Monday, March 30, 2009

MENGAPA SAYA TETAP BERSAMA UMNO

1. Sejak kebelakangan ini, ramai ahli UMNO yang tidak puas hati dengan keputusan pemilihan dalam jawatan Timbalan Presiden, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri dengan mengambil tindakan keluar dari UMNO. Biarkanlah mereka kerana setiap orang mempunyai pertimbangan sendiri dan keputusan itu adalah hak individu. Untuk saya memperkatakan hal orang lain, tidaklah manis dan layak rasanya.Apakah pendirian saya?
2. Walaupun ada nama yang tidak selari dengan pendirian saya tetapi tetap terpilih sebagai pemimpin dalam barisan kepimpinan UMNO, namun saya masih tetap sebagai ahli UMNO.
3. Walaupun suatu hari nanti UMNO akan ditalkinkan seperti mana dikatakan oleh rakan dalam parti pembangkang, saya tetap akan bersama UMNO dan tidak sekali-kali akan mendaftarkan diri dengan parti PAS, PKR dan mana-mana parti lain.Mengapa saya berpendirian begitu?
4. Saya adalah seorang Melayu dan beragama Islam. Kehidupan saya sekeluarga adalah sederhana yang mengamalkan ajaran Islam sebagai asas kehidupan seharian.
5. Kedua ibubapa juga adalah penyokong UMNO walaupun mereka tidak pernah menjadi ahli UMNO yang sah. Mereka mengajarkan saya sejak kecil lagi supaya tidak mengambil hak orang lain, menghormati orang lain baik dari segi pandangan, pegangan keagamaan atau politik. Pendek kata jangan kita menyusahkan hidup orang dan kalau mampu memberi bantuan, maka hulurkanlah bantuan seikhlas mungkin. Ajaran mereka ini dibawa sehingga saya menjadi apa yang saya ada sekarang.
6. Semasa saya remaja dan jiwa saya menuntut supaya mendekati diri dengan Allah, saya terpengaruh untuk mengikut ceramah agama dari ustaz-ustaz yang ada pada masa itu, tetapi kebanyakan isi ceramah yang dibawa hanya menyentuh tentang keburukan orang lain, kesalahan dan tuduhan terhadap pihak tertentu.Adakah ini ceramah agama yang saya cari?
7. Setelah diperiksa barulah saya ketahui bahawa ceramah yang saya hadiri dan dengar melalui keset itu adalah ceramah agama dari kepimpinan PAS termasuk Haji Hadi.
8. Dibandingkan dengan ajaran ibubapa saya yang diterapkan sejak kecil seperti di atas menyebabkan saya menjauhkan diri dari unsur seperti yang di bawa oleh ceramah PAS kerana berlawanan dengan jiwa saya.
9. Sejak dari mula penubuhan PAS sehinggalah sekarang, isi ceramahnya meliputi kesalahan orang lain dan memburukkan pemimpin yang tidak mengikut keadah Islam cara mereka. Mereka menyalahkan orang yang tidak berpakaian Islam ala PAS dan jiwa orang UMNO dikatakan mengikut orang sekular. Ini menyebabkan saya sukar menerima perjuangan PAS yang bertopengkan Islam untuk mencapai cita-cita politik mereka.
10. Bagi saya, saya berpegang teguh kepada ajaran Rasullullah iaitu kasih mengasihani antara makhluk dan menghormati antara satu sama lain. Walaupun kita berlainan fahaman politik, tapi masih ada ruang yang boleh kita usahakan untuk perpaduan bangsa dan agama.
11. Tonggak ini tiada dalam PAS. Bagi pemimpin PAS, mereka meracuni pemikiran pengikut PAS bahawa mana-mana orang yang tiduk tunduk dan mematuhi Islam ala PAS maka mereka bukan dalam golongan yang dirahmati Allah.
12. Insiden mengafirkan orang Islam UMNO, sembahyang dua Imam, tidak memakan sembelihan orang UMNO menambahkan lagi kesangsian saya terhadap perjuangan Islam ala PAS ini.
13. Dahulunya PAS mengatakan bahawa kita berjuang atas tiang Islam dan tidak akan berkerjasama dengan golongan bukan Islam sepertimana yang dilakukan oleh UMNO dengan MCA dan MIC. Tapi kini, mereka adalah pelakon yang meludah di atas langit dengan mengadakan Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR yang mana perjuangan dan pegangan mereka ini terang-terang tidak berlandaskan Islam sejati.
14. Perkembangan di sekeliling sejak dahulu hingga sekarang juga membuat saya takut kepada perjuangan PAS samada mereka ini adalah pengamal agama Islam yang mengikuti sunah Rasullullah dan al Quran?
15. Bayangkanlah bagaimana hukumnya jikakalau dalam rumah penyokong PAS digantung gambar pemimpin mereka dan mewarnakan batu nesan dengan warna PAS iaitu hijau.
16. Atas dasar apakah kita mengantungkan gambar pemimpin PAS dalam rumah kalau bukan untuk dihormati dan apa akan berlaku kalau ada orang yang mengoyakkannya? Adakah mereka ini akan marah atau membunuh orang yang mengoyak gambar itu?
17. Penyokong PAS juga tidak mahu bersama kariah UMNO untuk bersama-sama berjemaah dalam saf yang sama sujud menyembah Allah. Pemimpin mereka mengatakan bahawa tidak sah sembahyang di belakang Imam orang UMNO?Apakah pegangan mereka ini benar?
18. Begitulah antara sebab mengapa saya kurang meminati perjuangan Pas dan rela menjadi seorang rakyat yang hanya mendiamkan diri daripada terlibat dalam dakyah politik PAS yang menggunakan Islam sebagai alat memancing undi dalam pilihan raya.
Bagaimana dengan PKR?
19. Kalau PAS yang memperjuangan Islam ala PAS tidak menarik perhatian saya, inikan pula parti rojak mee.
20. PKR adalah pecahan dari UMNO dan kelainannya adalah memberi keahliannya kepada orang bukan Melayu. Kononnya ingin memperjuangkan politik pelbagai kaum.
21. Sebagai Melayu dan beragama Islam, tidak dapat tidak saya tetap mengutamakan perjuangan bangsa dan agama saya terlebih dahulu sebelum orang lain. Dalam masa yang sama saya akan menghormati mereka ini selagi mereka menghormati hak saya. Itu sangat jelas.
22. Demikianlah pandanga peribadi saya.
Salam

