Saturday, March 28, 2009

TAHNIAH KHAIRY JAMALUDDIN

Oleh: Pemikir
Persidangan UMNO yang bermula pada 24 Mac 2009 di PWTC telah tamat pada 28 Mac 2009. Pelbagai-bagai kejutan telah menjelma di persidangan yang keramat itu. Antara kejutan-kejutan itu ialah pelantikan Tan Sri Mahyuddin Yassin sebagai Timbalan Presiden, Datuk Seri Shahrizat sebagai Ketua Wanita, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda dan Datuk Rosnah sebagai Ketua Puteri.
Wirabukitgantang mengucapkan tahniah kepada mereka-mereka ini khasnya dan juga mereka-mereka yang mmenangi jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO.
Tahniah khusus untuk Khairy Jamaluddin yang akan mengapali Pemuda, adalah diharapkan bahawa beliau akan mendapati apa yang diseru dalam ucapa-ucapannya sepanjang persidangan. Semoga beliau dapat terus bekerjasama dengan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lain dengan penuh tertib dan bijaksana demi bangsa, negara dan Islam.

2 comments:

  1. KAMI PEMUDA UMNO BUKIT GANTANG DENGAN INI MELARANG KHAIRY JAMALUDIN ABU BAKAR DAN BEBERAPA EXCONYA TERUTAMA DARI CAWANGAN PUTRAJAYA UNTUK HADIR BERKEMPEN BAGI PIHAK UMNO @ BN KE BUKIT GANTANG. KEHADIRAN KALIAN SEMUA TIDAK DIPERLUKAN. IA AKAN MEROSAKKAN KEADAAN DAN SITUASI GERAK KERJA KAMI DI SINI. KETIKA SEMANGAT MEMBARA UNTUK MEMULIHKAN UMNO, KALIAN TELAH MENGHANCURKAN REPUTASI PEMUDA UMNO DENGAN MENGAMALKAN POLITIK WANG. KEPADA PAK LAH YANG TELAH 'MELEPASKAN' KAHAIRY DARI HUKUMAN OLEH LEMBAGA DISIPLIN UMNO, ANDA JUGA TIDAK DI ALU ALUKAN. INILAH PESAN KAMI SECARA IKHLAS. HARAP FAHAM APA MAKSUD KAMI. WASSALAM

    ReplyDelete
  2. Terima klasih A-I-B, harap KJ berubah. Kita pula bertanggungjawab mengubahnya. Kita menjadi lebih mulia kalau berjaya mengubah yang buruk menjadi baik. setidak-tidaknya kita berdoa kepada Allah s.w.t supaya semua orang menjadi baik.

    ReplyDelete