Friday, April 3, 2009

PAS MEMPOLITIKKAN AGAMA UNTUK SURVIVAL POLITIK


Gambar: Http://awekzbukitgantang.blogspot.com

TULIP:

Nizar kantoi apabila kenyataanya dalam perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (23 Jun 2008) mengenai negara Islam disebarkan untuk didedahkan kepada umum melalui rakaman video dalam bentuk cakera padat. Terbukti, PAS mempolitikkan agama untuk mendapat sokongan, apabila Nizar menegaskan negara Islam bukan perjuangan PAS. Kalau begitu, isu hudud dan negara islam yang senantiasa didendangkan dalam pilihan raya adalah retorik semata-mata. Berikut adalah kenyataan Nizar mengenai Negara Islam ketika perbahasan Dewan Undangan Negeri berlangsung:-

“Di manakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara Islam. Saya minta pandangan dan minta jawapan di manakah dalam transkrip PAS, dalam memorandum ke ...dalam Perlembagaan PAS ... ada menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam,” tanya Nizar.

Malah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang juga ADUN Pangkor bangun mencelah menasihati Nizar agar bertaubat . “Astaghfirullah...astaghfirullah, nauzubillahiminzaliq” kata Dr Zambry.

Apa pendirian pemimpin PAS yang berada dalam persidangan DUN tu. Terima bulat-bulat tanpa sebarang bantahan. Memanglah mereka ni sokong membabi-buta sehingga sanggup menggadai agama.Apa nak jadi dengan PAS? Mempermain-mainkan agama untuk survival politik mereka. Insaflah.

No comments:

Post a Comment