubin, pula berkata pihaknya mempunyai beberapa strategi terakhir bagi menghadapi calon PKR, Jawah Gerang. PKR pula menyusun strategi untuk menggempur kubu kuat BN di Sebangki, Lubok Antu, Skarok, Kaong, Bertik dan Ensawang. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padungan dari PKR, Dominique Ng, berkata setakat semalam semua kawasan di DUN Batang Air sudah dilawati jentera PKR, kecuali Batu Bebini dan Tinting Lelang yang akan digempur hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia
******************************
TULIP:
Hari ini merupakan hari terakhir untuk parti yang bertanding berkempen. Parti yang bertanding di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air dilihat berkempen habis-habisan dan mengatur strategi terakhir untuk memastikan kemenangan berada di pihak mereka. Tulip mengharapkan hari pengundian pada 7 April berjalan dengan lancar dan tiada berlaku kekecohan. Polis akan memastikan keselamatan para pengundi terjamin. Selamat Mengundi.

Sunday, April 5, 2009

PPP Nafi Dakwaan 6,000 Ahlinya Sertai PKR

SUNGAI PETANI, 5 April (Bernama) -- Parti Progresif Penduduk (PPP) Kedah hari ini menafikan dakwaan penasihat Parti Keadilan Rakyat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya sebanyak 6,000 ahlinya telah menyertai PKR.Timbalan Pengerusi PPP Kedah K.Vadi Vellu berkata dakwaan Anwar itu disifatkan sebagai fitnah kerana kesemua 9,000 ahli PPP dari seluruh negeri Kedah masih setia dan aktif dalam jentera Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau.
Vadi Vellu yang juga Ketua PPP Bahagian Merbok berkata tindakan bekas pengerusi PPP Kedah Datuk M.Nadarajan bersama-sama lima anggota parti yang telah dipecat kerana masalah disiplin yang menyertai PKR tidak akan menjejaskan parti.
Nadarajan yang digugurkan daripada jawatannya oleh presiden PPP Datuk M. Kayveas merupakan seorang yang oportunis, kata beliau kepada pemberita di sini hari ini."PKR mengambil (Nadarajan dan) lima bekas ahli PPP yang bermasalah dan itu tidak mendatangkan masalah kepada PPP kerana kami ada lebih 9,000 ahli lagi," katanya. Semalam, Anwar dalam ceramahnya mengumumkan kononnya sebanyak 6,000 ahli PPP telah menyertai PKR yang diketuai oleh Nadarajan.-- BERNAMA
***********************************
SUNGGUH MEMALUKAN. ANWAR IBRAHIM MENIPU LAGI! KEADAAN MENDESAK MEMBUATKAN BELIAU HARU BIRU...

TOLAK NIZAR DI BUKIT GANTANG




Nizar tidak perlu dipilih di Bukit Gantang kerana:

1. Dia Mohon Derhaka kepada Sultan Perak.

2. Semasa menjadi MB Perak, dia jadi boneka DAP.

3. Dia team Erdogan yg pro Anwar yg disokong Zionis.

4. Dia luluskan tanah kepada Cina selama 999 tahun.

5. Dia bukan calon pilihan Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi calon pilihan Ngeh Kor Ham.

6. Dia bukan anak tempatan Bukit Gantang.

7. Dia tamak kuasa dan enggan serah kereta Camry. Tu baru kereta.

8. Dia lebih bertuankan Anwar Ibrahim daripada PAS, bermakna apa saja agenda pihak asing melalui Anwar©dia akan sokong.


9. Dia lebih suka mengajak rakyat berdemonstrasi, yg kena tangkap & sakit siapa?

10. Datuk Harussani, Mufti Perak memfatwakan Nizaradalah penderhaka. Siapa yg harus kita percayai antara kedua-dua pemimpin ini?

11. Nizar tidak sesuai jadi pemimpin sebab keras kepala,buktinya DYMM minta dia letak jawatan, dia degil dan gagal menurut kehendak Sultan. Macam mana kita nak tegur dia nanti?

Sabah derita bawah pembangkang

TAIPING 4 April - Kerajaan negeri Sabah menasihatkan pengundi di Parlimen Bukit Gantang supaya mengembalikan kuasa pemerintahan di kawasan itu kepada Barisan Nasional (BN) daripada pembangkang. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman (gambar) berkata, langkah itu sangat penting bagi memastikan rakyat di kawasan tersebut dapat menikmati agenda pembangunan lebih besar negara.

