Monday, March 30, 2009

Institusi Raja-Raja Melayu Sebagai Lambang Warisan Negara

Tulip sangat bersetuju dengan cadangan wakil Puteri UMNO Perlis, Huzaini Abdul Hamid supaya mewujudkan satu set perundangan bagi melindungi Institusi Raja untuk tidak terus dituduh oleh pembangkang. Tidaklah berasas untuk menuduh Sultan Perak bertindak berat sebelah dan dibayangi Barisan Nasional seperti yang ditohmah dan diputar belitkan oleh pembangkang terutamanya Brother Anwar, Karpal Singh dan penyokong-penyokong DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS. Kemelut politik di Perak kerana kederhakaan Nizar Jamaluddin kepada Sultan , mengingatkan Tulip dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang mempunyai agenda yang serupa untuk menggulingkan Kerajaan dan Institusi Raja secara kekerasan. Nizar Jamaluddin merupakan boneka Nga dan Ngeh (DAP) untuk menjadikan Malaysia ini sebagai negara republik.

Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan lambang warisan Melayu yang diamanahkan menjaga wasiat berkaitan 7 perkara berikut:-

Persekutuan dikenali dengan nama Malaysia

Islam ialah agama Persekutuan

Raja Melayu ialah pemerintah dan Ketua Agama Islam di negeri masing-masing

Rejimen Askar Melayu hanya untuk Orang Melayu

Tanah Simpanan Melayu

Bahasa Melayu

Kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain

Bayangkan apa jadi sekiranya, negara tidak mempunyai Raja. Mungkin negara kita masih tidak dapat menikmati keamanan, kestabilan dan kemakmuran seperti Negara Kemboja. Mungkin kita akan menjadi sebuah negara seperti Congo yang sentiasa berbunuhan di antara satu puak dengan puak yang lain, walaupun mempunyai warna kulit yang sama. Bagaimana dengan negara kita yang pelbagai kaum yang mempunyai perbezaan dan berlainan cara hidup. Justeru itu, wajarlah kuasa dan kekebalan Institusi Raja diperkuatkan yang menjadi benteng kepada Orang Melayu. Malangnya kini, ramai Orang Melayu yang sanggup menderhaka kepada sultan kerana mereka tidak memahami sejarah dan perlembagaan negara. Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment