Saturday, March 28, 2009

SUK patut tarik balik Camry dari Nizar

Oleh: Pemikir
Nizar terus berdegil menyimpan Toyota Camry walaupun beliau tidak lagi Menteri Besar Perak, walhal ahli-ahli Exco beliau telah memulangkan kereta rasmi kerajaan. Kenapa beliau ini bersikap demikian? Ini adalah kerana kesombongan dan ego ekstrim yang diwarisi tidak tahu dari mana.
Beliau juga sudah lupa bahawa ada orang lebih besar dari ini, iaitu kerajaan Perak yang berhak mengambil semula Camry itu darinya.
Adalah wajar sekiranya Camry ini ditarik balik oleh kerajaan Perak demi menjaga nama baik negeri yang sepatutnya berpegang kepada pekeliling-pekeliling kerajaan yang sedia ada. Mereka tidak perlu khuatir untuk bertindak kerana adalah mengikut lunas-lunas peraturan kerajaan yang semua MB tahu sama ada di Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Sarawak, Perlis dan lain-lain lagi.

1 comment:

  1. salam

    sdr wira BG..

    inilah yg diagungkan oleh juak2 pas.. bila pemimpin bengap mereka larikan harta rakyat tak apa.. tak nampak kebenaran sungguh mereka ni

    hanya tahu memaki, sumpah seranah, kutuk, mkafirkan org, fitnah dan sebagainya..

    insyallah mereka akan insaf

    amin

    ReplyDelete