Monday, April 6, 2009

Anwar Buat Gimik Di Sungai Petani

Adora:
Ekoran gagal menarik perhatian penyokong PKR untuk hadir mendengar ceramahnya secara besar-besaran, Anwar Ibrahim menguar-uarkan bahawa beliau ada pengumuman penting yang ingin dilaksanakan demi kebajikan penyokong-penyokongnya.
Maka para penyokongnya pun hadir untuk mendengar ceramahnya di Sungai Petani, malam tadi kerana mereka begitu teruja untuk mengetahui apakah pengumuman penting tersebut. Walau bagaimanapun majlis ceramah beliau itu hanya berjaya menarik kira-kira 1,500 orang penyokong PKR.
Namun berita yang ditunggu-tunggu langsung tidak diumumkan oleh Anwar sehingga selesai majlis. Sebaliknya beliau menyatakan bahawa pengumuman itu akan dibuat selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai (sesuatu yang belum pasti).
Gimik Anwar ini benar-benar mengecewakan para penyokongnya. Beliau sanggup membuat taktik 'bodo' semata-mata untuk menarik perhatian masyarakat. Jelas menunjukkan Anwar Ibrahim semakin takut dengan kemaraan dan kebangkitan baru parti BN yang semakin menyerlah dan meniti di bibir rakyat.

No comments:

Post a Comment