Friday, April 3, 2009

PKR tukar nama akhbar

Adora:
Walaupun KDN telah menggantung penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tiga bulan, namun PKR tetap berdegil untuk terus menerbitkan akhbar parti mereka supaya agenda utama dalam menyebar dakyah-dakyah palsu mengenai kerajaan kepada rakyat dapat direalisasikan.
Tetapi nama akhbar tersebut telah ditukar dengan nama Suara Keamanan yang diterbitkan setiap Selasa sepanjang tiga bulan penggantungan akhbar Suara Keadilan. Taktik bijak parti pembangkang ini dibuat memandangkan mereka tidak perlu mendapatkan permit penerbitan dari KDN kerana pada dasarnya terbitan Suara Keamanan adalah secara tidak berkala.
Diharap pihak berkuasa dapat memantau penerbitan dan pengeluaran akhbar ini kerana dikhuatiri PKR akan mengambil kesempatan untuk terus-terusan memfitnah kerajaan lebih-lebih lagi menjelangnya pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

No comments:

Post a Comment