"Sabah pernah berada di bawah pembangkang selama hampir 10 tahun sekitar 1980-an hingga awal 1990-an dan hasilnya rakyat juga yang rugi kerana negeri ketinggalan dalam banyak hal.
"Selepas diambil alih oleh BN barulah Sabah mengecapi banyak pembangunan dan sebab itu kami tidak mahu penduduk di Perak mengalami nasib serupa," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Perak, Kuala Sepetang dekat sini hari ini.

Musa yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, memandangkan calon BN, Ismail Saffian adalah anak tempatan, maka ia adalah pilihan terbaik kerana lebih memahami masalah rakyat.
Jelas beliau, calon pihak pembangkang pula iaitu Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah orang luar dan mempunyai rekod pemerintahan yang tidak baik.

Katanya, sebelum ini, penduduk Sabah berasa cukup sedih melihat keadaan tidak stabil berlaku di Perak semasa di bawah pemerintahan pakatan pembangkang. "Sekarang kami bersyukur kerana Perak telah kembali dikuasai oleh BN. "Pengundi di Bukit Gantang perlu sedar bahawa pembangkang tidak mampu melaksanakan pembangunan seperti BN," ujarnya.

Katanya, ketika Sabah di bawah pembangkang, golongan bumiputera serta orang Melayu berasa terpinggir dan tertinggal kerana tidak mempunyai kuasa. Justeru, beliau percaya, perkara itu tidak akan berlaku di Perak dan mahu semua rakyat bersatu menyokong BN demi kebaikan bersama.
Sumber: Mingguan Malaysia (5 April 2009)

PAS MEMBANGUN BERSAMA DAP!

SUDAH-SUDAHLAH MENGGADAI AGAMA ISLAM WAHAI PAS...

PAS terus membeli pengundi Bukit Gantang!

Pas sedang mengedarkan risalah kempen fitnah mereka dan memberikan dadih kepada pengundi di dalam perkarangan Masjid Trong pada hari jumaat yang lalu.

Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih... terdapat maklumat terkini bahawa Pas kini terus membeli undi melalui perayu undi mereka. Menurut pengundi, Pas kini semakin berleluasa memberikan wang kepada pengundi atau rasuah atau politik wang ataupun istilah untuk menghalalkan tindakan mereka ialah derma.Terbaru, pengundi Melayu dan India di Ayer Terjun mengatakan mereka telah diberikan RM 100 oleh jentera PAS. Selain itu jentera PAS hari ini dilihat sedang memberikan toto dari rumah ke rumah di Peti Undi Ayer Terjun.

Manakala di Batu Hampar pula menawarkan RM 100 kepada pengundi jika mereka menaiki kenderaan mereka ketika hari pengundian.Rasanya eloklah selepas ni anggota SPRM boleh naik kereta perayu undi Pas ataupun ikut sekali perayu undi Pakatan Rakyat. Begitulah kejinya Pakatan Rakyat ini, mengatakan orang kotor tetapi mereka sendiri terpalit dengan 'taik' di badan mereka.
Mereka mengatakan UMNO dan BN rasuah tetapi mereka juga mengamalkan rasuah dan politik wang dan mereka sendiri membeli pengundi. Tolaklah mereka yang hipokrit, cakap tak serupa bikin, pengamal rasuah dan Pakatan Rakyat serta calon PAS...

Buku perempuan tidak bermoral dan rasuah RM100 Anwar kepada ahli hantu PPP

Sumber: Http://www.kpmu.net.com

Sehingga hari ini Elezebeth Wong masih disimpan sebagai Ahli dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan walaupun gambar beliau sebagai perempuan yang tidak bermoral semakin tersebar luas . Gambar beliau tersebar lagi di pilihan raya kecil Bukit gantang kerana ada sebilangan rakyat yang tidak berpuas hati dengan sikap PAS yang menyokong perbuatan perempuan yang tidak bermoral ini. Pas perlu menjawab mengapa mereka Nik Aziz , ulama Pas dan Muslimah Pas memepertahankan perempuan yang tidak bermoral ini. Buku mengenai perempuan tidak bermoral ini telah diedarkan di Bukit Gantang . Walaupun buku berkenaan tidak tertera nama penerbit tetapi ada pihak yang berkata buku ini dicetak dan diedarkan oleh ahli Pas sendiri dengan dua niat yang berbeza. Niat pertama , mengharapkan penyokong Pas tidak mengundi calon payung terjun yang diturunkan di Bukit Gantang kerana penyokong Pas tempatan mahukan kerusi itu ditandingi oleh anak tempatan.Niat yang kedua adalah , untuk dijadikan senjata untuk menuduh BN yang mencetak buku berkenaan. Sungguh licik permainan mereka setelah merasakan sokongan kepada parti berkenaan kian menurun ketika ini.

