Saturday, April 4, 2009

HINDRAF BERTERIMA KASIH PADA PERDANA MENTERI

Memulakan era pemerintahan dengan membebaskan tahanan ISA
TULIP:

Dato' Seri Najib memulakan era pemerintahannya dengan membebaskan dua tahanan Hindu Right Action Force (Hindraf) R. Kenghadharan dan V. Ganabatiran yang ditahan sejak 13 Disember 2007. Di samping itu, seramai 11 tahanan lagi dibebaskan yang terdiri daripada Jemaah Islamiah dan Darul Islam Sabah. Keputusan itu menggambarkan beliau bertindak adil walaupun berlainan fahaman politik. Yang pasti slogan "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan.Pencapaian Diutamakan" dapat di terapkan kepada semua rakyat Malaysia agar rakyat bersama-sama melaksanakan transformasi negara bagi memastikan kestabilan ekonomi dan politik negara.

Tulip merasakan pemimpin HINDRAF dan penyokongnya wajar membuka mata bahawa Kerajaan (Barisan Nasional) bukanlah satu parti yang racist. Barisan Nasional senantiasa prihatin dan memastikan kebajikan rakyat terbela. Diharapkan penyokong HINDRAF berfikir secara rasional dan tunjukkanlah sokongan anda terhadap Barisan Nasional melalui undian Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau.

No comments:

Post a Comment