Monday, March 30, 2009

PAS:BERAS DAN RM50 UNTUK MENDAPAT UNDI

Gambar: http://awekzbukitgantang.blogspot.com/

TULIP: Apa dah jadi dengan PAS? Muslimah PAS sedang giat berkempen untuk menarik sokongan penduduk Bukit Gantang supaya mengundi mereka. Dengarnya penduduk Kampung Tebok, Permatang Raja menerima duit, RM50 dan beras melalui lawatan rumah ke rumah anjuran PAS. Banyaknya duit PAS? Ke ada sponsor daripada pihak luar. Inikah yang dikatakan telus? Dalam ceramahnya, tidak habis-habis membuat tuduhan bahawa Barisan Nasional amalkan rasuah. Nampaknya, Pakatan Campuran semakin terdesak untuk memenangi kerusi P.059 Bukit Gantang hingga sanggup mengamalkan politik wang untuk mendapat undi. Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang, Dia Yang Lebih. Itulah Pakatan Campuran. Tak habis-habis dengan kontroversi.

No comments:

Post a Comment