Elezebeth Wong yang dikatakan sebagai perempuan yang tidak bermoral dan dikaitkan juga dengan Ketua Penerangan Parti Keadilan Tian Chua . Tian Chua yang telah ke Taiwan bersama elizebeth Wong dan seorang lagi pemimpin muda Pas yang juga pergi ke Taiwan dengan seorang pemimpin wanita PKR . Pemergian mereka ke Taiwan sebenarnya tidak lebih sebagai bercuti kerana sewaktu mereka tiba di sana , semua MP BN telah pun meninggalkan Taiwan dan mereka terperangkap di Taiwan beberapa hari kerana lapangan terbang ditutup akibat ribut kencang yang melanda Taiwan. Keraguan terhadap Saifuddn dan Fauziah juga telah menjadi persoalan di kalangan ahli-ahli PAS dan PKR ketika ini.Menyokong PAS di Bukit Gantang seperti sama juga menyokong Elizebeth perempuan yang tidak bermoral ini.
Anwar rasuah RM 100 bagi setiap tanda tangan di kertas kosong .

Satu lagi isu yang menjadi hangat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau kini adalah apabila nilai ahli PKR hanyalah RM 100 .Hari ini Anwar mengumumkan seramai 6000 ahli PPP telah menyertai pakatan rakyat di kertas , sejauh manakah kebenarannya tidak lah pula diketahui. Apa yang berlaku di Bukit Gantang adalah mereka hanya diminta menandatangani kertas kosong dan akan dihadiahkan sebanyak RM 100 , Mereka hanya memberikan salinan Kad Pengenalan dan tandatangan sehelai kertas kosong , tak kira lah dari parti mana mereka bernaung dan mereka akan di hadiah kan dengan wang tunai sebanyak RM 100. seorang ahli MCA yang ditemui berkata , beliau dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan RM 100 ini kerana ianya bukan memberikan sebarang kesan kepada mereka. Ambil sahaja RM 100 , kami bukan ahli PPP. kami bukan mengundi mereka pun. Peluang untuk dapat duit free, ambil saja lah.

Gimik besar yang dilakukan oleh Anwar ini langsung tidak melemahkan BN , Mereka sebenarnya hanya mendapat seorang naib Presiden PPP dan yang lain yang keluar parti sebenarnya adalah ahli hantu PPP.Inilah cara orang yang terdesak dan sekiranya mana-mana kerusi PR dapat ditawan oleh BN , maruah Anwar akan tercemar dan beliau akan merasa malu kerana seperti yang kita ketahui Anwar sememangnya gerun dengan Perdana Menteri baru Malaysia. Anwar tidak mampu kalah dua pilihan raya kecil ini dan tidak kesah jika kalah di Batang Ai.

Pesuruhjaya Perak PAS Orang Bankrap

Sumber: Http://pemudapadangrengas.blogspot.com

Sehari semalam saya berada di Bukit Gantang saya rasa tak cukup buku untuk mencatit segala masalah di Perak semasa era pemerintahan Nizar Namrud. Ianya diceritakan oleh penduduk-penduduk setempat.Ada satu sumber yang sangat-sangat kukuh yang diterima oleh saya. Alangkah terkejut saya bila mendengar cerita ini.Pesuruhjaya PAS Perak USTAZ Ahmad Awang adalah seorang yang BANKRAP sebelum pilihanraya umum 2008.
Akibat BANKRAP itulah yang menyebabkan beliau TIDAK LAYAK BERTANDING dalam pilihanraya umum 2008,dan beliau TIDAK BERTANDING.Tetapi alangkah terkejut saya apabila diberitahu oleh sumber saya ini bahawa AHMAD AWANG sudah TIDAK BANKRAP lagi sekarang.Sungguh pelik bin ajaib dalam masa sebelas bulan sahaja PAS memerintah Perak Ahmad Awang boleh jelaskan segala hutang piutangnya dan mampu pulak beli sebuah kereta mewah.Dari mana Ahmad Awang dapat duit dalam masa yang singkat ?Anda fikirlah sendiri ?
Dan buat tafsiran sendiri ! Fikirlah sendiri ,kenapa mereka semua bersungguh-sungguh hendak mempertahankan pemerintahan boneka DAP. Semua nya pasal nak penuhkan poket sendiri. Harapkan SERBAN SEBESAR BAKUL diatas kepala tapi cakap tak serupa bikin. Bikin tak serupa cakap.