Sunday, March 22, 2009

MENONGKAH ARUS PERALIHAN KEPIMPINAN UMNO

Sungguh menghairankan? Tiba-tiba sahaja pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim gelisah dengan peralihan kepimpinan daripada Pak Lah pada Najib. Tindak tanduk mereka seperti ada 'udang sebalik batu' dan 'sudah terang lagi bersuluh'.
Tipu muslihat mereka menerusi kenyataan dan percaturan politik jelas mahu menggugat dan mengagalkan peralihan tersebut. Semua cara yang mereka gunakan tidak masuk akal. Terkini Zaid Ibrahim, kuncu kepada Anwar Ibrahim meledakkan kenyataan yang tidak masuk akal kepada di-Pertuan Agong agar campur tangan dengan pelantikkan Najib sebagai Perdana Menteri .
Keluaran Harakah 23-26 Mac 2009 terus mensensasikan kenyataan Zaid Ibrahim ini:-

".....menyeru supaya Yang Di Pertuan Agong tidak melantik Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Pak Lah".

Sepak terajang pembangkang ini sangat mudah difahami kerana dengan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri, mereka akan berdepan dengan seorang Perdana Menteri yang tegas dan berupaya menyatupadukan kekuatan jentera parti dari semua lapisan UMNO termasuk veteren dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempunyai pengaruh besar dalam 'landskap' politik negara.
Pengalaman Najib yang luas dalam politik dan pentadbiran serta pemimpin yang berwawasan, mampu menyuntik semangat juang kepada ahli-ahli UMNO untuk bangkit semula memperkasakan UMNO. Yang paling ditakuti oleh Anwar ialah Najib amat mengetahui rahsia Anwar. Sekarang Anwar dan Najib ibarat buku bertemu ruas.
Oleh : Pengundi Prihatin Bukit Gantang

1 comment: