Tuesday, March 24, 2009

NIZAR KUDA KAYU DAP DI PERAK....AWAS!!!

Oleh : Pemikir (http://www.wiramalaysia.blogspot.com/)

Parti Campuran di Perak telah menamakan Dato' Seri Nizar sebagai calonnya untuk bertanding di Parlimen P.059 Bukit Gantang pada 7 April 2009. Penamaan ini merupakan satu perkara yang tidak baik bagi orang Melayu Perak dan Malaysia amnya. Kuda kayu ini merupakan suara DAP dan PKR yang dipimpin oleh pemimpin yang taksub untuk merampas kuasa dan gila untuk jadi Perdana Menteri Malaysia.

Perlu diingatkan bahawa Nizar ini ada rekod negatif. Beliau seorang muslim sanggup menderhaka kepada Paduka Sultan yang tak pernah berlaku dalam sejarah moden Melayu. Perbuatan ini adalah satu contoh biadap yang tidak boleh diterima oleh orang Melayu.

Beliau juga bertanggungjawab memberi tanah ikut sesuka hati tanpa mengambil kira kanun tanah negara.Dia ingat ini adalah tanah dia ya g boleh dilakukan ikut perasaan. Orang macam ni kalau diberi tempoh lagi menjadi MB Perak maka tersungkurlah orang-orang Melayu Perak.
Kuda kayu ini juga telah di ikat hidungnya oleh DAP yang menguasai Exco Negeri dulu.
Sedarkah Nizar bahawa mereka ini lah yang telah menjatuhkan dia???Kini terlewat bagi beliau untuk menjadi MB semula kerana pisang tidak akan berbuah 2 kali. Nizar ini dibuai oleh lagu dan nafsu syaitan DAP sehingga terlajak dalam apa jua tindakan sehingga orang Melayu rugi dan diperbodohkan.

1 comment: