Sunday, March 29, 2009

NEGARAWAN TUN MAHATHIR MENJELMA DI UMNO, PWTC

Pada penghujung Persidangan UMNO di PWTC, ketika mana Tan Sri Mahyuddin, Timbalan Presiden baru berucap, menjelmalah negarawan Malaysia di dalam dewan mulia iaitu Ybg. Tun Mahathir Mohammad. Dewan menjadi gamat dengan kehadiran seorang insan yang telah banyak membawa perubahan dan transformasi negara peringkat fizikal dan spritual.
Ahli-ahli perwakilan mempunyai perasaan yang sangat luar biasa dan ini menampakkan bahawa mereka merindui Tun Mahathir walaupun beliau sudah lama meninggalkan kerajaan. Kehadirannya itu boleh ditafsir dari pelbagai segi tetapi umumnya UMNO memang bersedia untuk menerimanya kembali.
Ketokohan beliau sebagai mantan Perdana Menteri tidak dapat dinilaikan. Kontribusinya kepada Malaysia dari Kudat hingga Perlis memang sungguh besar dan semua lapisan masyarakat tanpa kira bangsa telah dapat menikmatinya. Pertumbuhan ekonomi ketika beliau menjadi Perdana Menteri sentiasa di tahap terbaik menjadikan Malaysia negara model dari kaca mata dunia dan juga badan-badan antarabangsa seperti PBB.
Suara beliau juga dirindui oleh pemimpin-pemimpin seperti Presiden Bush, Margaret Thacther, Clinton, Soros, Hafez al Assed dan lain-lain lagi, kerana Tun Mahathir mempunyai pendirian-pendirian mengenai ekonomi politik hubungan antarabangsa, keganasan, Israel, Zionisme yang dapat diterima oleh mereka.
Walaupun beliau mempunyai usia yang lanjut, pandangan-pandangannya masih bernas dan warga Bumiputera / Islam masih mempunyai keyakinan kepada Tun yang sedikit sebanyak boleh mengukuhkan orang Melayu / Bumiputera dan dapat hidup bersama-sama kaum lain dengan aman dan penuh bermakna.
Pemerhati mengucapkan TAHNIAH kepada Tun Mahathir yang penuh rendah diri naik ke pentas dan menemui pemimpin-pemimpin UMNO termasuk YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah ahmad Badawi yang dicintai.

No comments:

Post a Comment