Friday, April 3, 2009

Pembangkang terdesak guna taktik kotor raih undi

Adora:
Pakatan pembangkang semakin terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang disebabkan takut dengan angin perubahan yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
Dilihat pengundi kawasan Bukit Gantang semakin beralih sokongan kepada BN dan situasi ini menyebabkan pembangkang semakin takut serta gusar. Pembangkang mula risau kerana kekuatan mereka semakin goyah dan bakal mengalami kekalahan.
Pihak pembangkang telah membuat taktik kotor dengan menyebar pelbagai fitnah menerusi surat layang, risalah dan sms dan menyatakan pula kononnya kesemua itu datang daripada pihak UMNO/BN. Kononnya juga UMNO berhadapan dengan masalah bahagian di samping memburuk-burukkan calon BN. Padahal mereka sendiri yang mereka-mereka cerita dan menyebarkannya.
Pembangkang kini benar-benar telah ketandusan idea untuk mempengaruhi minda rakyat.

No comments:

Post a Comment