Wednesday, April 22, 2009

SPR Wajar Kaji Semula Undang-Undang Pilihan Raya Kecil

Oleh: Tulip Desa

Tahun 2008 dan 2009 merupakan tahun pilihan raya kecil. Apa tidaknya, untuk tahun 2009, sebanyak 5 Pilihan Raya Kecil telah berlangsung bermula dengan PRK Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Air dan yang terbaru Penanti. Dua daripadanya diadakan kerana penyandangnya meletak jawatan.Banyak masa dihabiskan dengan PRK sehinggakan program untuk pembangunan negara dan rakyat terpaksa dihentikan seketika untuk memberikan tumpuan kepada PRK. Adakah suasana ini sihat untuk kestabilan ekonomi dan politik negara?

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengkaji semula akta untuk menghalang wakil rakyat mengosongkan kerusi tanpa sebab munasabah adalah realistik. Dengan pindaan akta tersebut wakil rakyat tidak sewenang-wenangnya meletak jawatan atas alasan peribadi atau masalah dalam parti. Tulip melihat wakil rakyat daripada Pakatan Campuran memang gemar dan seronok dengan pilihanraya kecil untuk melihat kekuatan parti tanpa memikirkan ia banyak menggunakan wang dan melibatkan risiko yang tinggi.

Bagi Ketua Pembangkang, Brother Anwar inilah medan untuk beliau menjual cerita karutnya dan memperagakan kehebatan berpidato yang bagi Tulip dah jadi retorik dan cerita kosong tanpa isi. Melalui pemerhatian Tulip, kebanyakan wakil rakyat daripada Pakatan Campuran tidak berkualiti dan 'pakai tangkap muat sahaja'. Bagi mengelakkan pilihanraya kecil kerap kali diadakan, setiap parti haruslah memilih wakil rakyat yang berkelayakan, berwibawa dan bersih untuk berkhidmat kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment