Tuesday, March 31, 2009

Nizar calon DAP?

Dipetik dari Utusan
TAIPING 30 Mac – Benarkah Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah ‘calon DAP’ dan bukannya mewakili suara dalam Pas?

Persoalan tersebut berlegar di kalangan para pengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang akan berlangsung pada 7 April ini.
Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri menyatakan bahawa beliau tidak setuju dengan cadangan memilih bekas Menteri Besar Perak itu sebagai calon Pas dalam pilihan raya kecil itu.

Bagaimanapun, Nik Aziz yang menganggap dirinya nakhoda parti akhirnya akur dengan keputusan memilih Mohammad Nizar dan memberikan restu.

Hari ini, Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali mengakui bahawa DAP sememangnya mencadangkan nama Mohammad Nizar agar dipilih sebagai calon bagi menggalas misi Pas mempertahankan kerusi P59 itu. ‘‘Memang dia (DAP) ada buat cadangan tetapi keputusannya adalah di tangan kami.‘‘Kami pilih yang terbaik dan yang terbaik adalah Mohammad Nizar, bukan kerana dipengaruhi DAP,” katanya kepada pemberita di bilik gerakan pilihan raya Pas Air Kuning di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, pada asalnya, Pas menyediakan senarai lima orang calon dan kemudian membuat tinjauan awam bagi menentukan siapakah yang menjadi pilihan majoriti pengundi.

‘‘Kami menggunakan khidmat badan kajian bebas, Merdeka Centre dan hasil kajian menunjukkan Mohammad Nizar merupakan pilihan majoriti pengundi Bukit Gantang,” katanya.

Jelasnya, kajian perbandingan yang dibuat berdasarkan tahap menentukan kemenangan, Mohammad Nizar mempunyai kelebihan di kalangan pengundi Melayu, Cina dan India.

Bagaimanapun, Mustafa mempunyai pandangan berbeza dengan Mohammad Nizar dan beberapa pemimpin parti pembangkang yang sebelum ini yakin Pas akan menang dengan majoriti yang lebih besar.

‘‘Meskipun kami yakin boleh menang, tetapi setakat ini saya tidak mahu memberikan komitmen bahawa kami boleh meningkatkan majoriti.

‘‘Bagi yang terlibat dengan jentera, mereka tahu pelbagai perkara boleh berlaku kerana kita masih ada tujuh hari lagi untuk berkempen,” katanya.
***************************************************************************************
Tak payah la beriya nak buat peneranagan. Dah terang lagi bersuluh...Nizar memang calon DAP tetapi bertopengkan PAS .....

No comments:

Post a Comment