Sunday, March 29, 2009

PEMBANGKANG EKSPLOITASI PELAJAR IPTA

Pada PRK ini pelbagai-bagai cara digunakan terutamanya parti lawan untuk berkempen. Selain dariapda risalah-risalah dan kain rentang, PAS juga menggunakan tenaga manusia. Apa yang berlaku di PRK mana-mana sebelum ini tenaga manusia ini juga terdiri daripada pelajar-pelajar IPTA.
Mereka ini tanpa sedar telah dibawa ke kawasan PRK dengan alasan untuk membuat kajian soal selidik. Mungkin ada kebenarannya tetapi yang menjadi tanda tanya kenapa pada waktu PRK? Kenapa tidak dibuat pada waktu lain?
Pemerhati berpendapat bahawa universiti-universiti tempatan awam perlu mengambil berat perkara ini kerana tidak sepatutnya pelajar-pelajar dieksploitasikan untuk tujuan pembangkang yang tidak peduli terhadap pendidikan pelajar-pelajar.
Di samping itu, pelajar-pelajar di luar negeri yang ditaja oleh kerajaan seperti di UK, Australia, New Zealand, Amerika dan Timur Tengah juga mengikuti PRK melalui laman-laman web. Mereka ini juga terpengaruh dengan dakyah pembangkang dan mereka dengan tanpa usul periksa mempercayainya. Penaja-penaja perlu memantau hal ini dan memberi amaran supaya pelajar-pelajar memberi tumpuan kecemerlangan akedemik.

No comments:

Post a Comment