Sunday, April 5, 2009

ISA: Najib bidas pembangkang

PUTRAJAYA 4 April - ''Kalau tidak bebaskan, kata kerajaan menindas tetapi apabila dibebaskan, cakap kita ini nak popular."

Demikian reaksi spontan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas tindakan pakatan pembangkang memperlecehkan keputusan kerajaan membebaskan serta-merta 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau yang juga Presiden UMNO ditemui pemberita di Sri Satria di sini selepas majlis kemasukan semula Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali ke dalam UMNO.

Pembebasan tahanan-tahanan ISA terbabit diumumkan Najib pada perutusan pertamanya sebagai Perdana Menteri keenam semalam. Najib bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada akan ada lagi tahanan ISA dibebaskan dalam waktu terdekat.
Sumber: Utusan Malaysia (5 April 2009)
*************************************
Adora:
''Kalau tidak bebaskan, kata kerajaan menindas tetapi apabila dibebaskan, cakap kita ini nak popular."...(kata Dato' Sri Mohd Najib)
Beginilah sikap pembangkang. Segala yang dibuat Kerajaan serba tak kena di mata mereka. Sejak dahulu lagi kerja mereka adalah untuk menghentam Kerajaan. Buat baik salah, tak buat baik pun salah.
Bila Kerajaan giatkan pembangunan kepada rakyat, cakap Kerajaan hendak mempengaruhi rakyat agar menyokong Kerajaan. Walhal itu sudah menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan untuk menjaga hal ehwal kebajikan rakyat. Itu adalah tanda sebuah Kerajaan yang prihatin.
Sudah terang lagi bersuluh pembangkang telah kekeringan idea untuk meraih undi rakyat. Sementelahan lagi apabila situasi di ketiga-tiga kawasan pilihan raya kecil ini (Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai) lebih terarah untuk memihak kemenangan kepada BN.

No comments:

Post a Comment