Sunday, March 29, 2009

HARGA GULA 40 SEN SEKILO ADALAH TIPU DAYA PAS DAN DAP

Kini beberapa EKSPO timbul seperti cendawan selepas hujan di Bukit Gantang. Fenomena ini adalah biasa terutamanya apabila adanya Piliahan Raya Kecil yang akan menarik ribuan pengunjung tempatan dan dari luar Taiping.
PAS juga mengambil kesempatan untuk mengadakan EKSPOnya sendiri dengan mempamerkan barang-barang tempatan seperti pakaian, makanan, herba, akhbar-akhbar seperti Harakah dan lain-lain lagi.
Jadi pembeli-pembeli yang ditemui mereka berpuas hati dengan harga barang yang dijual. Harga barang seperti gula dijual dengan harga 40 sen sekilo. Mereka mengatakan bahawa PAS sangat prihatin sehingga boleh menjual barang terkawal ini dengan harga murah.
Pemerhati berpendapat bahawa pembekal sebenarnya telah membeli gula ini dengan harga siling dan mengambil kesempatan politik untuk menjual murah bertujuan menemplak kerajaan yang kononnya tidak dapat kawal harga barang seperti ini.
Adalah dinasihatkan pembeli-pembeli gula ini beli dengan sebanyak-banyaknya gula tetapi ingat bahawa mereka telah diperdayai oleh pihak pembangkang kerana selepas Pilihan Raya Kecil EKSPO ini tidak akan dapat dijual dengan harga 40 sen sekilo.

No comments:

Post a Comment