Friday, March 20, 2009

SATU LAGI SIRI PEMBOHONGAN DAN PENDERHAKAAN NIZAR JAMALUDDIN

Nizar masih lagi membuat pembohongan dan penderhakaan pada DYMM Sultan Perak kerana dia mengatakan bahawa dia masih lagi sah Menteri Besar Perak oleh kerana tidak ada surat hitam putih atau watikah untuk Nizar Jamaluddin meletak jawatan. Meskipun benar kenyataan itu dilemparkan, itu adalah urusan diantara DYMM Sultan Perak dan Nizar Jamaluddin.

Semua rakyat sudah diberitahu secara jelasnya pada surat khabar, radio, televisyen atau dimana-mana media bahawa DYMM Sultan Perak telah bertitah pada Nizar Jamaluddin untuk meletak jawatan. Ibarat orang mati mestilah diumumkan kepada orang ramai untuk maklumkan, maka secara automatik orang tahu lah tentang kematian itu. Seperti juga suami melafazkan talak, maka didepan hakim sah lah talak itu apabila ada dua orang saksi.
Ini ialah satu lagi pembohongan Nizar Jamaluddin. Kita sebagai pengundi yang prihatin, apabila Nizar Jamaluddin diarahkan oleh DYMM Sultan Perak untuk kosongkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak, rakyat jelata semestinya sudah tahu bahawa Nizar Jamaluddin bukan lagi Menteri Besar Perak. Nizar Jamaluddin diibaratkan gila bayang dan berangan-angan seperti Mat Jenin apabila melengahkan masa dengan tidak memberi kereta rasmi kerajaan negeri Perak tanpa rasa malu seolah-olah mahu tunjuk dia ada lagi kedudukan maka dia mengada-adakan isu bahawa dia masih lagi menjadi Menteri Besar Perak yang sah.

Semua orang tahu surat perletakan jawatan tak perlu kerana yang penting Nizar Jamaluddin tidak lagi menerima gaji dari kerajaan. Propaganda yang digunakan hanya dengan menggunakan kereta Toyota Camry itu untuk menunjukkan dia masih lagi ada kaitan dengan kerajaan. Seperti gila talak diibaratkan Nizar Jamaluddin ini.

Sepatutnya Nizar Jamaluddin perlu diambil tindakan di bawah undang-undang Negara kerana cuba mengelirukan rakyat untuk mewujudkan suasana serba-salah terhadap pentadbiran kerajaan negeri. Nizar Jamaluddin menyamar jadi Menteri Besar Perak. Mengapa tiada pihak yang mahu menangkap dia kerana orang seperti ini masih lagi ada tempatnya di hospital gila.

1 comment:

  1. nizar masih belum menjalani rawatan terapi mental di hospital bahagia ulu kinta,

    harap kepada sesiapa yang terjumpanya, tolong bawa dengan kadar segera.
    -doktor hospital bahagia.

    HA..HA..HA..

    ReplyDelete