7 comments:

  1. salam.....
    maaf sdra..sdra kata sdra dididik jgn ambil hak org lain tp sedarkah sdra bhwa BN-UMNO tu sendiri tanpa segan silu telah mgmbil hak org lain(rakyat) dalam situasi di perak! sedarkah sdra atau buat2 tak tahu atau sngja butakan mata bhwa mmg jelas umno mgamalkan politik wang@rasuah? maaflah kalau sy berani katakan sdra tdk mendpt didikan yg betul atau sdra sendiri mnjadi anak derhaka yg ingkar dgn didikan ibubapa & agama yg sebenar...
    renung-renugkanlah...wallahuallam

    ReplyDelete
  2. nak buat mcmana tungaklangit masih lagi tidak diberi kebenaran oleh Allah sbb dirinya sendiri yg menafikan kebenaran. apa yg dia nampak hanya kekurangan yg ada dalam parti lain (PR la tu); kejahatan, kebobrokan, kecelakaan, kerasuahan, kesamsengan UMNO dibutakan mata semata2 utk memperjuangkan perjuangan yg sia2. Allah masih lagi menutup cahaya kepada kamu kerana kamu sendiri yg menutup cahaya tersebut. sedarlah kamu wahai tungaklangit. buat kerja sia2 amalan syaitan. takusahlah kamu nk pertahankan parti sekular itu.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Sdr. mesti belajar daripada yang pakar. Selama ini sdr telah membutakan hati dan perasaan sdr hingga UMNO sahaja yang benar walaupun nyata UMNO itu parti sekular - memisahkan politik dengan agama! Celikkan mata, buka minda, jangan mengata orang tak mau campur ....ubah diri tu dulu!

    ReplyDelete
  4. salam.......setelah saya baca pengakuan saudara baru saya faham yang saudara sendiri pun tak faham tentang islam dan agama yang saudara anuti. saudara mengatakan ustaz2 pas suka mengata orang tapi yang saudara kuncu kuncu saudara duduk mengata tu ape ,dan yang sadara benci dan tak suka tu la sebenar nya ada pada umno dan pemimpin saudara orang ambil islam dari quraan dan hadis saudara ambil dari sumber lain .melayu yang saudara perjuangkan menhasilkan punk skanhead blak metal dan berbagai bagai gejala sosial itu lah yang dibanggakan o0leh saudara dan perjuangan anda dan umno umno juga berbanga melahirkan pejuang yang macam saudara serta pemikiran macam saudara

    ReplyDelete
  5. Saudara,
    Adalah hak saudara memilih untuk menyokong UMNO. Tetapi janganlah hak menyokong UMNO itu dijadikan sebagai mutlak, iaitu yang tidak boleh diubah-ubah lagi sampai ke mati.

