Friday, April 3, 2009

Naib-naib Canselor awasi pelajar-pelajar IPTA...cuba mengganggu anak dara di Bukit Gantang

Oleh: Pemikir

Pelajar-pelajar IPTA tumpulah kepada kecemerlangan akademik. Jangan cuba hendak masuk gelanggang politik terutamanya di kawasan Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang. Ini bukan tempat anda bersayembara! Tempat anda sebenarnya adalah dalam dewan-dewan kuliah di universiti.

Niat anda berlegar-legar di kawasan pilihan raya telah diminati oleh warga tempatan yang kurang senang dengan tabiat pelajar-pelajar. Orang-orang kampung khuatir pelajar-pelajar ini cuba mengganggu anak-anak dara mereka.

Untuk makluman pelajar-pelajar IPTA, kawasan Bukit Gantang ini adalah konservatif dan mereka tidak suka dengan pemuda-pemuda mundar-mandir kononnya membuat penyelidikan dan kajian sikap yang sepatutnya dibuat sebelum pilihan raya.

Warga Bukit Gantang meminta Kementerian Pengajian Tinggi memberi amaran kepada Naib-naib Canselor mana-mana universiti jua tidak membenarkan pelajar-pelajar IPTA menyibuk di Bukit Gantang.

No comments:

Post a Comment