Monday, April 6, 2009

PANDUAN MENGUNDI SEMASA PILIHANRAYA

1. Memeriksa nama anda dalam daftar pemilih sebelum ke tempat mengundi. Semakan boleh dibuat melalui Daftar Pemilih di Tempat Mengundi atau di Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui laman web Suruhanjaya Pilihan Raya dua minggu sebelum hari mengundi. Laman Web (SPR) http://www.spr.gov.my.

2. Datang awal ke tempat mengundi dan bawa salah satu dari dokumen-dokumen berikut:

- Kad Pengenalan atau Pasport Terhad
- Pasport Antarabangsa
- Resit Kad Pengenalan Sementara Bergambar (JPN 1/9)
- Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan Bergambar (JPN1/11)
- Lesen Memandu

3. Mengundi adalah hak anda. Dalam pemerintahan demokrasi, tiada sesuatu atau seorang pun yang boleh menghalang anda daripada membuang undi.

UNDI ANDA PENENTU
MASA DEPAN NEGARA

4. Dalam pusat mengundi, semak nama anda dengan Kerani Penyemak Daftar Pemilih dan tunjukkan Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan dan sebagainya.

5. Apabila disahkan anda adalah pemilih berdaftar, and akan diberi slip menyatakan nombor sri daftar dan saluran mengundi anda.

6. Terus ke saluran mengundi. Tunjukkan slip anda kepada Kerani Pengundian Pertama yang akan meneriakkan nama dan nombor Kad Pengenalan atau nombor siri anda. Kerani kedua akan mengeluarkan kertas undi anda yang telah terlipat dua dan menyerahkannya kepada kerani ketiga yang akan menindik kertas undi tersebut.

7. Setelah diberi kertas undi, maju ke petak undi dan turunkan tanda "X" pada petak kosong di atas kertas undi anda bersebelahan nama dan simbol calon yang anda pilih.

8. Lipat kertas undi anda dan masukkan ke dalam peti undi.

9. Keluarlah melalui pintu yang disediakan.

No comments:

Post a Comment