Saturday, April 4, 2009

PANDANG-PANDANGLAH...

Al-Imam Mawardi menyatakan di dalam kitab al-Ahkam al-Sultaniah :

"Sesungguhnya Allah SWT mewajibkan kita taat kepada pemerintah (Ulil-Amri) daripada kalangan kita, mereka ialah
pemimpin-pemimpin kerajaan yang menjadi pemerintah kita".

Kenyataan Imam Mawardi ini berdasarkan hadis Rasulullah saw :

"Sesiapa yang ta'at kepadaku bererti dia menta'ati Allah SWT, dan sessiapa yang menderhakaiku bererti dia menderhaka kepada Allah SWT. Sesiapa yang ta'at kepada pemerintah bererti dia mentaatiku dan sesiapa menderhaka kepada pemerintah, bererti dia menderhakaiku".
Hadis riwayat Bukhari dan Imam Muslim.

Demikianlah kewajipan rakyat terhadap pemerintah. Pemerintah pula berkewajipan membela rakyat dan menjaga kebajikan mereka. Alhamdulillah kerajaan yang ada sentiasa mengambil berat tentang lima teras utama negara:

1. Pembangunan insan
2. Pembangunan prasarana
3. Pembangunan sumber manusia
4. Pembangunan desa dan bandar
5. Pembangunan ekonomi

Justeru, alangkah harmoninya tatkala rakyat memberikan ketaatan..pemerintah pula memberikan perhatian. Dan....alangkah malangnya bila kebaikan kerajaan tidak disambut dengan ketaatan dan kesetiaan!



Wira:
Untuk tatapan dan perhatian orang-orang yang menentang pemerintah...jangan dipertikaikan lagi ..masih lagi ingin tidak mahu mentaati pemerintah???....fikir-fikirkan wahai orang-orang PAS khususnya...

1 comment:

  1. Alhamdulilah akhirnya DSN jadi juga PM disebalik tomahan dan penghinaan yang puak "rival" beri kepada dia. Lepas nie kita tengok pula apa reaksi "rivals" tu tu...ambo lebih setuju kalau DSN jadi PM dari DSAI ...Bukan pasal kes liwat DSAI ambo tak setuju dia jadi PM tapi sebab yang lebih "strategik", penglibatan dia dengan Puak US...kalau golongan PAS/PKR susah nak faham benda ini..ambo pandang dari segi makro dan isu kedaulatan negara...supaya kita tak dicucuk hidung oleh puak US dan Zionist...itu sebab ambo tak sokong DSAI jadi PM...dari segi "national sovereingty"nya...BAHAYA MALAYSIA...

    ReplyDelete