Sunday, April 5, 2009

PPP Nafi Dakwaan 6,000 Ahlinya Sertai PKR

SUNGAI PETANI, 5 April (Bernama) -- Parti Progresif Penduduk (PPP) Kedah hari ini menafikan dakwaan penasihat Parti Keadilan Rakyat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya sebanyak 6,000 ahlinya telah menyertai PKR.Timbalan Pengerusi PPP Kedah K.Vadi Vellu berkata dakwaan Anwar itu disifatkan sebagai fitnah kerana kesemua 9,000 ahli PPP dari seluruh negeri Kedah masih setia dan aktif dalam jentera Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau.
Vadi Vellu yang juga Ketua PPP Bahagian Merbok berkata tindakan bekas pengerusi PPP Kedah Datuk M.Nadarajan bersama-sama lima anggota parti yang telah dipecat kerana masalah disiplin yang menyertai PKR tidak akan menjejaskan parti.
Nadarajan yang digugurkan daripada jawatannya oleh presiden PPP Datuk M. Kayveas merupakan seorang yang oportunis, kata beliau kepada pemberita di sini hari ini."PKR mengambil (Nadarajan dan) lima bekas ahli PPP yang bermasalah dan itu tidak mendatangkan masalah kepada PPP kerana kami ada lebih 9,000 ahli lagi," katanya. Semalam, Anwar dalam ceramahnya mengumumkan kononnya sebanyak 6,000 ahli PPP telah menyertai PKR yang diketuai oleh Nadarajan.-- BERNAMA
***********************************
SUNGGUH MEMALUKAN. ANWAR IBRAHIM MENIPU LAGI! KEADAAN MENDESAK MEMBUATKAN BELIAU HARU BIRU...

No comments:

Post a Comment