Friday, April 3, 2009

Guru-guru di Kuala Sepetang...jangan berkempen

Oleh: Pemikir

Wira Bukit Gantang mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perak kerana memandang berat dan akan mengambil tindakan disiplin terhadap guru-guru yang didapati berkempen dalam Pilihan Raya Kecil P.059 Bukit Gantang. Guru-guru hanya dibenarkan untuk mendengar ceramah tetapi tidak lebih daripada itu.
Amaran Jabatan Pelajaran ini sungguh profesional supaya guru-guru memberi lebih fokus kepada akademik dan jangan cuba campur-campur dengan politik tempatan dan pilihan raya kecil.
Kebelakangan ini terdapat laporan yang tidak sah mengatakan guru-guru di Kuala Sepetang turut berkempen. Perkara ini telah dilaporkan dan guru-guru berkenaan belum dikenalpasti lagi.
Harap-harap warga guru jangan taksub hingga lupa tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik.

No comments:

Post a Comment