    UMNO adalah ciptaan manusia. Walau bagaimana hebat sekalipun dasar dan matlamatnya, UMNO tidak dapat lari daripada kesilapan, terutama kesilapan yang dilakukan oleh para pemimpin dan pendokongnya. Dalam kes ini, memadailah saya menyatakan UMNO, melalui pemimpin dan pendokongnya telah menjadi satu parti yang amat korup, racist, zalim dan pada waktu-waktu tertentu, membelakangkan ajaran agama Islam. Inilah senario penyakit yang dihinggapi UMNO.

    Memang diakui terdapat usaha-usaha untuk membaikpulih dan memutihkan UMNO. Harapan saya agar usaha-usaha itu berjaya walaupun saya agak pessimistik setelah melihat keputusan Mesyuarat Agung UMNO yang lepas.

    Pada saya, sokongan sama ada pada parti atau individu, harus diberi pada mereka yang mempunyai kriteria-kriteria yang berikut:

    a. berkelayakan
    b. amanah
    c. mampu melaksanakan tanggungjawab
    d. tidak terpalit dengan perbuatan negatif
    e. mampu mencetuskan perubahan ke arah positif
    f. sayangkan negara, agama dan bangsa
    e. terpenting, melaksanakan amal makruf nafi mungkar

    Bagi saya, pada ketika ini, UMNO, para pendokongnya dan para pemimpinnya, didapati gagal dalam sebahagian besar kriteria saya. Atas sebab itu, saya dengan rasa berat hati, tidak dapat memberi sokongan saya pada UMNO.

    Sekian secebis luahan hati dan perasaan saya.Maaf dimohon seandainya saya menyentuh perasaan saudara. Anggaplah ini sebagai satu usaha untuk saling nasihat menasihati.

    ReplyDelete
  6. Saudara Bukit,

    Setelah saya meneliti sedalam2nya luahan saudara, akhirnya saya memahami bahawa saudara mempunyai masalah tentang ugama. Nasihat saya, jangan lah malu untuk belajar... dan pelajaran yang paling afdal untuk saudara belajar di ketika ini adalah berkaitan air mutlak, instinjak, dan cara mengambil wuduk. Saudara jangan bersolat dahulu mengikut buku kerana adalah haram berguru dengan buku semata2 tanpa rujukan kepada guru.

    Saudara carilah guru agama untuk mengajari cara untuk bersolat. Fahami bab air mutlak..yang terdiri dari 7 jenis...dan sebagainya.

    Maafkan saya..tapi itu lah hakikinya...saudara belum sesuai untuk meninjau bab keilmuan Islam yang terlebih atasan...lebih2 lagi bab berkerajaan dan sebagainya.

    Rukun Islam ada berapa..? Rukun Iman...? Apa itu agama Islam..? Saudara wajib dapat menjawab persoalan ini dahulu sebelum berpindah ke bab zakat pula.

    Bab politik..atau berkerajaan..? ooo...masih terlalu jauh untuk saudara. Biarkan lah orang dewasa yang memikirkannya....

    Wasallam........

    ReplyDelete
  7. 4. Saya adalah seorang Melayu dan beragama Islam. Kehidupan saya sekeluarga adalah sederhana yang mengamalkan ajaran Islam sebagai asas kehidupan seharian.
    -----------------------------------------------
    Itu amalan peribadi.

    Tetapi dalam jemaah,kita harus melihat kumpulan mana kita berada.

    Jika kita berada dalam kumpulan yg.menolak Islam sebagai landasan kehidupan.,

    Maka kita wajib memperbetulkan mereka,dan jika masih tidak mahu maka kita wajib meninggalkannya.,kerana di akhirat nanti kita di tanya atas tanggung jawab kita.

    Ramai orang mengaku diri nya Islam,tapi kegiatan hariannya bercanggah dgn Islam.

    Umpama nya.

    Tak Sembahyang.

    Yang Perempuan tak menutup Aurat.

    Makan minum tidak mengikut adap yg.di saran ole Nabi,Alquraan.

    Dan banyak lagi.

    Perkara ini kelihatan remeh,tetapi ia bole merosakan Amalan/Akidah,membawa ke kufuran,akhirnya kita terkeluar dari Islam sebenarnya.

    Cuba perhatikan ayat Anda.

    Cukup kah mengamalkan ajaran Islam sebagai Asas.

    Walhal kita di wajib mengamalkan ajaran Islam sepenohnya.

    Buka lah mata ,buka lah minda.

    Jgn Maree!!!!

    ReplyDelete