Wednesday, April 15, 2009

Tan Sri Muhyiddin Objektif. MCA perlu kerja kuat untuk BN menang PRU 13

Oleh: Pemikir

Akhbar-akhbar Cina masih tidak mahu menerima hakikat bahawa wujudnya kemerosotan undi BN daripada kaum Cina pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 7 Aprill 2009. Sebaliknya akhbar-akhbar ini cuba memutarbelitkan kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan dengan perkara ini.
Dari kajian yang dibuat, memang ada kemerosotan orang-orang Cina mengundi calon BN, Ismail Saffian yang gagal menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang. Rata-rata pengundi-pengundi Cina di DUN Kuala Sepetang menampakkan tidak minat mereka kepada calon BN. Begitu juga dengan pengundi-pengundi Cina di DUN Changkat Jering. Walaupun majoritinya adalah pengundi Melayu.
Dari maklumat akar umbi pengundi Cina lebih berminat kepada mengundi calon PAS, Nizar untuk mempastikan bahawa perjuangan DAP dapat diteruskan di peringkat negeri dan parlimen. Majoriti mereka ini adalah penyokong DAP dan ini satu perkara BN termasuk MCA perlu teliti dan kaji demi kemenangan BN seterusnya dalam PRU 2013.
Pemerhati berpendapat akhbar-akhbar Cina tidak perlu sensitif dalam hal ini terutamanya Malaysia mengamalkan demokrasi di mana rakyat bebas memilih parti mana mereka suka. Membuat tuduhan bahawa UMNO tidak sensitif kepada perasaan orang Cina adalah satu yang tidak patut wujud sekarang. Sebaliknya MCA mesti telan hakikat ini dan cari jalan untuk memenangi hati dan minda orang Cina mulai sekarang.

No comments:

Post a Comment