Friday, April 3, 2009

Nizar mendapat amaran JAIP.


Oleh: Pemikir

Tahniah kepada JAIP yang telah mengeluarkan amaran supaya masjid di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan di mana-mana jua di Perak tidak disalahgunakan oleh mana-mana parti politik terutamanya untuk ceramah.

JAIP telah membuat amaran ini dalam akhbar Berita Harian 3 April 2009 dan ini satu petanda baik baik semua masjid supaya sifar daripada gejala-gejala kurang sihat dan dieksploitasi untuk kepentingan sempit parti.

Kenyataan JAIP ini dikukuhkan selepas berlaku insiden-insiden yang kurang enak di masjid Simpang, Taiping pada minggu lepas. Dalam insiden tersebut, Nizar cuba mendominasi program Solat Hajat dan Tahlil BN yang dihadiri oleh MB Perak dan Timbalan Presiden UMNO. Walaupun Nizar menafikan kerakusannya, namun warga Simpang didapati merasa malu kepada orang luar terutamanya apa yang dilakukan oleh mantan MB Perak itu.

JAIP yang diketuai oleh Pengarahnya, Dato' Sheikh Mansur, perlu serius dan bersikap tegas dalam mentadbir kesemua 23 masjid di kawasan ini.



No comments:

Post a Comment