Saturday, April 4, 2009

13 tahanan ISA dibebaskan

KUALA LUMPUR 3 April - Datuk Seri Najib Tun Razak pada perutusan pertamanya sebagai Perdana Menteri malam ini mengumumkan pembebasan serta-merta 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tahanan ISA yang dibebaskan ialah Wan Amin Wan Hamat dari Jemaah Islamiah (ditahan sejak 20 Mac 2003; A. Artas A. Burhanuddin, Francis Indanan, Mohd. Nazri Dollah, Mohd. Arasad Patangari, Binzali Omar, Idris Lanama dari Darul Islam Sabah (DIS) sejak 16 Mei 2006.
Seorang lagi dari DIS yang dibebaskan ialah Pakana Selama yang ditahan sejak 28 September 2006.

Dua tahanan Hindu Right Action Force (Hindraf) yang dibebaskan pula ialah R. Kenghadharan dan V. Ganabatiran yang ditahan sejak 13 Disember 2007.
Turut dibebaskan ialah tiga warga asing iaitu San Khaing dan Amir Hussain(warga Myanmar) serta Sundaraj Vijay (India).
Sumber: Utusan Malaysia (4 April 2009)

No comments:

Post a Comment